Saturday, 25 April 2015

huru-hara dan assufyani - dunia sedang masuk fasa baru

Salam Ramadhan


As ISIL declares caliphate, battle continues in Iraq

Members of Iraqi security forces take positions during a patrol looking for militants of the Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) west of Kerbala June 29, 2014. (Photo: Reuters, Mushtaq Muhammed)

Pembentukan ASSUFYANI telah bermula. Siapa penaungnya? Dari mana datang sumber kewangan dan senjata? Mampukah mereka makan jika tiada sumber bantuan luar? Ramai yang terkeliru siapa mereka, musuh atau kawan. Ramai juga yang sanjung bahawa merekalah pejuang. Pejuang Jihad. Bolehkah pejuang jihad bunuh orang awam?

Buat sementara waktu biarlah kita lihat sahaja dari jauh sambil bertafakur.. sama ada benar tidaknya ia satu kebangkitan baru Islam akhir zaman.

Jika benar, ia akan mendapat sokongan tidak berbelah bagi dari kaum muslimin.

Namun apa sahaja yang bakal berlaku mesti selaras dengan satu hadis baginda Rasululullah saw. Kita maklum bahawa akan bangun pimpinan baru Islam di tanah arab yang berpusat di Damsyik. Adakah ia kebangkitan Pemerintah Islam yang dipanggil assufyani itu?


Terrorists fighting within ranks of Nusra Front in Syria
Apakah perjuangan ISIL ini akan menjurus kepada daulah berkenaan?

USA kata boleh, jika tidak aliran wang akan tersekat. KSA juga terlibat dalam diam. Nanti sampai masanya mereka (KSA) pun akan menjadi mangsa. Anak singa bakal membaham tuannya bila sudah besar.

Nak tahu lebih lanjut anda boleh selungkar dari sini:

1. Saudi Royal Family Behind ISIL Crimes in Syria
2. US Pushing for ISIL Caliphate State

Itu di negeri Arab, bagaimana dengan negara kita Malaysia?

Malaysia juga bakal alami huru hara yang dahsyat jika kerajaan hari ini tidak bertindak bijak. Jangan harap 2020 jadi kenyataan wawasan, mungkin akan berlaku huru hara yang membingungkan. Fasa huruhara yang panjang sehingga …

Kuala Lumpur: Tun Dr Mahathir Mohamad, berkata Malaysia boleh menjadi huru-hara jika kerajaan meneruskan cadangan untuk menghapuskan Akta Hasutan 1948.

Katanya, ini kerana undang-undang baharu yang dicadang untuk menggantikan akta berkenaan tidak mampu untuk menghalang pelbagai hasutan yang akan berlaku.

"Rakyat akan menerima pelbagaiberbagai-bagai hasutan, termasuk hasutan untuk meminda Perlembagaan Malaysia. Tidaklah mustahil mereka akan menghasut supaya institusi Raja juga dihapuskan," katanya dalam entri terbaharu blog beliau http://chedet.cc, semalam.

Kemungkinan huru-hara akan berlaku dalam negara, kesan daripada sikap liberal yang kita agungkan sekarang" Mahathir Mohamad, Bekas Perdana Menteri.

Peningkatan jenayah

Dr Mahathir turut menyifatkan pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri menyebabkan peningkatan pelbagai jenis jenayah di negara ini.

"Bagaimanapun, hasutan walaupun ada dilakukan (sekarang) tetapi tidak melampaui batas," katanya.

Dr Mahathir berkata, tanpa akta seumpamanya, pelampau dalam kalangan rakyat bebas mengkritik Raja dan sistem beraja secara terbuka, serta akhirnya membuat desakan supaya institusi Raja dihapuskan.

"Tidak ada undang-undang yang boleh menahan mereka setelah ISA dan Akta Hasutan dimansuh," katanya sambil menambah bahawa di Malaysia tidak ada undang-undang yang boleh menghalang sebarang cemuhan dilakukan terhadap Raja dan institusi Raja seperti mana undang-undang Lese Mejeste yang wujud di Thailand.

Hasutan dibenarkan

Beliau berkata, walaupun ramai mungkin akan marah terhadap hasutan untuk menghapuskan sistem beraja, tetapi kerana hasutan dibenar, mereka yang berminat untuk mendirikan Republik Malaysia berhak dan bebas untuk meneruskan kempen mereka.

"Kemungkinan huru-hara akan berlaku dalam negara. Inilah kesan daripada sikap liberal yang kita agungkan sekarang," katanya.

Kerajaan pada 30 Mei lalu mengumumkan cadangan memperkenalkan akta baharu bagi menggantikan Akta Hasutan dan mengesahkan menerima tiga draf rang undang-undang baharu berhubung keharmonian nasional.

Ini susulan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada 2012 untuk menghapuskan akta kontroversi itu antaranya untuk meningkatkan kebebasan bersuara di kalangan rakyat.

Tiga rang undang-undang itu ialah Rang Undang-undang Harmoni Nasional, Rang Undang-undang Perpaduan Nasional dan Rang Undang-undang Suruhanjaya Perpaduan dan Integrasi Nasional. – BERNAMA

LikeTweet

No comments:

Post a Comment