Semasa Nabi Adam a.s diturunkan ke dunia apakah yang di cariNya dan apa pula fikir Baginda terhadap kehidupan manusia?
Setelah zaman berzaman berlalu sehingga kepada kehidupan kita hari ini yang sudah hampir kepada kemuncak pengakhiran kehidupan akhir zaman, di mana manusia hari ini sudah hilang arah tuju kehidupan manusia sebagai Khalifah di muka bumi.
Ini adalah kerana Iblis yang sentiasa mencari jalan untuk menyesatkan manusia dari landasan kehidupan sebagai seorang manusia sepertimana yang diperintahkan oleh Allah swt dalam surah – Adz-DZariyat:56
” Tidak Aku Jadikan Jin dan Manusia Melainkan Untuk MengABDI kepada Aku “
“Kecuali di antara zuriat-zuriat Adam itu hamba-hambaMu yang dibersihkan dari sebarang syirik (ikhlas)”. (Hijrr:40)
Selepas kepada kewafatan Nabi Adam a.s. maka ramailah Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah yang dilantik silih berganti. Mereka semua membawa kepada kehidupan yang bertuhan Allah swt dan mengajak manusia supaya mengabdikan diri kepada Allah Allah azza wa Jalla.
Tiadalah lain kerja mereka melainkan mengajak manusia kembali kepada Allah. Apa yang dilakukan seharian adalah bermatlamatkan akhirat untuk kembali kepada Allah swt
Nabi Nuh a.s dan permulaan bangsa manusia.
- Sham
- Ham
- Yatphit
- Kanaan
Penurunan umat Nabi Nuh a.s letika surutnya air.
Mekah (Gua Hirak) Jabbal Nur
Gunung Merah
Gunung Judy
Gunung Sina – Tursina
Gunung Khurasan
Gunung Zabarjan
Gunung Terletak di Banjaran Titiwangsa
Penurunan umat Nabi Nuh a.s ini selama 4 peringkat, peringkat pertama 1 orng, 2 = 2 orang, 3 = 4 orang dan ke empat adalah 5 kecuali di sebelah Tanah Melayu peringkat ke-4 adalah 4 orang.
Kehidupan mereka yang di gunung ini merupakan kehidupan orang-orang yang suci dan kehidupan yang di bawah gunung inilah menjadi kehidupan para jin di mana kehidupan seterusnya menjadi kehidupan percampuran jin dan manusia apabila banjir sudah surut dan manusia kian merebak sehingga tiada lagi batas kehidupan manusia.
Anak-anak Nabi Nuh a.s diturunkan di point-point dunia ini kecuali seorang iaitu Kanaan:
Sham : puncak Jabbal Nur (melahirkan Bangsa Arab)
Ham : puncak Gunung Sina (melahirkan Bangsa Habsy)
Yathpit : puncak Gunung Khurasan (melahirkan bangsa Gabungan)
Kanaan : benua Eropah (di culik Iblis semasa kewafatan Nabi Nuh a.s)
– Ham Disumpah oleh Nabi Noh jadi hitam dan keturunan2nya
– Bangsa Melayu bermula dari gabungan 3 bangsa iaitu:
Bangsa Arab
Bangsa Habsy (golongan hamba)
Bangsa Gabungan (Mongolia + Cina)
__________________________________
Melayu
Adalah gabungan 3 bangsa iaitu 1- Sham, 2 – Ham, 3 Yathpit.
Semasa zaman Nabi Nuh a.s., Allah swt telah mengkiamatkan dunia ini sebanyak 5 kali dan pada zaman Nabi Nuh ini, Allah swt telah mengkiamatkannya sekali lagi menjadi yg ke-6, Lepasan Kiamat di zaman Nabi Nuh a.s anak-anaknya mengembangkan agama ayahnya di Negara yang diletakkan di gunung-gunung tersebut.
Kaum lepasan zaman Ham dan yathpit bergabung apabila Kaum/ Bangsa Habsy mengikut sabdaan bahawa agama Nabi Nuh a.s (agama Allah) akan bergerak ke timur. Maka Bangsa Habsy bergerak ke timur dan menemui Negara Mongolia yang dari kaum zaman lepasan Yathpit/ bangsa Mongolia.
Sebahagian anak keturunannya ada yang bergerak ke timur jauh merentasi perbatasan China di mana terlebih dahulu direntasi oleh pengikut-pengikut Nabi Nuh yang bergerak ke kawasan sebelah Timur. INI ADALAH LAPISAN PERTAMA pergerakan anak-anak manusia selepas peristiwa Banjir Besar.
Gabungan bangsa Habsy dan bangsa Mongolia yang menjadi Indochina ini, bergabung pula dengan bangsa Sham yang datang menyebarkan agama Nabi Nuh a.s (agama Allah dari Arab)
Dari gabungan 2 bangsa itu maka terjadilah bangsa yang dikenali sebagai ” Indochina ” dan kaum zaman lepasan Sham juga mengikut hadis untuk mencari tempat terakhir yakni yang ke -7 iaitu Tanah Melayu lalu mereka bergerak ke Timur.
Ketiga-tiga bangsa itu bergabung di Nusantara untuk mencari tempat yang muncul selepas surutnya banjir di zaman Nabi Nuh a.s yang pernah menjadi tempat turunnya wahyu iaitu Gunung di Tanah Melayu untuk membuktikan tempat itu mendapat naungan untuk mengembangkan bangsa.
Ianya berterusan dari zaman itu hinggalah di zaman yg mewujudkan Bangsa Melayu. Asbabnya di dalam hadis termaklum bahawa pendokong agama Allah ialah Arab (kaum Sham), Habsy (kaum Ham), Khurasan ( kaum yathpit) dan Melayu (Gabungan) dari bangsa Arab, Habsy dan Khurasan.
Kanaan berada di Eropah apabila di tasykil Iblis dan tempatnya berada di barat dan tempatnya tidak mendapat naungan Allah.
Nabi Sulaiman
– Kerajaan Nabi Sulaiman begitu besar dari timur ke barat. Semua makhluk adalah di bawah perintah Baginda. Manusia, jin, peri, dewa dan segalanya patuh kepada baginda. Kerajaan nusantara yang terhampir pada zaman ini berkemungkinan kerajaan Bima.
________________________________________________
Usul Bangsa Melayu berkait rapat dengan usul agama Islam orang Melayu. Sebelum kedatangan Islam, tidak ada orang Melayu, yang ada orang Indocina, Polinesia dan Orang Kepulauan. Orang Indocina ialah kelompok manusia yang tinggal di Asia Tenggara. Orang Polinesia dan orang Kepulauan tinggal di sepanjang jajaran Kepulauan Hindi dan Pasifik. Islam datang meMelayukan orang Indocina, Polinesia dan orang Kepulauan tadi.
Di Asia Tenggara, orang Indocina yang tidak memeluk Islam tidak termasuk di dalam bangsa Melayu. Sebagai contoh, orang Thailand yang beragama Buddha, kita tidak memanggil mereka orang Melayu tetapi kita memanggil mereka sebagai orang Siam.
Di negara kita orang Indocina yang menjadi penduduk pribumi tetapi tidak memeluk Islam kita panggil Bumiputera, contohnya orang Senoi, orang Iban, orang Dayak dan banyak lagi. Mereka bukan orang Melayu.
Ini bermakna faktor agama menjadi ciri utama yang menentukan orang Melayu itu MELAYU. Masyarakat Melayu tidak boleh lari dari Islam. Orang Melayu menganggap agama Islam sesuai dengan diri mereka. Islam juga dapat membentuk jati diri orang Melayu itu sendiri.
Adanya Bangsa Melayu di Asia Tenggara, nampaklah adanya Islam di alam sebelah Timur dunia. Rasulullah saw merujuk alam sebelah sini (Asia Tenggara) sebagai masyrik.
Daripada perlbagai tulisan dapat di ketahui bahawa orang Melayu pada umumnya beragama Islam, baik yang bermukim di Indonesia, Malaysia dan Brunei Darussalam, mahupun yang tinggal di Patani, Filipina dan Sri Lanka. Agama Islam menjadi identiti penentu kemelayuan seseorang itu. Amalan dan perlaksanaan orang Melayu berlandaskan ajaran Islam. Ini menyebabkan Islam menjadi penentu keMelayuan seseorang itu. Masyrakat Filipina yang beragama Islam dikatakan mempunyai identiti yang sama dengan orang Melayu di Malaysia. Bangsa Filipina yang memeluk Kristian semakin hari semakin berbeza dari segi identitinya dengan bangsa induk Melayu. Ini menunjukkan agama Islam melambangkan kemelayuan seseorang itu.
Orang Melayu Sri Lanka dikenali dengan orang Melayu di sebabkan mereka mengamalkan ajaran Islam walaupun bahasa Melayu pertuturan mereka sudah bertukar menjadi bahasa Creole, tetapi identiti etnik mereka masih tetap kukuh kerana menganut agama Islam. Ini menunjukkan agama Islam itu dapat menentukan kemelayuan mereka. Begitu juga Afrika Selatan, Islam menjadi asas identiti mereka kerana apabila di sebut ‘Orang Islam’ di Afrika, maka ia dirujuk kepara keturunan Melayu.
Agama Islam memang menjadi ciri orang Melayu itu Melayu kerana didapati orang Melayu Acheh, Patani dan Singapura beragama Islam. Sehingga dikatakan orang Melayu itu ialah mereka yang menganuti agama Islam dan bertutur dalam bahasa Melayu dan ianya termaktub di dalam Perlembagaan Negara Malaysia.
Di samping itu, Islam juga memisahkan antara keturunan Melayu Islam dengan bukan Islam. Polinesia yang tidak menganut agama Islam kini wujud sebagai satu bangsa yang berasingan dan mempunyai identiti yang berbeza dari orang Melayu. Beberapa kelompok kecil di Kemboja yang memeluk agama Islam mempunyai persamaan budaya yang jelas dengan keturunan Melayu.
Gugusan yang terdapat di dalamnya bangsa Melayu di sebut Tanah Jawi atau istilah antropologi ialah Malay Archipelago. Kewujudan Melayu adalah atas titisan dan nutfah. Islam Nusantara ini didukung oleh suatu Ummat yang disebut Bangsa Melayu.
____________________
Sementara itu, petikan dari Sejarah Melayu, Sulalatus Salatin ada menyebut mengenai Raja Suran yang dikatakan berasal dari keturunan Raja Iskandar Zulkarnain seperti berikut,
” Setelah itu maka Raja Suran pun kembali ke benua Keling. Telah sampailah ke negeri Keling maka raja Suran pun berbuat sebuah negeri terlalu besar kotanya daripada batu hitam tujuh lapis serta dengan tebalnya dan tingginya sembilan depa daripada pandainya segal utas berbuat dia itu tiadalah kelihatan rapatannya lagi rupanya seperti dituang pintunya daripada besi melela bertatahkan emas bepermata.
Syahdan luasnya kota itu tujuh gunung didalamnya dan pada sama tengah negeri itu ada sebuah tasik terlalu luasnya seperti laut rupanya jikalau gajah berdiri diseberang tasik itu tiada kelihatan dari seberangnya dan serba ikan dilepaskannya didalam tasik itu.
Maka ditengah tasik itu ada sebuah pulau terlalu tinggi sentiasa berasap seperti disaput embun rupanya maka diatas pulau itu ditanaminya pelbagai kayu-kayuan dan buah-buahan dan bunga-bungaan segala yang ada di dunia ini semuanya adalah disana dan apabila raja Suran hendak bermain kesanalah ia pergi.
Maka adalah di tepi tasik itu diperbuatnya hutan besar maka dilepaskannya segala binatang yang liar dan apabila raja Suran hendak berburu atau menjerat gajah pada hutan itulah ia pergi. “
Pengakuan Maharaja China sebagai turut berasal dari keturunan Raja iskandar Zulkarnain dapat kita lihat pada muka surat 131, Sulalatus Salatin seperti berikut,
“Alkisah maka tersebutlah perkataan raja benua China, setelah kedengaranlah kebesaran raja Melaka ke benua China, maka raja benua China pun mengutus ke Melaka bingkisan jarum sarat sebuah pilau,lain daripada sutera benang emas kimka dewangga, serta beberapa benda yang gharib-gharib. setelah datang ke Melaka, maka disuruh sultan Mansur syah jemput surat dari benua China itu, diarak seperti adat menyambut surat dari benua Siam. Setelah datang ke balairung, maka disambut oleh bentara, diberikan kepada khatib, lalu dibaca khatib demikian bunyinya:
"Surat di bawah cerpu raja langit, datang ke atas mahkota raja Melaka. Kita dengar raja Melaka raja besar, sebab itulah maka kita hendak bersahabat, berkasih-kasihan dengan raja Melaka, kerana kita pun daripada anak cucu Raja iskandar zul-karnain, sebangsa juga dengan raja Melaka, kerana tiadalah ada dalam alam dunia ini raja-raja yang besar daripada kita. Tiada siapa pun tahu akan bilangan rakyat kita; maka daripada sebuah rumah sebilah jarum kita pintak. Itulah jarumnya sarat sebuah pilau kita kirimkan ke Melaka.''
____________________________________________________________
Nama Bangsa Melayu berbeza-beza pada 4 era;
1. Pada zaman Ibrahim ia disebut Bangsa Jawi.
2. Pada zaman Musa ia disebut Bangsa Balqis
3. Pada zaman Iskandar ia disebut Bangsa Trang anu
4. Pada zaman selepas Rasulullah ia disebut Melayu iaitu campuran Arab dan Indocina (India dan Cina)
_____________________________________________
INDRAVARMAN (PALEMBANG – SRIWIJAYA)
Semasa SRI INDRAVARMAN memerintah SRIWIJAYA, raja ini telah menulis sepucuk surat kepada KHALIFAH ABDUL AZIZ (KERAJAAN UMMAYAH) meminta KHALIFAH ISLAM itu menjelaskan tentang AGAMA ISLAM
__________________________________________
"Sepeninggal aku telah wafat kelak, akan muncul sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya." "Apabila terdengar kamu nama negeri itu, maka suruhlah sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke negeri itu, serta kamu Islamkan sekalian isi negeri itu, serta ajar mereka mengucap dua kalimah syahadat.
Kerana dalam negeri itu kelak banyak orang yang akan menjadi wali Allah." "Tetapi semasa kamu hendak pergi ke negeri itu, hendaklah kamu singgah mengambil seorang fakir di negeri Mengiri, bawalah fakir itu bersama-sama belayar ke negeri Samudera itu."
Hal ini terjadi ketika di zaman Khalifah Umar Ibnu Abdul Aziz dan pada masa itu juga Tanah Melayu ini di diami oleh kerajaan Sri Wijaya dan Raja nya meminta agar mereka menghantar satu utusan kepada Khalifah Umar lalu menyatakan pada mereka agar di hantar satu rombongan untuk meng’Islam’kan rakyat masyarakat di sini pada zaman Khalifah tersebut…”
Wasiat itupun sampai kepada Sharif Mekah iaitu Raja yang memerintah Mekah dan sekitarnya, Madinah dan wilayah Hijaz. Menurut satu kisah, baginda mendapat tahu tentang kewujudan Samudera lalu menitahkan supaya diperbuat sebuah bahtera untuk membawa perkakas dan alat kerajaan ke sana. Seorang ulamak besar bernama Sheikh Ismail dijadikan mualim atau nakhoda kapal. Beliau dan orang-orangnya pun belayar ke negeri Mengiri seperti diwasiatkan Nabi, sebuah negeri yang terletak di benua Hindi…
Adapun negeri Mengiri ini diperintah oleh seorang raja bernama Sultan Muhammad. Menurut ceritanya, baginda berasal dari keturunan sahabat karib Rasulullah SAW, Saidina Abu Bakar Al-Siddiq Radiallahuanhu, Khalifah pertama umat Islam.
Sebaik sahaja mendapat tahu ada kapal hendak ke Samudera atas titah Sharif Mekah dan diketuai Sheikh Ismail berlabuh di negerinya, baginda terus turun takhta lalu menabalkan seorang anaknya sebagai Raja Mengiri yang baru. Malah baginda juga melucutkan pakaian kebesaran kerajaan di tubuh-badannya lalu menukarkannya dengan pakaian seorang fakir!
Raja yang telah menjadi fakir inipun membawa seorang anaknya yang muda untuk turut serta meninggalkan istana dan menjadi fakir. Mereka pergi berjumpa Sheikh Ismail lalu meminta supaya dibawa belayar ke Samudera untuk bersama menunaikan wasiat Nabi… sehingga mereka dapat mengislamkan Merah Silu yang kemudiannya namanya menjadi Sultan Malikul Soleh…
Rombongan Sheikh Ismail yang disertai Fakir Muhammad itu pun belayar mencari negeri Samudera. Tetapi mereka tidak pasti di manakah letak kedudukannya sehingga tersasar ke Barus, Lamuri dan Perlak.
Rombongan ini singgah ke negeri-negeri itu untuk mengIslamkan raja dan penduduknya tetapi apabila disuruh membaca Quran yang dibawa dari Mekah, tiada seorang pun dapat membacanya…
Maka tersebutlah kisah Merah Silu di Samudera. Pada suatu malam, sedang baginda lena beradu, maka bermimpilah ia melihat seorang tua berbaju jubah datang seraya memegang dagu Merah Silu dan menutup mata baginda dengan tangannya.
Kata orang tua yang muncul itu: "Hai Merah Silu, ucaplah olehmu akan kalimah syahadat".
Maka sahut Merah Silu: "Bagaimana hamba hendak mengucap kalimah syahadat itu?"
Ujar orang tua itu: "Bukalah mulutmu."
Merah Silu pun membuka mulutnya lalu diludahi orang itu.
Orang tua itupun mengisytiharkan: "Hai Merah Silu, engkaulah raja negeri ini dan namamu Sultan Malikus Salih. Segala binatang yang kamu sembelih halal kamu makan, tetapi jangan memakan binatang yang tidak bersembelih. Sekarang kamu adalah dalam syariat agama Islam, iaitu agama Allah. Dalam empat hari lagi akan sampai sebuah kapal dari Mekah, maka hendaklah kamu turut apa juga yang dikatakan orang kapal itu, jangan kamu bantah atau lawani sebarang kata mereka itu."
Merah Silu bertanya: "Siapakah kamu ini?"
Maka sahut suara orang tua berjubah dalam mimpi itu: "Akulah Nabi Muhammad SAW yang di Mekah."
sulalatus salatin
Pengamalan Hakikat para sami memudahkan mereka menerima Islam kerana pengamalan Islam itu sendiri bermulanya dengan mengenal Allah sepertimana di dalam hadis qudsi Baginda Rasulullah saw bersabda ” Bermulanya agama dengan mengenal Allah ” dan dari sinilah takjubnya sami-sami itu apabila melihat kehebatan di dalam pengamalan Islam sampai kepada peringkat tertinggi di dalam alam rohaniyyat.
"Sesungguhnya Allah telah memberi kurniaan besar kepada orang2 beriman apabila Dia mengutuskan di antara mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri yang mendakwahkan ayat-ayat Allah, menyucikan mereka (daripada syirik dan kufur) dan mengajar Al-Kitab (al-Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah), padahal sebelum ini mereka di dalam kesesatan yang nyata." (Ali Imran 164)
Rasulullah s.a.w. bersabda, "Tidak beriman seseorang diantara kamu sehingga kehendaknya seperti apa yang disampaikan olehku."
Dan baginda s.a.w. bersabda, "Tidak beriman seseorang sehingga dia mencintai aku lebih daripada bapanya, anak2-nya dan manusia semuanya."
Lagi baginda s.a.w. bersabda, "Tidak beriman seseorang sehingga dia mengasihi saudaranya (seagama) sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri."
UMAT ISLAM AKHIR ZAMAN UMPAMA BUIH DI LAUTAN
Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:
“Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama.”
Maka para sahabat r.a. pun bertanya, “Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?”
Sabda Baginda SAW: “Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut.”
Sahabat bertanya lagi, “Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?”
Jawab Rasulullah SAW, “Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn.”
Sahabat bertanya lagi, “Apakah itu al-Wahn?”
Rasulullah SAW bersabda: “Cintakan dunia dan takut akan kematian.”
Terbukti dalam banyak perkara Melayu disalah ertikan dan di hilangkan sejarahnya kerana tiada kefahaman tulin akan sejarah Melayu. Selain daripada itu ada manusia lain yang berkomplot menjatuhkan Melayu kerana sifat kemanusian yang tebal dengan nafsu ingin menakluki Melayu secara biadab dan sanggup melakukan pemupusan secara global agar Melayu tiada lagi boleh menghukum mereka dan menghancurkan mereka.
Melayu adalah orang yang tinggi hemah dan budi pekerti serta beradap sopan. Oleh kerana kebaikan dan ketulinan hati mereka untuk membantu manusia, kebanyakan dari mereka akhirnya tertipu dan dianiaya sehingga ketamadunan mereka runtuh akibat angkara manusia yang cemburu dan ingin memiliki apa yang ada pada Melayu. Segala manuskrip dan koleksi arkib mengenai Melayu kini disorok dan diubah akan faktanya sehingga tiada lagi yang dapat mengesan akan sejarahnya yang sebenar. Ini semua sudah berlanjutan beribu tahun sehingga kini tiada lagi cerita mengenai Melayu hanya serpihan-serpihan manuskrip yang telah pudar dan sukar dibaca serta difahami kerana orang Melayu kini telah hilang kunci serta kod-kod bahasa asal yang membolehkan mereka mencungkil kembali kegemilangan Melayu.
Selain daripada itu, telah banyak doktrin bangsa lain menerapi pemikiran orang Melayu sehingga orang Melayu berubah sifatnya dan menjadi bangsa yang hanya tinggal sarung sahaja isinya tiada. Ini adalah fakta yang nyata jika kita lihat sekeliling kita, lihat akan perubahan yang berlaku diatas kehidupan orang Melayu sekarang yang telah hilang kemelayuannya akibat beribu tahun dituba dengan doktrin yang menghilangkan identiti Melayu dan menjadikan mereka bangsa yang lemah dan tiada harga diri. Jika dibandingkan dengan nenek moyang orang Melayu, mereka adalah penakluk yang hebat, pemilik ilmu dan kesaktian yang hebat. Tiada perlu kita mengungkit akan fakta ini atau memperdebatkannya kerana banyak bukti yang ada cukup untuk menunjukkan kebenarannya walaupun hanya serpihan atau koleksi yang tidak lengkap namun hakikatnya Melayu tetap Melayu dan jika anak cucu yang ada berketurunan Melayu dan darah Melayu mengalir ditubuhnya maka mereka akan tahu dan merasai kehebatan Melayu pada dirinya. Hanya Melayu merasai dirinya Melayu.
Tidak Melayu Hilang Didunia.
Allah telah bagi kerja yang begitu besar kepada Umat Muhammad s.a.w. iaitu kerja dakwah. Inilah kerja yang membuatkan Rasulullah s.a.w. begitu merindui umatnya yang tidak sempat menemuinya tetapi telah mengambil kerja yang dibuat oleh baginda s.a.w.. Sabda Rasulullah s.a.w.,
"Sesungguhnya aku merindui saudara2 ku." Para sahabat bertanya "Tidakkah kami saudaramu?" Rasulullah s.a.w. bersabda, "Kamu adalah sahabatku, saudaraku ialah mereka yang tidak pernah melihatku tetapi beriman denganku."
(Riwayat Baghawi, berkata Imam Nawawi, "hadis sohih.")
Memahami Melayu dalam hakikatnya adalah suatu yang tiada mungkin terbongkar rahsianya kerana untuk mengenali Melayu lebih "intim" ianya bukan setakat mengenal Melayu pada zahir atau sarungnya tetapi menyelami alam dunia pemikiran Melayu itu sendiri yang mana kesan penzahiran pemikiran Melayu terbukti kepada kebudayaannya serta keilmuannya yang melangkaui akan pemikiran manusia yang ada dimuka bumi ini. Melayu itu sungguh ajaib dan dunia Melayu merangkumi apa yang nyata dan termasuk yang ghaib. Jajahan Melayu tiada terhad kepada geografi dunia nyata sahaja, ianya merangkumi keseluruhan alam iaitu nyata dan ghaib.
Mereka yang merendahkan dirinya dan berusaha kearah fitrahnya maka dia akan mendapat bukti yang kukuh akan kepercayaannya sebagai orang Melayu yang dimuliakan dan diiktirafkan sebagai kuasa pemerintahan di alam maya ini. Semoga orang Melayu yang ada segera kembali menjadi Melayu agar fitrahnya dapat dipulihkan dan dapat memulangkan amanahnya dan menjalankan tugasnya sebagai penegak agama suci kebenaran sejati.
……. wallahualam.
No comments:
Post a Comment