Saturday, 25 April 2015

PANJI HITAM DARI TIMUR menuju ARMAGEDDON

Siapakah mereka? Darimana mereka datang? Adakah mereka akan bangkit dari Tanah Malayu? Atau mana-mana kawasan lain di Nusantara? Apa yang pasti Panji Hitam akan keluar dati arah TIMUR sebagaimana sabda Rasulullah saw. Adakah perkara ini satu berita gembira atau berita yang menakutkan?
Ingat, “hiddenhand” tak pernah leka walau sesaat pun untuk menghapuskan Islam. Perhatikan apa yang berlaku sejak kebelakangan ini, terjahan demi terjahan dilakukan melalui pelbagai pihak yang telah mereka dikuasai. NGO tumbuh bagai cendawan membawa pelbagai isu untuk mengucar kacirkan masyarakat. Dari mana NGO ini dapat dana, siapa yang menaja mereka?

Harus juga diambil perhatian, sebelum Pemuda Bani Tamim yang mengetuai Pejuang dari ‘timur’ ini muncul, seluruh Nusantara akan bergelumang dengan huruhara buatan (seperti negara2 Arab). Akan berlaku huruhara besar yang tidak dapat dielakkan. Bermula dengan UMNO dan PAS saling bermusuhan yang terhasil dari hasutan PKR, permusuhan semakin melebar menjadi malapetaka. Huruhara ini bakal menghancurkan segala-galanya dimana PAS, PKR dan UMNO kemungkinan besar ikut musnah. Yang ada hanyalah kekacauan dahsyat. Kita tak mahu menyentuh parti ultra kiasu kerana mereka inilah yang akan mengambil kesempatan memusnahkan kerajaan Melayu. Tentulah ia sesuatu berita yang amat menakutkan kita semua, bukan? (Diharap telahan ini salah dan Islam segera dapat kembali bersatu hingga akhir masa).

Andaikata berlaku persengketaan sebagaimana yang berlaku di negara Arab, maka Melayu akan di adu domba supaya berbunuhan sesama sendiri. Itulah saat dimana semua orang kesal dengan kebodohan masing-masing membawa agenda Yahudi Nasrani. Sayangnya ia sudah terlambat.

Apa yang telah berlaku pada Afghanistan, Libya, Iraq dan Syria bakal berlaku di sini. Mereka kini semakin hampir menghancurkan Syria, lepas ini apa pula tumpuan mereka? Mereka telah memberi ‘hint’ melalui tragedi nahas 2 pesawat MAS. Kenapa MAS, kenapa Malaysia? Cuba fikirkan jawapannya. Ia sebenarnya satu ugutan secara tersembunyi, Malaysia wajib mengikut segala kemahuan mereka.

Bersedialah mengharungi fasa huruhara yang dahsyat, kekacauan yang tak pernah kita fikirkan. 

Tentera Raja Akhir Zaman
Untuk memperbetulkan keadaan, pasukan Panji Hitam Dari timur ini amatlah dinantikan. Seolah menantikan Sang Penyelamat atau Tentera Raja Akhir Zaman. Mereka kini semakin hari semakin popular. Bukan sahaja di sini (Tanah Melayu) tetapi juga di seluruh Nusantara. Di sana sini orang bercakap dan bercerita mengenainya. Seolah-olah tiada jalan lain lagi untuk Umat Islam bergantung harap. kelihatan sudah hampir berputus asa. 
Keadaan sekeliling kelihatan berkecamuk. Salah menyalahkan berlaku di mana-mana, parti parti politik paling riuh bertelagah, saling caci mencaci dan mengaku merekalah yang ‘benar’ dan menyalahkan musuh mereka dakam segala hal. 
Bukankah mereka (PAS, UMNO dan PKR) semua mengaku Islam? Kenapa boleh terjadi persengketaan? Inilah yang akan terjadi dan berterusan sehinggalah satu masa. Ia diikuti huruhara besar. Goyim diaturkan untuk bergaduhan dan berbunuhan sesama sendiri, kata Yahudi dalam kitab mereka Protocol elder of Zion (lihat sahaja apa yang berlaku di Afghanistan, Iraq, Libya dan kini Syria). Tentu sahaja ada dalang di sebalik semua ini. Kalau anda bijak, cuba siasat apa itu FFF dan kaitannya dengan gerakan Islam Liberal (cara mudah, tanyalah pakcik google). Ia sememangnya ada kaitan dengan hiddenhand. Ada kaitan dengan kumpulan elit Yahudi. Takkan masih belum faham.
Bagi mereka yang sedar dan faham, mereka dikira bernasib baik. Setidak-tidaknya tahu apa yang berlaku. Namun bilangan mereka yang faham amatlah sedikit. Dalam pada itu, amat sedikit pula yang tahu tentang taktik Yahudi (mereka ini dipanggil ‘penggemar siri konspirasi Yahudi’) dan mereka ini tahu mengenai konspirasi elit Yahudi untuk menguasai dunia. Kumpulan ‘anti hiddengand’ ini bukan sahaja wujud di kalangan orang Islam, ia juga wujud dikalangan masyarakat beragama selain Islam. Kumpulan ini sentiasa sahaja menghidu setiap berita mengenai percaturan the hiddenhand. 
Bagi Penganut Islam, Kumpulan Panji Hitam ini adalah pasukan para Wali Allah. Bukan pasukan sembarangan. Penuh hikmah dan karamah. Sementara pekerja atau talibarut Hiddenhand bersungguh-sungguh mendakyahkan bahawa Kumpulan Panji Hitam ini adalah dari paksi syaitan. Mereka sentiasa pula berusaha untuk burukkan khabar sebenar malah membuat hasutan bahawa Panji Hitam ini diterajui oleh manusia Syaitan (666). Di sini kita boleh fahan bahawa mereka ini amat tahu dan yakin kebenaran hadis Rasulullah saw mengenai peristiwa akhir zaman, mereka cuba rosakkan kefahaman orang Islam. 
Berbalik kepada kita kaum Muslimin (yang sedar kebenaran berita ini), perlukah kita bersusah payah menghabiskan masa mencari mereka (Pasukan Panji Hitam) selanjutnya menyertai mereka? Jika tiada ilmu, anda akan tersesat dan dibimbangi mengangkat musuh sebagai ketua. Soalan yang sepatut diajukan ialah layakkah kita untuk menyertai mereka? Tentu kita akan bertanya kembali, kenapa tidak? Adalah wujud syarat-syaratnya?
Sayang sekali syarat-syaratnya bukan pasukan ini yang tentukan tetapi Allah sendiri yang tentukan. Malah, ,,, malah Allah sendiri yang memilih ahli-ahlinya berdasarkan keupayaan dan kekuatan yang kita ada.
Kenal Diri
Jika berhajat menyertai askar elite ini, kita harus membina jati diri sejajar dengan keperluannya. Untuk itu, sepatutnya kita segera melihat diri sendiri dan belajar hidup sebagaimana mereka, mencontohi sikap dan kehidupan kumpulan Panji Hitam ini. Hidup mereka untuk Allah, dari Allah kepada Allah. Berbuat hanya kerana Allah. Hati mereka tidak pernah bosan menyebut dan memuji Allah. Adakah kita semua sedang mengamalkannya? Dari segi tahap, mereka terlalu jauh ke hadapan, mereka kenal Allah dengan sebenar-benar kenal. Untuk kenal Allah, mesti kenal diri terlebih dahulu. 

من عرف نفسه فقد عرف ربه Ini merupakan syarat utama untuk bersama mereka.

Atau seperti lazimnya kita lebih sibuk hal2 ciptaan The Hiddenhand seperti isu Pesta Arak, Pegang Anjing, SIS, Trangender (pondan), hak asasi manusia dan berbagai lagi termasuklah isu Penghapusan Akta Hasutan. ???? Banyak lagi akan muncul selepas ini (atur gerak kerja Yahudi Nasrani talibarut The Hiddenhand). Andai kita tidak tegas menghalang, kita bakal diserap masuk ke dalam pusaran gelap ciptaan Dajjal Laknatullah. Berdoalah semoga kita semua selamat dari mainan mereka (ada yang mengatakan The Hiddenhand itu ialah Dajjal – wallahu a’lam).
Jika anda telah mula jadi penyibuk atau dipersibukkan dengan isu-isu gila tahap gaban ini, akan kehilangan fokus untuk mengesan siapakah alMahdi. Bagaimana pula dengan nasib mereka yang telah berjaya dihasut dan mengambil bahagian secara langsung dalam aktiviti gila seperti itu? Mampukah nanti kita mengenali alMahdi? Silap-silap haribulan akan memusuhi baginda dan menjadi Pencinta Dajjal Laknatullah pula. Ingatlah bahawa fitnah Dajjal sangatlah dahsyat.
Sukar, sememangnya sukar bagi kita untuk melepskan diri dari perengkap yang telah mereka (hiddenhand) pasang. Untuk itu, kembalilah kepada Islam dan berusahalah menjadi “Orang Beriman”. Mana tahu nasib anda berubah dan dibukakan pintu rahsia untuk mengenal manusia terpilih ini beserta sahabatnya. Insya Allah. Bersama baginda dan 313 jeneral terhebat menuju Armageddon. Perang terbesar yang tercatat dalam semua kitab2 agama langit.
Berjuang kerana Allah!

Armageddon!



Sejak berabad-abad lamanya, di dalam kitab-kitab tua, ramalan-ramalan, mitos-mitos purba dan cerita dari mulut ke mulut, terungkap tentang kisah peperangan maha dasyat yang tidak diketahui bila akan terjadi. 

Peperangan akhir ini digelar dalam pelbagai nama mengikut bangsa atau sempadan geografi seperti ‘ENDGAME’, ‘STAR WARS’, ‘APOCALYPSE’, ‘THE GREAT TRIBULATION dan sebagainya. 
Nama lain yang juga amat popular digunakan untuk mengungkapkan peperangan besar dan universal ini adalah ARMAGEDDON. Di seluruh dunia, terdapat segelintir pengkaji baik dari ilmuan Islam mahupun ahli kitab agama-agama wahyu yang juga disebut agama Ibrahim (Islam, Yahudi, Kristian) telah memerhatikan senario dunia hari ini dengan amat teliti. Kebanyakan ahli-ahli kitab ini (Yahudi dan Nasrani disebut ahli kitab walaupun dari segi syariatnya mereka telah jauh menyimpang dari ajaran asal) amat-amat percaya dengan kedatangan satu peperangan amat besar yang akan mengakhiri segala konflik di atas muka bumi ini.
Peperangan ini juga akan mengakhiri persengketaan besar dan pihak yang menang dalam perang ini adalah di pihak yang benar manakala yang kalah adalah di pihak yang salah dan batil. Peperangan inilah yang disebut sebagai Armageddon. Setiap kaum yang mempercayai Armageddon masing-masing percaya kaum merekalah yang menang.
Orang Yahudi yang mempercayai mereka adalah bangsa pilihan Tuhan sememangnya percaya merekalah yang menjadi juara peperangan ini. Orang Kristian juga tidak mahu kalah dalam persoalan Armageddon ini. Mereka yang menemui hakikat Jesus akan turun di akhir zaman di sebut dalam Injil untuk mengembalikan yang hak dan memenangkan kebenaran akhirnya amat gembira dan manjadikan ini sebagai hujah, mereka lah (kaum Kristian) akan memenangi peperangan Armageddon yang dasyat ini.

Perkataan ‘Armageddon’ juga dapat dijumpai dalam ‘Wahyu’ (Revelation) 16:16, “Dan roh-roh syaitan mengumpulkan sekalian tentera dunia di sebuah tempat yang bernama Armageddon.

Soalnya sekarang, apakah Armageddon itu? Apa pula maksud ‘roh-roh syaitan’?
Adakah sebuah filem lakonan Ben Affleck dan Liz Tylor?
Perang Armageddon ialah:
– Perang besar dan perang penghancuran
– Perang universal yang berstrategi
– Perang yang dirancang dan dinantikan
– Perang yang amat dekat kemunculannya
– Perang antarabangsa
– Perang yang amat dasyat dalam sejarah
– Ia adalah awal dari kemusnahan
-Perang yang bermula dengan banyak perjanjian palsu (seperti rundingan damai dan genjatan senjata) sehingga ada orang berkata “perdamaian sudah tiba” padahal yang terjadi adalah sebaliknya. (Bertepatan pula sebagaimana yang dibangkitkan oleh USA dalam perang Iraq dan Libya juga Pelestin).
Perkataan ‘Armageddon’ berasal dari perkataan bahasa Ibrani yang terdiri dari dua patah kata, iaitu:
1. ‘Ar’ yang bererti gunung atau bukit
2. ‘Mageddo’ (majiddu-arab) iaitu nama sebuah lembah di Palestin, yang membentang dari ‘Mageddo’ di utara sampai ke ‘Edom’ di selatan di mana jaraknya sekitar dua ratus batu dan sampai ke Laut Putih (tengah) di barat dan bukit Mohab di timur yang jaraknya 100 batu.
Ahli-ahli kitab amat mempercayai peperangan ini. Mereka menunggu-nunggu kehadirannya sehingga memerhatikan pergerakan bintang dan susunan jasad di langit bagi memenuhi ramalan astrologi mereka. Mereka memerhatikan susunan kejadian dan kronologi peristiwa.
Mereka AMAT KOMITED DENGAN KITAB-KITAB MEREKA.

ISLAM

Bagaimana pula di pihak umat Islam dalam hal ini?
Adakah mereka sedar tentang peperangan ini?
Amat malang sekali ketika umat lain merancang pelbagai strategi dan mempersiapkan diri menghadapi Armageddon, terdapat orang Islam yang leka dan menganggap Armageddon adalah fiksyen dan hiburan bertahap filem dan sensasi sahaja. Ada juga yang mengatakan ini semua dongeng orang kafir dan sengaja diada-adakan.

Mereka terus leka mencari harta dunia yang sedikit ini tanpa mempedulikan perihal Armageddon. Yang lain terus berdansa di dalam disko dan bercumbu-cumbuan sesama bukan mahram tanpa ingat sedikit pun Tuhan yang menciptakan mereka dari air mani yang hina.

Sebenarnya Rasullullah s.a.w telah memperingatkan kita tentang kedatangan Armageddon yang dasyat ini. 

Sabda Rasullullah s.a.w: “Kamu akan mengadakan perdamaian dengan bangsa Rum dalam keadaan aman lalu kamu akan berperang bersama mereka menentang satu musuh dari belakang mereka. Maka kamu akan selamat dan mendapat rampasan perang, kemudian kamu akan sampai ke sebuah padang rumput yang luas dan berbukit-bukit, maka berdirilah seorang lelaki dari kaum Rum. Lalu dia mengangkat tanda salib dan berkata: “Salib telah menang!”, maka datanglah seorang lelaki dari kaum Muslimin dan membunuh lelaki Rum tersebut lalu kaum Rum telah berlaku khianat dan terjadilah peperangan demi peperangan. Di mana mereka akan bersatu menghadapi kamu di bawah 80 bendera dan di bawah setiap bendera terdapat 12 ribu bendera”. (HR. Ahmad, Abu Dawud, dan Ibnu Majah) 
Telah bersabda Rasulullah SAW, "Tidak akan terjadi hari kiamat, sehingga kaum Rum turun di kota A'maq dan di Dabiq (dekat Damaskus – Damsyik). Kemudian datanglah suatu pasukan yang menghadang mereka dari Madinah, yang berasal dari penduduk pilihan bumi. Dan ketika mereka sudah berbaris-baris, maka berkatalah orang Rum, 'Biarkanlah (jangan kalian halangi) antara kami dengan orang-orang yang memisahkan diri dari kami (yang masuk Islam) untuk kami perangi'.  Maka kaum Muslimin berkata, 'Demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami. Dan ketika mereka (Al-Mahdi serta para pengikutnya) telah sampai di Syam, keluarlah Dajjal. Dan ketika mereka sudah bersiap-siap untuk berperang, mereka berbaris dengan rapi. Tiba-tiba, ketika waktu shalat sudah masuk, turunlah Isa Ibn Maryam AS." (HR. Muslim dari Abu Hurairah)

Terdapat banyak sekali koleksi hadis-hadis berkenaan Armagedddon yang disabdakan Rasullullah s.a.w sebahagiannya digelar ‘Hadis-hadis Fitan’. Sebelum terjadi peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini. Terdapat banyak peristiwa menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam.

Di sini kami menyeru kepada umat Islam marilah meneliti kembali hadis-hadis nabi dan berfikir tentang masalah Armagedddon ini. Buat permulaan di samping AlQuran yang mulia dan Hadis Nabi, pembaca bolehlah merujuk kepada buku Perang Armageddon karangan Amin Muhammad Jamaluddin serta Huru-hara Akhir zaman karya penulis yang sama. Kedua buku ini juga bolehlah dibaca bersama-sama buku-buku Armageddon karya Muhammad Isa Dawud seperti Kedatangan Imam Mahadi dan sebagainya. Lebih bagus jika digandingkan dengan buku Dajjal Muncul dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda karya Muhammad Isa Dawud.

Cuba kaji kehidupan Yahudi di Israel yang mengamalkan agama mereka. Mereka mengharamkan arak, babi, zina, rokok dan lain-lain di mana semua benda yang memudaratkan mereka sebarkan ke dunia. Hatta Coca-cola sendiri mereka tidak minum kerana tindakannya sama dengan pembersih takung tandas! Adakah air seperti itu yang kita mahu berada di dalam perut kita yang lembut ini?

Mengapa mereka bertindak sebaliknya?

Pelik bagi kita kenapa mereka mengingkari Islam padahal mereka tahu apa yang Nabi Muhammad bawa itu adalah benar. Jawapannya ialah sikap bongkak dan sombong yang terlalu hitam di hati mereka menghalang mereka menganut Islam malah memusuhinya.

SUNNAH
Kerana mereka tahu bahawa semua itu adalah memudaratkan mereka sebagai bangsa pilihan tuhan (kononnya). Nampaknya sunnah nabi diamal oleh Yahudi dan mereka berjaya. Orang Islam tinggalkan sunnah malah menolak hadis nabi maka gagal dan kecewa.
Orang-orang Islam dungu ini tidak mahu belajar mengenal peribadi Rasullullah malah secara membuta tuli menghinanya pula. Sesungguhnya di dalam sunnah itu ada kejayaan. Ada orang mengejek-ngejek dan memprovok orang yang memakai serban dan makan di dalam dulang. 
Sesungguhnya amat malang orang yang tidak mengenal peribadi Rasullullah kemudiannya menghina amalan hidup baginda. Padahal orang-orang Yahudi dan Kristian secara senyap berlumba-lumba mengkaji rahsia setiap tindakan Nabi yang dianggap mereka manusia paling berpengaruh di dalam sejarah kemanusian itu. 
Mereka tidak tahu rasional dari semua itu. Jika anda mengikuti Jemaah Tabligh (ambil positif tentang kesungguhan mereka melaksanakan sunnah dalam kehidupan, kesampingkan kelemahan-kelmahan mereka yang lain) anda mungkin sudah terbiasa memakan buah-buahan dahulu sebelum menjamah hidangan yang mana dalam budaya kontemporari adalah amat janggal yang mana buah-buahan adalah sebagai pencuci mulut,diambil selepas makan. Tetapi di dalam kajian sains pemakanan oleh pakar-pakar pemakanan Barat mengatakan amalan memakan buah selepas makan adalah amalan kurang sihat. 
Petikan dari hasil kajian mereka: “Satu-satunya masalah yang timbul dalam pemakanan buah-buahan ini adalah kebanyakan orang tidak tahu untuk memakannya dalam satu cara yang membolehkan tubuh badan menggunakan zat makanannya dengan amat berkesan. Anda hendaklah sentiasa memakan buah-buahan ketika perut sedang kosong. Kenapa? Sebabnya ialah buah-buahan terutamanya tidak dihadam di dalam perut. Sebaliknya ia dihadam di dalam usus kecil, di mana ia mengeluarkan gulanya. Tetapi, sekiranya terdapat kanji, kentang atau pun daging di dalam perut, buah-buahan akan terperangkap dan mula menapai. 
Pernahkah anda memakan buah-buahan sebagai pencuci mulut selepas makan besar dan bersendawa dengan rasa tidak selesa sepanjang malam? Ini kerana anda tidak makan dengan cara yang betul. ANDA SEPATUTNYA MEMAKAN BUAH-BUAHAN KETIKA PERUT SEDANG KOSONG”.(Anthony Robbins, Unlimited Power)  
Hakikatnya di satu peringkat amalan hidup hippies dan tidak betul dipopularkan ‘The Hidden Hand’ ke atas orang-orang Eropah, China dan sebagainya hatta Islam sendiri yang dungu dan menjadi pak turut kepada kehidupan yang pada mereka moden, bergaya, status, ‘high class’ dan ‘cool’. 
Yang anehnya orang Islam yang diberi model kehidupan yang lengkap langsung meninggalkannya lantas bersama-sama menyertai ‘goyyim’ (bangsa hamba atau haiwan ternakan mengikut istilah Yahudi) mengikuti budaya berfikir tahap rendah Barat ini. 
PADA PERINGKAT LEBIH TINGGI, orang-orang Yahudi dan Nasrani mula mengkaji sunnah Nabi dan manggabungkan dengan kajian sains dan mereka inilah yang mengamalkan rahsia amalan para nabi. Ini adalah kelompok elit yang meninggalkan cara hidup Barat semasa. Mereka terdiri dari golongan genius yang suka berfikir. Mereka mempromosikan gaya hidup Barat yang sudah ‘expired’ kepada orang Islam antihadis yang dungu ini. 
Sebaliknya mereka beramal pula dengan amalan para nabi dari cara pemakanan dan kebersihan diri.
MEREKA MENYANJUNGI NABI MUHAMMAD S.A.W SECARA DIAM-DIAM.

Orang-orang yang mempromosikan Nabi sebagai ketua pengganas, gila, syaitan, gila seks dan sebagainya adalah manusia bodoh yang tidak mengkaji siapakah manusia teragung ini yang menduduki ranking pertama Manusia Paling Berpengaruh Dalam Sejarah oleh seorang profesor Amerika Micheal H. Hart.

Mereka menjadi hamba kepada golongan elit yang genius tadi bagi kerja-kerja mengelirukan manusia lain terutamanya umat Islam tentang kehebatan amalan para nabi terutamanya Nabi Muhammad s.a.w yang mewarisi hikmah kenabian dari yang sebelumnya. 
Banyak kelebihan dan hikmah yang tersembunyi dalam amalan sunnah nabi tetapi di sini bukanlah tempat yang sesuai untuk membicarakannya. Nampaknya topik Armageddon sudah hilang sebentar oleh isu sikap sesetengah orang Islam yang tidak mengambil peduli akan hadis-hadis nabi malah mencemuhnya pula. Amat malang golongan ini. Sama ada mereka menjadi hamba Dajjal, di’mindcontrol’ atau sengaja mengelirukan diri sendiri demi sesuap nasi dan sekelumit pujian dan sanjungan. Mereka menjual agama dengan harga yang murah berserta maruah, keselamatan dan iman senipis kulit bawang mereka.

Di sini kita mula faham bahawa Yahudi Nasrani (gabungan mereka jelas dalam Jesuit) sememangnya tahu dan percaya apa yang diperkatakan Rasulullah saw, mereka mencari dan terus mencari manusia bernama alMahdi dan Pemuda Bani Tamim ini melalui pelbagai alat canggih mereka. Untuk apa? Untuk menafikan apa yang dijanjikan Allah. Untuk menghapuskan mereka sebelum mereka muncul sebagai wira.

Jika hadis Baginda Rasulullah saw pun kita ambil ringan, bagaimana kita akan dapat menyahut seruan para wali menuju perang dahsyat ini. Harus disedari bahawa 70,000 tentera alMahdi terdiri dikalangan mereka yang benar2 beriman. Mereka yang jauh terkehadapan dalam semua hal, bukannya seperti kebanyakan kita yang lalai dan leka.

Pemimpin perang mereka terdiri dari Panglima Badar (313 orang) yang cukup terlatih dan penuh ilmu. Mereka ada disekeliling kita, namun kita tidak berupaya mengesan mereka kecuali kepada yang Allah kehendaki. Jika mereka merempuh gunung, gunung akan runtuh. Apa sahaja yang ada ditangan akan menjadi senjata.

Memandangkan mereka ini muncul di timur dunia (seperti pesanan Nabi), tidak mustahil mereka berada bersama2 kita semua. Di Tanah Melayu ini atau mana2 dunia Melayu sekeliling kita. Sebahagian besar ahlinya juga terdiri dari anak Melayu (Melayu di sini bermaksud anak Nusantara termasuk Jawa, Mindanau, Aceh dsb) . Melayu adalah bangsa mistik yang hebat. Puak illuminati tahu tentang ini, sebab itu mereka mencuba sedaya upaya mengkajinya dari pelbagai kitab lama yang telah mereka rompak dan diheret ke England dan Holland.

Kerajaan kita Malaysia masih lagi dipelihara oleh Allah. Kenapa ya? Kerajaan itu bukan bermaksud kerajaan UMNO atau apa, kita maksudkan kerajaan Melayu dengan sokongan raja2 Melayu. Kita akan bertahan sehingga satu masa berlakunya huruhara besar yang membolehkan Pemuda Bani Tamim bangun mengambil alih daulah yang terjajah, menghalau pengkhianat keluar dari bumi bertuah ini. Dipihak manakah anda pada ketika itu?

Mohd Nashri Nashri Nashri's photo.







sebahagian dipetik dari fail MF

LikeTweet

No comments:

Post a Comment