Sampai bila kita akan terus bermukim di lembah hina akibat keegoan melampau? Ratanya pemimpin yang ada di dunia Melayu kini masih diperlemah dengan kod etika politik “bodoh” yang diaturkan Yahudi.
Kekangan politik menyebabkan Islam semakin hari semakin terpinggir. Itu yang berlaku walaupun ramai pihak yang tidak mahu memperakuinya.
Kita faham tentang wujudnya perbezaan pendapat yang terhasil dari semangat berpuak politik kepartian. Malangnya ia semakin hari semakin menebal akibat terjahan budaya baru yang dibawa masuk dari sistem politik Amerika/Eropah oleh beberapa agen yang dibayar, namun dalam soal agama amatlah tidak wajar kita berpisah kerana setiap Muslim itu “bersaudara”. Rasulullah SAW tidak pernah mengajar kita untuk berperilaku sedemikian. Namun kita tetap berdegil.
Kebodohan Tahap Maksima – artikel dipetik dari “Suara Dari Gunung“
Apabila menonton video Innocence of Muslim, saya dan teman-teman dalam PEMBELA tidak dapat menahan perasaan marah akan kebiadaban kumpulan kristian ekstremis mencela R saw. Selang beberapa hari kami telah menghantar memorandum bantahan kepada kedutaan Amerika di KL. Walaupun dikelilingi dengan puluhan FRU dan pihak polis serta SB, kami tidak gentar. Puluhan wartawan telah merakamkan peristiwa ini baik dari dalam dan luar negara hingga berita ini tersebar keseluruh dunia dalam media maya maupun media cetak. Doa kami ketika itu agar usaha ini dapat membangkitkan semangat pembelaan terhadap agama islam dikalangan orang Melayu di negara ini.
Harapan saya ketika itu juga agar isu ini akan dapat membangkitkan kerjasama dan kesatuan umat islam di seluruh negara supaya bangun bersama-sama membantah kepada kerajaan Amerika. Dalam pemikiran saya ini bukan penghinaan kepada ibu atau bapa atau pimpinan negara atau kepada bangsa tetapi kepada kekasih Allah. Ini bukan bersifat partisan tetapi menyentuh soal aqidah. Doa saya ketika itu adalah untuk menyaksikan supaya pimpinan parti orang islam ie UMNO dan PAS berganding bahu bersatu menyatakan penentangan mereka. Saya fikir inilah masa yang terbaik demi agama islam supaya dengan ini tidak ada lagi mana2 golongan yang dengan sewenang-wenangnya mempersendakan R saw maupun kemulian agama islam dalam apa bentuk sekalipun.
Namun hati saya remuk meilhat gelagat ahli politik yang sekali lagi melihatkan keangkuhan masing-masing apabila gagal untuk bersatu dalam demonstrasi pada jumaat lepas. Yang bersongkok di Kg Bharu dan yang berserban di Tabung Haji. Kedua-duanya menyatakan kemarahan, kedua-duanya menyanjung R saw, kedua-duanya melaungkan kebencian dan kutukan kepada golonbgan ektremis Amerika. Nampak dari luar begitu gah dan bersemangat. Bukan sorang atau dua yang hadir tetapi ribuan yang menyokong kedua-dua golongan. Masing-masing berlumba-lumba untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa merekalah pelindung agama ini.
Tetapi dalam keghairahan mereka ini menunjukkan kecintaan kepada R saw, sebenarnya ia telah membawa implikasi yang sangat besar kepada rakyat :-
1. umat islam semakin keliru dan pelik kerana dalam soal-soal fundamental seperti ini ia masih gagal untuk menyatukan pimpinan orang Melayu. Kalau begitulah gayanya, isu apa lagi yang boleh menyatukan mereka? Ada yang menalipon saya menyatakan tak tau nak pergi demo dimana satu, Kg Bharu atau Tabung Haji? Dalam erti kata yang lain tindakan mereka ini hanya menambah retak dalam hubungan sesama umat islam. Kebencian antara anggota parti masing-masing semakin meluap seolah-olah tidak ada titik pertemuan. Persoalannya, bangkit mempertahankan agama itu dituntut dan mendapat pahala yang besar tetapi bagaimana pula menyuburkan perpecahan?
2. gelagat mereka ini hanya menyebabkan golongan anti islam gelak ketawa kerana mereka tahu umat islam tidak akan lagi bersatu. Maka dengan itu, ini akan memberi peluang kepada mereka untuk terus menghina islam dimasa-masa hadapan tanpa berani disekat oleh umat islam kerana umat islam sudah rapuh dan bercakaran sesama sendiri.
Bagi saya, saya melihat ini dengan kesedihan yang membingungkan. Adakah masih ada harapan islam berkuasa dinegara ini dalam keadaan orang Melayu berpecah begitu rupa? Kalau isu politik saya faham dan memang bukan salah utk berbeza pandangan tetapi ini soal aqidah.
Walaupun saya bersyukur kerana perasaan umat islam masih menebal terhadap R saw tetapi tindakan mereka yang enggan bersatu hanya kerana keegoan masing2 menyebabkan saya merasakan bahawa inilah kebodohan yang maksima.
Aminuddin Yahya (suara dari gunung)
No comments:
Post a Comment