Sunday, 26 April 2015

Rasulullah s.a.w Berbicara Tentang Dajjal

 sambungan kisah Dajjal…(Asal Usul Keluarga Dajjal)

      Dajjal ini sebelum umurnya 7 tahun kerjanya hanyalah tidur sahaja. Manakala di Pulau yg didiaminya itu hanya binatang yg berbulu itu sahaja dapat bercakap dengan Dajjal. Dia sajalah kawan Dajjal untuk bermuzzakarah ilmu yg telah diajarkan Jibril. Binatang berbulu ini telah memberitahu Dajjal bahawa dia akan menjadi seorang Raja seandainya dia mengamalkan apa yg telah Jibril ajarkan kepadanya malah dia akan menjadi Raja yg seadil-adilnya tetapi jika sebaliknya, dia akan menjadi sezalim-zalim Raja.

    Lalu atas fikir Dajjal bahawa dia mempunyai keistimewaan dengan ilmu yg tinggi dan di dalam pulau itu dia melihat hanya dirinya sendiri. Oleh kerana fikirnya yg telah dipengaruhi oleh Iblis maka dia mengatakan dia Adalah Anak Tuhan. Maka kalau dia anak Tuhan bererti dunia ini dia yg punya. Jenuhlah makhluk berbulu itu mengatakan bahawa Dajjal bukan anak Tuhan namun tidak dipedulikannya.

Sebenarnya inlah yg dimaksudkan dalam Surah Kahfi bahawa Yahudi mengatakan ”aku orang yg dipilih Tuhan’ dan Nasrani pula mengatakan ‘Nabi Isa anak Tuhan”.

Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata:” Allah mempunyai anak“.
(Al-Kahfi 18:4) |

(Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan tentang hal itu begitu juga dengan  nenek moyang mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.
(Al-Kahfi 18:5) ||

dan lagi terjemahan…

Firman Allah SWT : "dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keraguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahawa yang mereka bunuh itu adalah Isa. Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana."  (An-Nisa : 157-158)

    Pada satu ketika, ada sebuah kapal berlabuh di pulau tersebut dan Dajjal telah ikut kapal ini balik ke negeri Arab dan menggelar dirinya sebagai Samiri iaitu ada kaitan dengan tempat asalnya, Samirah. Pada masa itu, usianya telah melebihi 100 tahun. Pada zaman itu adalah zaman Nabi Musa a.s. Maka Dajjal ataupun Samiri telah melihat bagaimana Nabi Musa a.s menentang Firaun bahkan dia juga bersama-sama dengan Nabi Musa a.s. Dia juga mengikut Nabi Musa melintas Laut Merah apabila dikejar Firaun.

    Apabila Nabi Musa a.s. naik ke Bukit Tursina selama 40 hari, Samiri telah menghasut orang-orang Bani Israel membuat patung lembu dari emas. Kemudian Samiri telah meletakkan tanah dari bekas telapak kaki jibril pada patung lembu betina dari emas itu. Atas asbab itu lembu betina tersebut hidup dan boleh berkata-kata. Maka hampir 70% kaum Nabi Musa a.s. percaya lembu betina itu sebagai Tuhan.

    Berkenaan dengan tanah bekas telapak kaki Jibril itu ialah, apabila Malaikat datang ke dunia dan berubah bentuk kepada manusia, maka di mana dia turun, tanah di situlah akan dijadikan jasad yg digunakan malaikat Jibril. Apabila Malaikat akan berubah kepada bentuk asalnya, tanah tanah yg dijadikan jasad itu akan ditinggalkan dan tanah inilah yg andaikata diletakkan pada batu, batu akan hidup, diletakkan pada kayu, kayu berkata-kata. Maka Dajjal telah mengambil tanah ini dengan banyaknya sewaktu Malaikat Jibril mengajarnya di Pulau tempat asalnya. Tanah inilah yg diletakkan pada patung lembu betina tersebut. Sehingga atas asebab itulah patung itu hidup.

    Oleh itu tanah yg Dajjal ambil ini juga jika diletakkan pada mayat, mayat akan hidup. Sebab itu dikatakan Dajjal dapat menghidupkan manusia yg sudah mati atas asebab tanah itu.

    Apabila Nabi Musa a.s. turun dari Bukit Tursina, dia melihat kaumnya sedang menyembah patung lembu. Maka Nabi Musa telah memarahi Nabi Harun kenapa tidak menghalang mereka. Nabi Harun berkata dia tidak dapat berbuat apa-apa. Namun apabila Nabi Musa melihat Samiri, Nabi Musa a.s. tidak membunuhnya atau memarahi Samiri, sebaliknya baginda hanya menghalau Samiri kerana baginda tahu yg Samiri itu adalah Dajjal.

    Kemudiannya Dajjal telah menjelajah keseluruh dunia. Di China denga hanya sehelai sepinggang dia kemudiannya telah menjadi kaya-raya. Namun dia merasakan satu yg kurang, iaitu dia tiada kuasa. (Inilah hikmahnya kenapa Sultan-sultan zaman dahulu mewariskan takhta pemerintahan kepada keturunannya kerana untuk mengelakkan Dajjal dr menjadi raja)

    Dajjal kemudiannya balik ke Tanah Arab pada zaman Nabi Isa a.s tetapi Dajjal tidak boleh mendekati Nabi Isa malahan untuk memasuki kawasan Nabi Isa pun dia tidak berani kerana dia tahu yg Nabi Isa akan membunuhnya suatu masa nanti. Pada masa itu dia adalah seorang yg kaya-raya lalu dia menghantar seorang utusan kepada Nabi Isa dan utusan ini telah berkata pada Nabi Isa, ”andaikata kamu orang yg benar, beritahu siapa yg menghantar utusan ini?”. Lalu Nabi Isa menerangkan siapa yg menghantar utusan tersebut, mana asal-usulnya bahkan niat dia pun Nabi Isa terangkan.

    Apabila wakil Dajjal ini memberitahu Dajjal, dia telah memutar-belitkan fakta. Iaitu dengan mengatakan ”Orang yg mengetahui hakikat ini adalah orang yg mengamalkan sihir dan berguru dengan jin dan syaitan”. Walaubagaimanapun dia tidak berani dekat dengan Nabi Isa sehingga atas begitu takutnya dengan Nabi Isa dia telah kembali ke Pulaunya.

    Pada zaman Rasulullah s.a.w, Dajjal menamakan dirinya sebagai Syuib. Pernah di satu ketika Rasulullah s.a.w. dan sahabat berjalan di satu lorong lalu berjumpa dengan seorang budak berdiri cekak pinggang dan merenung Baginda dan sahabat sehingga berasap matanya, lalu dia menjerit ”dukhan-dukhan (asap)”. Lalu Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah siapakan pemuda tersebut? Baginda menjawab, itulah Dajjal. dalam keadaan matanya yg berasap dia telah lari dari lorong ke lorong. Apabila Saidina Umar dan Saidina Ali mahu membunuh Dajjal ini, Rasulullah s.a.w. melarang mereka. Namun Saidina Umar telah meyiku Dajjal sehingga mata kanan Dajjal buta lalu lari dari Madinah. Rasulullah telah bermunajat kepada Allah agar Dajjal dibawa keluar ke satu Pulau dan dipenjarakan.

Dajjal ini bentuk rupa paras senantiasa berumur 33 tahun, berbadan sasa, rambutnya kerinting dan matanya sepet. Usianya kini sudah hampir 2700 tahun.

    Setelah Rasulullah s.a.w. wafat, di zaman Khalifah Abu Bakar, Dajjal cuba datang ke Mekah dengan rombongan haji tetapi Dajjal tidak dapat hidup lalu dia telah diikat di satu Pulau tempat asalnya. Sehinggalah seorang sahabat Rasulullah s.a.w. iaitu Saidina Tamim Abu Ad-Dhari jumpa Pulau itu dan bertemu dengan Dajjal yg dirantai di dalam sebuah Gua. Selepas Tamim memperkenalkan dirinya sebagai sahabat Nabi kepada dajjal lalu ia pun bertanya, ”Apakah Saidina Abu Bakar maseh ada lagi? Apabila dikatakan tiada maka Dajjal membesar. Kemudian Tamim mengatakan yg Saidina Umar sebagai Khalifah sekarang makan mengecillah ia lalu mengatakan bahawa Umarlah yg telah membutakan mata kanannya.

Tamim bertanya lagi apakah tanda engkau akan bebas? Lalu Dajjal mengatakan apabila dilihat wanita bebas berkuda.

     Setelah bertanya kepada dajjal akan program akhir zaman. Sehinggalah Tamim faham akan program Dajjal lalu mengorak langkah membuat usaha demi utk umat di akhir zaman yakni KITA.

    Pada tahun 1776 Dajjal telah di anak angkatkan oleh Iblis di tempat yang di namakan Carribean Sea iaitu di kawasan Bermuda Triangle. Dia dikenali sebagai Uncle Sam dan membantu Amerika Bebas dari Britain.

    Usaha menghamba abdikan orang Afrika berlaku apabila di bawa ke Amerika. Ianya merupakan usaha Dajjal untuk mengkafirkan orang Islam.

Nabi Bersabda; ” Dajjal, kekuatannya adalah kekuatan Dunia, kekayaannya adalah kekayaan dunia”.
Saidina Ali bertanya kepada Rasulullah ; sekiranya kami hidup semasa itu bagaimana nak menghadapi Dajjal?

Rasulullah s.a.w. menjawab ; kembali kepada Kahfi.

Diriwayatkan Rasulullah s.a.w. bersabda : "Barangsiapa yang menghafaz 10 ayat yang awal dari surah Al-Kahfi akan di pelihara dan di selamatkannya dari fitnah Dajjal." (hadis riwayat Muslim)

Surah Kahfi (Quran) kena di amal, maksudnya bukan sekadar hafalan tetapi merupakan perjalanan kerana Quran itu sendiri terletak pada orangnya.

 (lagi kisah dajjal dari Arkib Konspirasi Teoris)

Rasulullah s.a.w. Berbicara Tentang dajjal.

    Dari Nawas bin Sam'an, dia berkata, "Pada suatu pagi, Rasulullah s.a.w. berbicara mengenai Dajjal. Kadang-kadang beliau merendahkan suaranya, kadang-kadang meninggikannya, sehingga kami merasa seolah-olah berada dalam sekelompok lebah. Pada petang hari, kami mendatangi beliau dan beliau sudah mengetahui persoalan kami.

Beliau bertanya, 'Apa kabar kalian?' Kami menjawab, 'Wahai Rasulullah, tadi pagi Anda berbicara mengenai Dajjal. Kadang-kadang Anda merendahkan suara dan kadang-kadang meninggikannya, sehingga kami seolah-olah berada dalam sekerumunan lebah.'

Rasulullah s.a.w bersabda, 'Bukan Dajjal yang mengkuatirkan Aku terhadap kalian semua. Jika ia muncul dan aku masih berada di antara kamu, tentu aku akan membelamu atasnya. Dan jika ia muncul, sedangkan aku sudah tidak ada di sampingmu, maka setiap manusia akan menjadi pembela atas dirinya sendiri, dan Allah Subhanahu wa Ta'ala menggantikanku menjadi pembela atas setiap orang muslim. Dajjal adalah pemuda berambut keriting, matanya picek dan aku lebih cenderung mengumpamakannya seperti Abdul Uzza bin Qathan. Barangsiapa di antara kamu yang bertemu dengannya, bacakan kepadanya permulaan surat Al-Kahfi. Dia akan muncul di suatu tempat sunyi antara Syam dan Iraq, lalu dia membuat kerosakan ke kanan dan ke kiri. Wahai hamba Allah, kerana itu teguhkan pendirianmu!'

Kami bertanya, 'Wahai Rasulullah, berapa lama dia tinggal di bumi?' Rasulullah s.a.w. menjawab, '40 hari. Satu hari seperti setahun, satu hari seperti sebulan, satu hari seperti sebulan dan selebihnya seperti hari-hari kamu sekarang.'

Kami bertanya, 'Wahai Rasulullah, ketika sehari seperti setahun, cukupkah bagi kami kalau solat hanya sehari?' Beliau menjawab, 'Tidak, tetapi hitunglah bagaimana pantasnya.'

Kami bertanya, 'Wahai Rasulullah, berapa kecepatan berjalan di bumi?' Beliau menjawab, 'Seperti hujan ditiup angin.' Dia mendatangi suatu kaum, maka diajaknya kaum itu supaya beriman kepadanya, lalu mereka beriman dan mematuhi segala perintahnya. Dia memerintahkan langit supaya hujan, maka tumbuhlah tumbuh-tumbuhan di muka bumi. Bila hari telah petang, ternak mereka pulang ke kandang dalam keadaan lebih gemuk dan dengan susu yang lebih besar karena cukup makan.

Kemudian dia mendatangi kaum yang lain dan mengajak mereka supaya beriman kepadanya, tetapi mereka menolak ajakannya. Maka dia berlalu dari mereka. Esok pagi negeri mereka akan kering keontang dan kekayaan mereka habis. Kemudian dia melawat di suatu negeri yang telah rosak binasa. Dia berkata, 'Keluarkan perbendaharaanmu!' Maka keluarlah seluruh kekayaan negeri itu dan pergi mengikuti Dajjal seperti pemimpin lebah diikuti rakyatnya.

Kemudian dia memanggil seorang remaja muda. Dia (Dajjal) lalu memukulnya dengan pedang sehingga anak muda itu terbelah dua dan belahannya terlempar sejauh anak panah yang dilepaskan dari busurnya. Dajjal memanggil tubuh yang telah terbelah itu kembali, kemudian dia datang seutuhnya dan dengan wajah berseri-seri sambil tertawa.

Sementara Dajjal asyik dengan perbuatan-perbuatannya yang merusak. Allah Subhanahu wa Ta'ala membangkitkan Isa Al-Masih Ibnu Maryam. Dia diturunkan Allah dekat menara putih di sebelah timur Damsyik, memakai dua pakaian berwarna, berpegang pada sayap dua malaikat. Apabila menundukkan kepala, hujan pun turun, dan apabila ia menengadahkan kepala, berjatuhan darinya biji-biji perak bagaikan mutiara.

Setiap orang kafir yang mencium bau nafasnya kerana sesiapa di antaraorang kafir itu tercium bau nafasnya akan mati. Bau nafasnya tercium sejauh mata memandang. Maka dicarinya Dajjal dan bertemu olehnya di pintu gerbang kota Lud (sebuah kota dekat Baitul Maqdis), lalu dia membunuh Dajjal. Kemudian Isa bin Maryam mendatangi kaum yang dipelihara Allah dari kejahatan Dajjal. Maka dia mengusap wajah mereka dan mengabarkan kepada mereka tentang kedudukannya di syurga. Pada saat seperti itu, Allah mewahyukan kepada Isa, 'Sungguh, Aku mengeluarkan hamba-hamba-Ku yang tidak terkalahkan oleh siapa pun. Karena itu, selamatkanlah hamba-hamba-Ku (yang salih) ke bukit Thur.'

Lalu, Allah Subhanahu wa Ta'ala membangkitkan Ya'juj dan Ma'juj. Mereka turun melandai dari tampat yang tinggi. Gelombang pertama melewati Danau Thabariyah, lalu mereka meminum habis air telaga tersebut. Kemudian, melawat pula rombongan yang lain. Mereka berkata, 'Sesungguhnya dahulu di sini ada air.' Kemudian Nabi Isa dan para sahabat beliau terkepung sehingga sebuah kepala sapi lebih berharga bagi mereka daripada seratus dinar bagi seseorang pada hari itu (karena kekurangan makanan).

Nabi Isa bin Maryam dan para sahabatnya berdoa kepada Allah agar dihancurkan Ya'juj dan Ma'juj, kemudian Allah mengirim kepada mereka penyakit hidung seperti yang menimpa haiwan-haiwan, sehingga pagi harinya mereka semua mati.

Kemudian, Nabi Isa dan para sahabatnya turun ke bumi. Tetapi tidak sejengkal tanah pun didapatinya melainkan penuh dengan bangkai-bangkai busuk. Kemudian, Nabiyullah Isa dan para sahabatnya berdoa, semoga Allah berkenan menyingkirkan bangkai-bangkai busuk itu.

Maka, Allah mengutus burung-burung sebesar unta yang mengangkat bangkai-bangkai tersebut dan melemparkannya ke tempat yang dikehendaki Allah. Kemudian Allah menurunkan hujan, sehingga bersihlah bumi dari rumah tanah liat dan rumah-rumah bulu. Sehingga, bumi kelihatan bersih seperti kaca.

Kemudian Allah memerintahkan kepada bumi, 'Tumbuhkanlah tumbuh-tumbuhanmu dan kembalikan keberkatanmu!' Seketika itu, sekelompok keluarga kenyang memakan sebuah delima dan mereka dapat berteduh di bawah kulitnya. Rezeki mereka sangat berkah, sehingga susu seekor unta cukup untuk orang sekampung, susu seekor sapi cukup untuk orang sekabilah, susu seekor biri-biri cukup untuk sekelompok keluarga dekat.

Ketika mereka sedang berada dalam keredhaan Allah yang demikian, tiba-tiba Allah mengirim angin sejuk lewat ketiak mereka, maka tercabutlah ruh setiap orang mukmin dan orang muslim. Maka, tinggallah orang-orang jahat belaka, mereka bercampur-baur seperti keledai. Maka, ketika itu terjadilah kiamat."

wallahualam bissawab…

LikeTweet

No comments:

Post a Comment