Sunday, 26 April 2015

Simbolik

 Assalamulaikum semua para pembaca yg maseh terus menerus berusaha mencari maklumat buat bahan fikir sambil melayari Blog  yg tidak seberapa ini. Setelah sekian lama tidak meng’update’ blog ini jadi tidaklah bermakna utk menerus menyepikan diri dalam usaha menyebarkan maklumat-maklumat yg berguna bagi tujuan membentuk fikir agar terus perbaiki diri dalam mencari kebenaran hakiki.
Kehidupan kita hari ini sering di momokkan dengan perkara-perkara palsu yg terbentang di depan mata walaupun kebanyakkan kita sudah terang-terangan memahami akan kepalsuannya.KIta juga di momokkan dengan politik yg menghancurkan tetapi hanya itulah saja medan bagi kita utk menegakkan yg benar. Sebagaimana sabda Baginda Rasulullah saw bahawa “Islam itu pada mulanya asing dan akan kembali terasing”, jadi bagi kita yg selalu mengasingkan diri pada hari ini akan di buru dan dilemparkan dengan berbagai fitnah tetapi berntunglah bagi mereka yg terasing. Mudah-mudah Allah swt memberi rahmat dan kurnianya kepada mereka. InsyaAllah!
Jadi janganlah kita terlalu taksub di medan politik hari ini sehinggakan membawa kepada permusuhan sesama kita, ambillah yg benar dan kita tolaklah yg tidak baik yg penting kita sama-sama dapat menyebarkan maklumat yg berguna demi pewaris yg bakal memimpin suatu masa nanti.
Bangsa Melayu
Sebagaimana yg telah kita kerap kali baca di dalam banyak blog-blog ilmiah masa kini yg maseh berusaha utk membongkarkan kebenaran yg telah dipesongkan, kita akan dapati bagaimana mulanya Baginda bersabda seperti di dalam Kitab ‘Sulalatus Salatin’ :
Sebermula maka tersebutlah pada zaman Rasulullah SAW, baginda bersabda pada segala sahabat :
"Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya. Maka apabila kamu mendengar khabarnya isi Samudera itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri itu, bawa isi negeri Samudera masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi, tetapi ada pula seorang faqir di negeri Mu'tabari namanya, ialah kamu bawa beserta kamu"
Tidak dapat dibayangkan bagaimana fikir Rasulullah saw ttg sesuatu perkara yg berlaku jauh ke depan dan ianya tidak mustahil seandainya ada dari kalangan para sahabat telah pun sampai ke tanah semenanjung ini dan ada juga di antara sahabat yg telah wafat di ‘Tanah Emas’ ini dan di makamkan pula di sini.
Justeru itu berbalik kita kepada apa yg telah Baginda Rasulullah saw telah pesankan melalui sabda Baginda bahawa akan lahir ramai para wali Allah dari negeri ini. Jadi tidak hairanlah pada kita yg mahu ambil fikir dan memelihara warisan peninggalan datuk nenek moyang kita dahulu dan pasti akan menemui harta yg tak ternilai ini yakni ‘khazanah ilmu’ dalam melalui perjalanan IMAN.
Setelah tahun demi tahun berlalu sehinggalah sampai kepada Khalifah Umar Ibnu Abdel Aziz, maka belayarlah satu rombongan,
Setelah berapa lamanya, kemudian daripada sabda Nabi SAW, maka terdengarlah kepada segala negeri, datang ke Mekah pun kedengaran nama negeri Samudera itu. Syarif di Mekah menyuruhkan sebuah kapal membawa segala perkakasan kerajaan seraya disuruhnya singgah ke negeri Mu'tabari, adapun nama nakhoda kapal itu Syeikh Ismail.
 Siapakah Syarif dan Fakir yg dimaksudkan ini?
Di dalam hal ini kembali kita melihat pada tulisan batu bersurat. Siapakah gerangannya yg menulis batu bersurat ini. Jadi ini fakta yg agak sukar utk diketengahkan. Meskipun begitu kita maseh lagi boleh mengkaji dari segi kedatangan ISlam di Tanah Melayu. Apakah kita maseh mengambil bulat-bulat bahawa Islam mula sampai ke Tanah Melayu di zaman Parameswara? Apakah punyai masa bagi mereka yg berdagang utk menyebarkan Agama Tuhan?
Ya! Mungkin ada sedikit kebenarannya seandainya kita menyedari bagaimana dikatakan para pedagang menyebarkan agama tetapi itu semuanya sebagai sampingan kepada tujuan asalnya. Begitu juga para musuh-musuh Islam mengambil kesempatan utk merntuhkan agama Tuhan yg Maha Suci. Alasannya berdagang tetapi mencari sesuatu bagi meruntuhkan budaya Melayu yg berkonsepkan keTuhanan.
Tatkala Syeikh Nakhoda Ismail datang membawa rombongan tersebut ianya disertai oleh Seorang Fakir yakni Syarif Muhammad Al-Baghdadi di mana ianya juga di panggil sebagai Fakir Muhammad atau ‘Tok Ayah’ di mana makamnya kini ada di daerah Hulu Trengganu. Beliaulah satu-satunya Hamba Allah yg mula membentuk perkahwinan campur yg kini lahirlah kita hari ini yang mengaku sebagai seorang Islam.
Cuba kita bayangkan pula, bagaimana kita hendak memasuki sesuat negeri yg punyai penganut agama yg berbeda dengan kita tetapi kita mahu menyampaikan amanat agama Tuhan yg sebenarnya. Apa kekuatan yg kita ada utk kita pengaruhi penganut agama tersebut tanpa ada pertumpahan darah? Sudah pastilah kita akan menyakinkan Tuhan kita dengan tuhan mereka. Satu-satunya cara adalah melalui pengamalan kerohanian melalui rasa dan penghayatan.
Jadi inilah kekuatan bangsa Melayu, dapat menumpaskan lawan tanpa ada pertumpahan darah.
Bangsa Melayu adalah bangsa bongsu, bangsa Agama, bahasanya bahasa Agama, tulisannya adalah tulisan Agama, budayanya adalah Budaya Agama dan cara hidupnya adalah cara hidup Agama yg berTuhankan Allah swt.
Bangsa adalah ciptaan Tuhan dan para wali Allah berperanan dalam menentukan atas apa yg Allah swt kehendaki. Bangsa Melayu merupakan ulamak di akhir zaman selain Bangsa Arab yg merupakan pemimpin, Bangsa Afrikanya sebagai makmum dan Bangsa Khorasan adalah pendekarnya.
Sebagaimana yg telah kita ketahui bahawa Rasulullah saw seorang yg tidak tahu membaca tetapi bagaimana apabila ada sahabat yg bertanyakan kepada Rasulullah saw tentang huruf jawi dan baginda dapat menjawabnya dengan betul.
Jadi, huruf jawi bukanlah huruf yg diciptakan manusia melainkan ianya adalah abjad-abjad yg terdapat pada langit dan ianya mempunyai maksud yg tersendiri pada huruf-huruf jawi. Tulisan orang melayu adalah tulisan jawi tetapi kini sudah perlahan-lahan di mansuhkan kegunaannya. Kelak akan lahirlah bangsa melayu yg pada zahirnya mengaku Islam tetapi hakikatnya jahil tentang perjalanan utk mengenal ‘Pencipta’nya.
Mengapa hari ini apabila kita bercakap tentang agama Islam ramai yg mengenepikan ‘Melayu’. Apakah itu Islam? Islam tidak lain adalah susunan cara hidup bertuhankan Allah swt. Seandainya kita tidak melalui perjalanan mereka yg terdahulu yakni Tokki-tokki kita dahulu adalah amat sukar utk kita kembali kepada jalan sebenar. Sebagaimana pepatah orang kita dahulu ‘sesat di hujung jalan maka kembalilah kamu ke pangkal jalan’. Di manakan pangkal jalan yg mereka maksudkan? Itulah jalan mereka yg terdahulu, jadi susulilah mereka….
Di dalam hadis Qudsi Baginda bersabda:
Barangsiapa yg kenal akan dirinya, maka kenallah ia akan Tuhannya”
Jadi perlulah kita  dalam usaha utk mengenali asal-usul Bangsa agar ianya memudahkan perjalanan kita dalam mengenal Tuhan yg Maha Mencipta.

 Itulah Bangsa Melayu ini dikaitkan dengan budaya, ianya bukanlah bermaksud budaya melayu ini melalaikan tetapi ianya melambangkan hidup berTuhankan Allah swt.
Pada hari ini jikalau kita lihat berapa banyak Bangsa Asing masuk Islam tetapi tidak berusaha dalam mengenal Tuhan? Sedangkan Rasulullah saw bersabda di dalam hadis Qudsi yg bermaksud: ‘Bermulanya agama dengan mengenal Allah’. Apakah kita sudah mengenal Allah?
Dan tidaklah mustahil seandainya hari ini kita boleh cakap setiap hari ada saja bangsa melayu yg masuk agama lain. Apa tidaknya, mengaku Islam tetapi mengabaikan Perintah dan larangan Tuhan sebaliknya mengambil cara hidup bebas mengikut hawa nafsu.
Cara hidup orang Melayu adalah cara hidup yg berTuhankan Allah swt. Memang benar seandainya pada waktu dahulu orang putih berkata orang melayu itu pemalas. Betul ke tuan? Memang betul ler, sebab orang melayu kita bukan tujuan hidupnya mengejar dunia jadi mereka buat apa nak bersungguh-sungguh mengejar dunia tetapi mereka rajin dalam usaha nak mengenal Tuhan yg sebenarnya. Sepertimana sabda Baginda Rasulullah saw yg bermaksud:
"beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi".
 Rasulullah berpesan agar kita sentiasa fikirkan bahawa mati akan datang tak kira masa jadi bersedialah dengan bekalan kamu dan ingatlah, bahawa kerja dunia anggaplah seolah-olah kamu akan hidup lama supaya kamu dapat tangguhkan kerja dunia kamu. Jadi pentingkanlah hari kemudian kamu.
  Rahmat bertukar bala.
 Dalam keadaan suasana hujan yg melanda negara kita hari ini, sepatutnya kita berbangga dek kerana setitik air hujan yg turun di bawa oleh satu malaikat dan sepatutnya ianya membawa rahmat kepada seluruh alam. Sebagaimana di waktu dahulu kala, Allah swt mendatangkan hujan di antaranya sebagai rahmat bagi menyucikan tempat yg kotor maka di bersihkan dengan turunnya hujan. Tetapi pada hari ini kita dapat lihat sendiri bagaimana hujan telah membawa bencana di mana berlakunya keadaan tanah runtuh, banjir sehingga melumpuhkan pergerakan kita.
Dalam masa yg sama pada ketika ini, manusia sudah berani menentang hukum Allah dengan terang-terangan dengan membela cara hidup Kaum Nabi Lut. Apakah ini negara Islam yg dikatakan telah maju? Keruntuhan akhlak sangat-sangat serius. Padahal banyak Alim Ulamak yg lahir setiap tahun tak kurang juga Uni Islam jadi apakah peranan mereka dari lepasan Uni Islam ini?
Agama semakin jauh dari hati sanubari manusia dan yg lebih takut lagi agama hanya menjadi kepentingan diri, Ilmu-ilmu agama yg sepatutnya di amalkan tetapi kini menjadi dongengan malah menjadi kesalahan pula seandainya dibicarakan.
Maksiat semakin menjadi bebas dilakukan di merata-rata sehinggakan orang ramai menjadi takut utk menegur dalam membendung gejala maksiat ini. Para alim ulamak sekadar memberi ceramah dan mahukan pulangan kepentingan dunia sehinggakan hilang keikhlasan dalam ketaqwaan terhadap Allah swt.
Rezeki di cari sampai sudah hilang pertimbangan halal dan haram. Ingatlah mcmana yg dikatakan rezeki? Rezeki seseorang apabila ianya benar-benar telah masuk ke dalam perut kita, tu lah yg dikatakan rezeki. Sebagaimana Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya."
Kebanyakkan penyakit hari ini adalah di sebabkan oleh pemakanan dan apabila ianya di timpa penyakit maka menjadi susahlah utk kita menunaikan apa yg diperintahkan Allah swt.
Kesibukan mengejar kesenangan dunia sehinggakan terpaksa menerima rezeki walaupun ianya terang-terangan di larang oleh Allah swt.
Dalam keadaan ini kita maseh mengharapkan rahmat dari Allah swt tetapi apa yg kita harapkan mendatangkan sebaliknya. Allah beri peringatan tetapi menusia hari ini selalu mengabaikannya.
Masjid-masjid dibina di merata-rata, laungan azan bergema di setiap pelusuk daerah dan kampung-kampung dan juga taman-taman tetapi ianya ibarat melaung pada yg tak sudi.
Dan akhir sekali bersedialah menanti Ular yg sentiasa membuka mulutnya memasang jerat agar mangsa datang menyerah diri….. Itulah Iblis laknatullah!
                                       

Bangau Oh Bangau
Kenapa engkau kurus,
macamana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul.
Ikan Oh Ikan,
kenapa kau tak mahu timbul,
macamana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.
Rumput Oh Rumput,
kenapa kau panjang sangat,
macamana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.
Kerbau Oh Kerbau,
kenapa tak makan rumput,
macamana aku nak makan,
perut aku sakit.
Perut Oh Perut,
kenapa engkau sakit,
macamana aku tak sakit,
makan nasi mentah.
Nasi Oh Nasi,
kenapa engkau mentah,
macamana aku tak mentah,
kayu api basah.
Kayu Oh Kayu,
kenapa engkau basah,
macamana aku tak basah,
hujan timpa aku.
HUjan Oh Hujan,
kenapa kau timpa kayu,
macamana aku tak timpa,
katak pangil aku.
Katak Oh Katak,
kenapa kau pangil hujan,
macamana aku tak pangil,
ULAR nak makan aku.
Simbolik dari lagu ini
Bangau = Agama
Ikan = Ilmu agama yakni Ilmu Allah
Rumput = Maksiat berleluasa
Kerbau = Ulamak Dunia
Perut = Sumber kepada penyakit
Nasi Mentah = Rezeki dari apa sahaja walaupun sumbernya haram.
Kayu Api Basah = kemudahan yg ada tetapi tidak membawa faedah
Hujan = Rahmat yg di sangka tetapi bala yg diterima
Katak = seolah-olah melaungkan pada yg tidak sudi
Ular = Kisah Ular yg menolong Iblis memasuki syurga.
Jadi marilah sama-sama kita menghayati lirik lagu ini yg telah di wariskan kepada kita yg di akhir zaman ini agar kita berfikir.
LikeTweet

1 comment:

  1. how about the bajau?
    teori ttg kedatangan bajau disabah , diorg bawa wali allah swt dari johor keborneo menaiki kapal dgn kuda2 bajau? banyak yg mengaku keturunan syarif . apa tu keturunan syarif?

    ReplyDelete