Sunday, 26 April 2015

Fikir-fikirkan....


Katakanlah ,”Dialah Allah, Yang Maha Esa”,

“Allah tempat bergantung segala sesuatu”,

“Tiada beranak dan tidak pula di peranakan”,

“Dan tidak ada sesuatupun yang setara dengan Dia”.
 Al-Ikhlas 1-4

Renungan sejenak

Diriwayatkan daripada Anas r.a, Rasulullah SAW pernah bersabda yang maksudnya:
" Di antara tanda-tanda datangnya hari kiamat ialah
1) Ilmu agama akan diambil kembali (dengan meninggalnya para ulama')
2) Ketidaktahuan (terhadap agama) berleluasa
3) Meminum arak menjadi kebiasaan
4) Zina dilakukan secara meluas dan terbuka."

Berkata Ali bin Abi Talib: "Akan datang suatu masa, Islam itu hanya akan tinggal namanya sahaja, agama hanya bentuknya sahaja, al-Quran hanya dijadikan bacaan sahaja, mereka mendirikan masjid, sedangkan masjid itu sunyi dari zikir menyebut nama-nama Allah. Orang yang paling buruk pada zaman itu ialah para ulama, dari mereka akan timbul fitnah dan fitnah itu akan kembali kepada mereka juga dan semua yang tersebut adalah tanda-tanda hari kiamat."

Manusia akhir zaman akan menghadapi pelbagai ujian sehingga apa yang berlaku amat tidak masuk akal seperti binatang,manusia itu dikatakan menjadi begitu jauh terpesong. Jika dahulu Allah SWT menurunkan bala di atas keterlaluan manusia yang melanggar perintah-Nya maka sekarang manusia seolah-olah tidak sedar bahawa mereka sedang ditimpa bala.

Pengajaran demi pengajaran tidak diambil endah. Semua ini berlaku disebabkan manusia tidak pernah merasa puas. Mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mencari kepuasan nafsu. Ingatlah sesungguhnya kita dilahirkan dalam keadaan menangis, orang sekeliling tersenyum gembira. Beramallah agar kita mati dalam keadaan tersenyum, orang sekeliling menangis kerana peninggalan kita.

Bumi ini yakni dunia mempunyai 7 lapisan bumi, menunjukkan keakhiran dunia, pada 6 lapisan ditunjukkan bahasanya bumi telah dikiamatkan sebanyak 6 kali. Maka lapisan terakhir adalah penghasilan kiamat yg nyata iaitu di zaman fasyak dan mungkar atau juga dikenali dengan akhir zaman. Maka itulah hari kepulangan makhluk kepada penciptanya yakni Allah swt.

Pada hari ini, seringkali kita di momokan dengan ayat yg  mengatakan bahawasanya “kiamat itu lambat lagi” sedangkan Nabi SAW sendiripun apabila di tanya tentang kiamat, Baginda hanya menunjukkan dua jarinya yg menandakan jarak di antara jari telunjuknya dengan jari tengah. Jika diperhatikan antara jarak jari ini adalah tidak jauh dan ini bermakna ianya boleh berlaku pada bila-bila sahaja di zaman kita ini.
Mari kita perhatikan lagi hadis ini:

Saidina Ali meriwayatkan, bersabda Rasulullah s.a.w
15 perkara menyebabkan bala dari Allah akan turun apabila :

Harta berkisar di sekitar orang tertentu sahaja
Amanah menjadi rebutan orang
Zakat menjadi bebanan kepada orang
Suami taat kepada isteri
Anak derhaka pada ibu
Sahabat dibenarkan dalam segala hal (sahabat kata/buat semua betul)
Bapa jadi pengecut dan dayus
Suara-suara lantang berkelahi di masjid
Orang yang dipilih menjadi ketua adalah orang yang paling hina
Orang yang dimuliakan kerana takut pada kejahatannya
Arak diminum di sana-sini
Orang lelaki memakai sutera
Penyanyi diagung-agungkan
Umat akhir zaman berani melaknat/mengutuk orang zaman sebelumnya
Apabila berlakunya perkara-perkara ini, akan datanglah angin merah atau berlaku gempa bumi atau cuaca akan berubah (menakutkan).

?

Apa yg telah di sabdakan oleh Baginda Rasulullah saw sudah berlaku dan di dalam keadaan yg berlaku ini kita maseh lagi di sogokkan dengan sesuatu kelekaan yg berterusan. Maseh sempatkah kita utk mengenal Allah dan beriman kepadanya sedangkan ilmu-ilmu Allah semakin hari lenyap di telan arus kemajuan ataupun kemodenan kononnya. Kemodenan yg merudumkan akhlak seorang manusia.

Perhatikan di sekeliling kita. Apakah ini caranya agama yg di bawa oleh Baginda Rasulullah saw?
Sedangkan masjid kita amat banyak sekali laungan azan bergema di setiap pagi tetapi kemanakah perginya kita-kita ini yg mengaku ahlul sunnah wal jamaah? Apakah yg sudah terjadi sesama kita wahai Bangsaku?
Kajilah sirah Rasulullah tatkala beliau mula mengajak kepada Tuhan Semesta Alam. Padahal Abu Lahab sendiri mengatakan bahawa agama yg mereka anuti itu adalah agama Nabi Ibrahim. Bagaimana dengan kita hari ini?

Secara ringkas Usul Kejadian

Firman Allah swt di dalam Hadis Qudsi yg bermaksud:

“Adalah Aku pada perbendaharaan yang tersembunyi, maka Aku berkehendak agar supaya mengenal Aku, maka aku jadikan makhluk, maka dengan itu mereka mengenal Aku.”

Usul Kejadian ialah usul Negara manusia ataupun Kerajaan Langit atau juga Usul segala makhluk yang mana maksud kejadian ialah membesarkan Allah sebagai Maksud Hidup.

Sebagai bahan renungan dan ini bukanlah tajuk sebenarnya yg penulis ingin sampaikan topic ini memerlukan wadah yg besar utk di bicarakan.

 Cuba kita tenangkan minda sejenak dan fikirkan atas nama Allah ” Ya Kholiq yakni yang Maha Pencipta” apakah tujuannya atau maksud hidup kita di jadikan?

Ianya tak lain dan tidak bukan adalah utk membesarkan Allah yakni memuji Allah swt dan atas maksud inilah manusia di jadikan. Jadi inilah tadi kaitannya dengan hadis qudsi yg di sampaikan di atas.
Sebelum timbulnya maksud maka adalah wajib bagi kita untuk mengenal Pencipta kita agar kita dapat memuji dia dengan sebenar-benar pujian.

Setelah Nur Muhammad di Ciptakan, semasa Ia di cerminkan maka berasa malu hingga menitiskan peluh yg menciptakan Sekalian Roh, titisan kedua menciptakan Alam kabir dan titisan ketiga menciptakan Langit dan sekalian makhluknya di ringkaskan cerita di mana semua ini di ciptakan adalah dengan maksud agar sama-sama dapat membesarkan Allah swt.

Topic mengenai usul kejadian ini merupakan sesuatu yg mendalam dan memerlukan di alimi dengan wadah pengamalan namun ianya di ringkaskan agar kita fahami serbe sedikit dan nampak akan maksud kita di jadikan sehinggalah terbentuk susurgalur kepada bangsa manusia.

Firman Allah bermaksud:

“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”.
Surah al.Hujurat (13)

Daripada Ayat di atas dapatlah kita fahami bahawasanya bangsa manusia ini merupakan sesuatu yg di ciptakan oleh Allah swt. Jadi bangsa juga memainkan peranan yg amat penting dalam kita hendak mengenal Allah swt dan seterusnya menjadi hamba kepadanya dengan sama-sama mengajak kepada umat manusia membesarkan dan seterusnya memuji Allah swt.

Mim Lam Alif Ya Wau

Siapekah bangse ini?

Jikalau kite perhatikan sejarah bangse bangse di dunia ini, satu satunye bangse yg tidak tahu akan asal usul bangse adelah bangse ini (melayu). Acap kali kite bace dalam pelbagai artikel mengenai sejarah bangse tetapi maseh belum dapat jawapan yg pasti mengenai asal usul bangse ini. Ape tidaknye, kitab-kitab melayu kite dahulu tersimpan kemas d oksfot malah tidak d benarkan sesuke hati utk membacenye apetah lagi seandainye orang yg meminjam itu adelah dr kalangan orang melayu sendiri. Terdapat beribu-ribu naskah tersimpan d sane danhanye orang tertentu sahaje yg d benarkan utk membace dan menulis kembali mengikut acuan mereke yg mane akhirnye jadilah bangse ini bute sejarah abngsenye sendiri.

Selepas berlakunye kiamat di zaman Nabi Nuh a.s anak anaknye bertebaran mengembangkan agame yg d bawe oleh ayahnye d negare yg d letakkan d tempat-tempat tertentu.

Kaum lepasan dari anak-anaknye kemudiannye bergabung mengikut hadis bahawe agama Nabi Nuh as (agame Allah) akan bergerak ke timur. Maka bangse salah seorang anaknye bergerak ke timur dan menemui Negare bangse dari salah seorang dari kalangan anaknye juge.

Dari gabungan dua bangse itu make terjadilah bangse yg d kenali sebagai bangse indochine kemudian dr bangse arab pule juge dr kaum anaknye yg datang menyebarkan agame Nabi Noh as yakni agame Allah dr arab.

Ketige-tige bangse itu bergabung d nusantare ini untuk mencari tempat yg muncui selepas surutnye air banjir d zaman Nabi Nuh as. Ianye berterusan hinggelah mewujudkan bangse melayu.
Setakat yg d ketahui bahawe kerajaan d tanah melayu ini adelah sriwijaya yakni penganut agame hindu dan juge agame budha.

D dalam hikayat melayu lame juge kite pernah dengar mengenai zaman kerajaan Nabi Sulaiman mengenai harte yg tersimpan kemas d tanah emas ini. Sehinggelah kepade kerajaan sriwijaya d mane mereke menghantar utusan mengenai arte yg tersimpan adelah utk pendokong agame akhir zaman.

Make d zaman khalifah Umar ibnu Abdul Aziz, Baginde menghantar utusan yg kemudiannye bermulelah episod melayu. Cube bayangkan seorang pendakwah dr Arab datang ke tanah melayu ini membuat usahe ke atas penganut hindu. Bayangkan perantaraan bahase yg mereke gunekan. Tak ke bunyi mcm ayam dan itik bercakap? bagaimane nak meyakinkan seorang sami yg pior agame anutanye beralih kpd agame Islam? D sinilah bermule bangse melayu yg sepertimane Allah kehendakkan sepertimane d dalam hadis Nabi Saw :

"Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya. Maka apabila kamu mendengar khabarnya isi Samudera itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri itu, bawa isi negeri Samudera masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi, tetapi ada pula seorang fakir di negeri Mu'tabari namanya, ialah kamu bawa beserta kamu"

Make bermulelah episod pengamalan yg makrifat dan tawanan kepade makhluk alam. Jadi balik kepade sejarah penciptaan manusia d mane tatkale Allah swt memerintahkan akan malaikat utk turun ke dunia utk mengambil tanah utk d jadikan jasad Nabi Adam. Make turunlah Malaikat jibril tetapi gagal d ambil d sebabkan d halang oleh penghuni dunia ketike itu d sebabkan asutan iblis durjane yg mencuri-curi dengar bahawe Allah swt hendak mencipte bangse manusia. Kemudian turun pule israfil juge gagal kemudian pule israfil juge gagal sehinggelah turunye izrail yg mane gelarannye sebagai malaikat maut.

Kisahnye d sini adelah mengenai penghuni dunia ketike itu. bahawesanye jin-jin telah pun ade d ciptekan sebelum adenye manusia d dunia ini. Jadi dunia ini merupekan tempat mereke. Merekalah yg menstabilkan keadaan dunia dr huru hara. Gunung-ganang tpt mereke, hutan banat tpt mereke, sungai lautan tpt mereke, dalam tanah tpt mereke, dunia ini tpt mereke. Manusia ini asalnye adelah dari syurge dan itulah sebaik-baiknye tempat kembali.

Jadi d sinilah timbulnye dakwah illallah bukan sahaje pade manusia malah juge dr kalangan bangse jin. Sewaktu Nabi Adam d turunkan kepade siape yg dia hendak mengajak kepade Allah jikalau bukan dr kalangan bangse jin ini.

Inilah tajuknye bagaimane dakwah mule d sebarkan d tanah melayu ini, dgn penawanan ke atas bangse jin make mudahlah agame d sebarkan. Kite bangse manusia ini yg d jadikan Allah swt merupekan khalifah d muke bumi jadi maksudnye bukansetakat khalifah kepade bangse manusia malah kepade seluruh alam dan tanah melayu ini merupekan salahsatunye tpt bangse jin ini menetap kerane inilah tpt tumpuan mereke sejak dahulu zaman berzaman. apebile sampai kepade kite hari ini , mereke yg hidup beratus malah ribuan tahun menjadi pelik sebb agame yg d anuti ini telah jauh menyimpang. Jadi tidak hairanlah kite hari ini semakin binggung kenape masalah manusia semakin menjadi-jadi d negarekite ini.

Dunia ini adelah tpt mereke dan kite sekadar menumpang utk kite usahekan kemudian baliklah kite ke negare asal kite d sane nanti. Janganlah hairan sekirenye d katekan bangse melayu ini mempunyai sejarah mistik yg paling kuat d dunia. Dan ini juge merupekan salah satunye usahe dajjal utk merosakkan bangse mulia ini.

Kalo d pikirkan ikut akal lojik, lojik ke bangse ini tak tahu akan asai usui bangsenye? Tanye kat budak sekolah rendah memang la ape pun tak tahu skolah skang ni, pergi tanye kat budak skolah menengah tgk, ape jawapan dorang gaknye? Takpe kite tanye tgk bebudak lepasan Ipt pulak ape critenye? berbagai jawpan yg akan kite dpt nnt, mudah2an kite kembali bukekan minde utk mengenali asai usui bangse kite.. insyaAllah..

Jikalau kite lihat sewaktu mule terjumpenye batu bersurat d trengganu menyatekan Islam sudah tertegak sejak tahun 1303. Berape lame mase yg mahu d ambik utk menegakkan islam sehingge tertegaknye hukum Islam? Berbalik kepade sejak mule islam bertapak sehinggelah islam telah d iktirap sebagai agame rasmi d benua nusantare ini sehinggekan melake tertegak sebagai satu kerajaan melayu yg terkuat pade mase itu. Kerajaan Melayu nusantare d iktiraf oleh kekhalifahan Turki  Osmaniah pd mase itu d mane hang Tuah pernah d hantar oleh Sultan Melake sebagai utusan pengiktirafan Kerajaan Melayu Melaka.

Apebile Melake sudah tertegak make mase inilah dajjal berserte kuncu-kuncunye mule tersedar akan kebangkitan agame d sebelah timur ini. Jadi berbagai usahe terus d lakukan semate=mate utk menjatuhkan bangse ini.

Berbalik kepade bangse jin ini ianye merupekan bangse yg d usahekan melalui budaye jadi tidak hairanlah d zaman dahulu raja-raja d kaitkan dengan bangse jin ini. Hanye kerane raja yg memegang kuase utk memerintah bangse jin ini. Kenape hari ini berbagai slogan d laungkan utk meyatukan bangse melayu tetapi menemui jalan buntu? jawapan ade pd d dalam diri. Berfikirlah lagi dan lagi, ibarat pepatah melayu mengatekan ‘biar mati anak jgn mati adat’ – Bangasa berteraskan empat perkare: 1. Agama Usul Bangse, 2.bahase jiwe bangse 3. budaye rage bangse 4. adat martabat bangse. Sebagaimane keturunan Nabi Ibrahim di sebelah isterinye Siti Hajar yg melahirkan bangse Arab manekale d sebelah isterinye Siti Sarah yg melahirkan bangse yahudi. Pendekatan atau pemahaman ttg bangse ini berkaitan dengan agame adelah sangat penting. Bangse merupekan pakaian kepade agame. D mane bumi di pijak d situlah langit d junjong!

Sewaktu penjajah mule bertapak d tanah melayu ini, sasaran pertame mereke adalah budaye, satu demi satu budaye kite d rosakkan agar kite tidak dpt kembali membudayekan bangse kite. Tetapi Allah swt maseh memelihare tanah warisan bangse ini demi kebangkitannye kali kedua tetapi amat sedihnye hari ini bangse ini sendiri yg merosakkannye d sebabkan lupe kepade asal usul bangse , lupe akan amanah bangse. Dan yg lebih malang lagi pada hari ini, hari ini, yer hari ini mereke hampir berjaye dan bangse kite kini berade di dalam keadaan yg amat bahaye. sekirenye maseh ade sedetik atau terlintas d dalam fikiran utk beriman kpd allah swt make bangunlah wahai bangseku.

Agende Tersembunyi Menanti Hari.

Mari kite lihat akan rukun negare kite.

Kepercayaan Kepada Tuhan
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara
Keluhuran Perlembagaan
Kedaulatan Undang-undang
Kesopanan dan Kesusilaan

Allahyarham Tun Abdul Razak Bin Dato' Hussein .Setelah berbincang serta mengkaji sedalam-dalamnya selama beberapa bulan, maka lahirlah Rukun Negara yg telah diisytiharkan oleh yang di-Pertuan Agong Keempat pada 31 Ogos 1970 sempena ulang tahun ke-13 kemerdekaan negara.

 Berapa ramai kini yg benar-benar ambil peduli terhadap rukun negara hari ini. Mungkin pada hari ini kita tidak nampak kecenderungannya terhadap pembentukan diri seseorang malah pada hari ini rakyat semakin hari semakin hilang dari nilai budaya sepertimana yg terkandung di dalam Rukun Negara yg ke-5 di atas.

Terdapat agende tersembunyi utk melumpuhkan kedaulatan negare d mane kite d jajah dengan minde telah hampir berjaye. Berbalik kepade budaye bangse, d mane budaye yg penuh dgn spiritual membawe kepade Tuhan telah d rosakkan yg mane akibatnye rakyat negare hilang arah dgn terjerumusnye dengan budaye asing yg melampau hinggekan orang melayu kite telah hilang budaye kite sendiri make rosaklah kerukunan negare yg ke-5.

Terdapat beberape kes d dalam negare d mane kite  merasekan seolah-olah tidak mendapat pembelaan yg sepatutnye seolah-olah ianye seperti d kuasai oleh campurtangan luar. Perkare ini juge terjadi d rantau Arab mase kini habis beberape buah negare Arab d sebabkan campurtangan asing sehinggekan negare Islam hampir ranap.

Dan rukun yg ke-3 inilah yg sedang menanti mase utk d kuasai. seandainye ini berjaye d kuasai make dengan mudahlah raja-raja Melayu akan d singkirkan. Make apebile raje melayu sudah tidak lagi punyai kuasa maka akan haru birulah negare yg mane bukan sahaje makhluk yg bername manusia malah dr alam lainjuge akan haru biru d buatnye. Kemudian hilanglah atau tiade lagilah akan kepercayaan terhadap Allah swt.

Akhir kata, marilah kita sama-sama fikirkan, kita mahukan kejayaan jadi kitalah yg sepatutnya fikirkan akan masa hadapan anak bangsa kita, mudah-mudahan atas apa yg kita fikirkan hari ini , mendapat kebaikan anak bangsa di masa hadapan, insyaAllah.

Segala apa yg di sampaikan adalah sebagai peringatan bersama.

 Secara ringkas tentang Syariff Muhammad Al-Baghdadi

Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah seorang tokoh yang sangat penting dalam penyebaran Islam di Alam Melayu. Beliau merupakan keturunan Saidina Hasan daripada sebelah bapanya dan Saidina Husin daripada sebelah ibunya. Diriwayatkan bahawa Syarif Muhammad dipercayai telah meninggalkan takhtanya dan kerajaan Baghdad untuk beruzlah di Makkah. Setelah sekian lama berada di Makkah, beliau berangkat menuju ke Hadratulmaut di Yaman dan seterusnya ke Nusantara iaitu di Hulu Terengganu.

 Di Hulu Terengganu, beliau menjalankan kerja-kerja dakwah Islam dengan gigih kepada masyarakat dan dikatakan memainkan peranan penting dalam usaha menjatuhkan kerajaan Seri Wijaya Majapahit. Setelah berjaya menjatuhkan kerajaan Hindu, beliau telah mendirikan sebuah kerajaan Islam dan seterusnya membina sebuah pusat pemerintahan yang dinamakan "Kota Tamir" yang terletak di kawasan seluas 300 ekar. Ramai di kalangan para pembesar dan raja-raja Hindu yang memeluk Islam lalu menjadi pengikut setia kepadanya. Peristiwa ini berlaku kira-kira 700 tahun dahulu.

 Pemerintahan dan perjuangan Syarif Muhammad al-Baghdadi kemudiannya diteruskan oleh zuriat keturunannya yang bernama Syarif Abdul Qahar bin Syarif Muhammad (Tok Paloh), kemudian cucunya Syarif Abdullah bin Syarif Qahar (Tok Pauh) dan seterusnya cicitnya Syarif Abdul Malik yang juga disebut Syeikh Abdul Malik lebih dikenali dengan gelaran Tok Pulau Manis. Kesemua zuriat keturunan Syarif Muhammad al-Baghdadi adalah wali Allah dan dimuliakan Allah dengan diberikan pelbagai karamah. Diantara warisnya yang paling menonjol ialah cicitnya iaitu Tok Pulau Manis. Tok Pulau Manis diriwayatkan pernah menubuhkan 'Kota Pulau Manis' dan mendirikan institusi pendidikan agama yang sangat terkenal di Alam Melayu pada ketika itu. Anak Tok Pulau Manis yang bernama Siti Zubaidah dikatakan telah berkahwin dengan Tun Jenal yang kemudiannya ditabalkan menjadi raja di Tanjung Baru, Hulu Terengganu dan bergelar Sultan Zainal Abidin 1.

Satu-satunya peninggalan terbesar Syarif Muhammad al-Baghdadi ialah sebuah batu bersurat yang dikenali dengan nama Batu Bersurat Terengganu. Tulisan yang tercatat pada permukaan hadapan batu bersurat tersebut adalah seperti berikut;

“Rasulullah dengan yang arwah santabi mereka, asa pada Dewata Mulia Raya; memberi hamba meneguhkan agama Islam dengan benar bicara derma, merera bagi sekalian hamba Dewata Mulia Raya di benuaku ini. Penentu agama Rasulullah Sallallahu `Alaihi Wa Sallam  Raja Mandalika yang benar bicara sebelah Dewata Mulia Raya di dalam behumi. Penentu itu fardu pada sekalian Raja Mandalika Islam menurut setitah Dewata Mulia Raya dengan benar bicara berbajiki penentu itu maka titah Seri Paduka Tuhan menduduki tamra ini di benua Terengganu adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan di sasanakala baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua.”

Catatan yang terdapat pada batu itu tidak sekadar mengandungi pernyataan hukum-hakam seperti yang disebut dalam Al-Quran misalnya hukuman kesalahan zina iaitu direjam bagi yang telah berkahwin dan dipalu seratus kali sebatan bagi yang masih bujang tetapi turut meliputi bidang falak (astronomi). Unsur falak ditemui didalam catatan tersebut berdasarkan kepada frasa “adi pertama ada Jumaat di bulan Rejab di tahun Saratan (Syarathan) di sasanakala baginda Rasulullah telah lalu tujuh ratus dua”. Ramai pengkaji cuba menyelidik maksud frasa ini tetapi gagal sehinggalah seorang pemikir besar Islam dirantau ini berjaya memecahkan kebuntuan tersebut. Beliau ialah Professor Dr. Syed Muhammad Naquib al-Attas. Dalam kajiannya, beliau menyatakan bahawa maksud frasa diatas ialah Jumaat pertama dalam bulan Rejab tahun 702 Hijrah serentak dengan timbulnya buruj Saratan, tatkala perintah agama (sasanakala) yang mengisytiharkan pemahatan hukum Islam di atas Batu Bersurat itu oleh pemerintah Terengganu pada waktu itu.

LikeTweet

No comments:

Post a Comment