Terdapat satu pandangan yang saya kira amat baik diangkat sebagai artikel untuk diteliti bersama. Perbincangan dan misteri siapakah dia manusia yang bergelar Imam Mahdi masih lagi mewarnai kehidupan sebahagian dari Umat Islam khususnya Bangsa Melayu.
Yahudi Zionis telah “bingung”. Di manakah manusia yang menggerunkan (bagi Yahudi) ini? Di mana lagi harus dicari? Berbagai usaha telah dilakukan. Dari peristiwa Ben Laden hinggalah ke Arab Spring. Perlukah seluruh bumi Islam dilumatkan bagi menghapuskannya? Kini sebahagian kecil Asia Tenggara sahaja yang belum diselongkar (negara beraja). Perlukah negara-negara kecil ini juga dijahanamkan?
Masa kemunculannya semakin hampir. Yahudi semakin tertekan.
Janji Allah itu “benar”. HambaNya ini akan dilindungi sepenuhnya. Allah Maha Berkuasa atas segala sesuatu.
Kepada kaum Yahudi, perlulah dinasihatkan supaya memberhentikan usaha yang sia-sia itu. Berputus asalah kamu. Tidak mungkin kamu menemuinya melainkan setelah Allah persiapkannya untuk menghapuskan kamu dan pengikut-pengikut kamu (jesuit).
Ramai kalangan pengkaji tidak berani mengupas beberapa hadis sahih yang bertentangan antara satu sama lain. Ada juga hadis-hadis yang kelihatan ganjil dan tidak dapat dirungkai atau disesuaikan dengan lain-lain hadis. Contohnya
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.: Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum api muncul dari tanah Hijaz yang dapat menerangi leher-leher unta di Basrah. (Shahih Muslim No.5164)
Hadis riwayat Ibnu Umar ra.: Bahwa ia mendengar Rasulullah saw. bersabda sambil menghadap ke arah timur: Ketahuilah, sesungguhnya fitnah akan terjadi di sana! Ketahuilah, sesungguhnya fitnah akan terjadi di sana. Iaitu tempat muncul tanduk syaitan. (Shahih Muslim No.5167)
Hadis riwayat Abu Hurairah ra.:Bahwa Rasulullah saw. bersabda: Kiamat tidak akan terjadi sebelum seorang lelaki muncul dari Qahthan menggiring manusia dengan tongkatnya. (Shahih Muslim No.5182)
Hadis riwayat Aisyah ra., ia berkata: Apabila orang-orang Arab badui datang menghadap Nabi saw. mereka bertanya: Bilakah kiamat akan tiba? Lalu beliau memandang kepada orang yang paling muda di antara mereka dan bersabda: Seandainya dia hidup, sebelum dia menjadi tua renta, maka kiamat akan terjadi. (Shahih Muslim No.5248)
Benar, ia sengaja diatur sedemikian rupa mengelirukan musuh. Supaya hanya yang layak dan kasih kepada alMahdi sahaja diizin mengesan dan mengenali beliau seterusnya menjadi jemaahnya.
1. Untuk mengenali peribadi Imam Mahdi dan sekutunya Pemuda Bani Tamim, Umat Islam nusantara harus berpegang kembali kepada iktiqad ahlussunnah wal jamaah yang diperjuangkan oleh para sahabat dan ahlulbait. Pegangan ini dipertahankankan sejak turun- temurun dirantau ini. Oleh itu carilah guru mursyid yang bersanad kepada Rasulullah SAW. Ulama ul'amilin. Belajarlah ilmu Islam secara sempurna (mengaji kitab secara berguru sampai habis, dari kulit ke kulit. Bukan cedok sana sikit… cedok sini sikit, ambil ilmu sekerat –sekerat, ikut silibus semata, terutama kepada golongan remaja dan pelajar universiti). Bila ada bab-bab ilmu dalam Islam yang dicebak-cebak, kemudiannya dicelahi pula oleh fahaman wahabi, syiah dan liberalisme maka Islam yang dianut sudah tidak tulen lagi. (Maaf. Ada yang belajar Islam tetapi bersanad pula kepada guru-guru Yahudi). Akibatnya Ilmu Islam itu bercampur aduk dan mengelirukan. Ajaran Islam yang dipelajari secara tidak seimbang (antara tauhid, feqah dan tasauf) akan menjadi sukar untuk difahami dan berat pula untuk diamalkan. Akhirnya penganut Islam rasa curiga dan menjauhi agamanya sendiri. Atau memahami ajaran Islam dalam ruang lingkup yang amat sempit dan jumud. 'Label' Islam dilihat keras dan ganas. Semua ini sudah lama dirancang oleh musuh-musuh Islam.
2. Allah SWT berjanji untuk memelihara kesahihan AlQuran. Rasulullah SAW pula bersabda bahawa pada setiap awal kurun akan datang mujaddid yang berperibadi AlQuran, mewakili Nabi akhir zaman, membimbing dan memimpin ummat kembali mengamalkan intipati ajaran AlQuran. Peranan para mujaddid membaharui, mensucikan, menghidupkan dan memperjuangkan kembali ajaran Islam yang telah tersasar dan dirosakkan oleh musuh dari masa ke masa. Kenalilah mereka, bacalah riwayat mereka dan hayatilah pengorbanan dan perjuangan mereka dalam menegakkan kebenaran. Sejarah mereka perlu digali dan dimasyhurkan kerana semakin lenyap ditelan zaman atau 'sengaja di lupuskan' oleh 'musuh yang menang'. Pada mereka ada rahsia kekuatan umat Islam untuk bertahan dari satu kurun ke satu kurun, menggenggam bara api Islam sehinggalah kembali marak di akhir zaman. Perjuangan kebenaran mempunyai ciri-ciri khas, unik dan persamaan antara satu sama lain walau berlainan tempat dan zaman. Oleh itu 'time frame' pencarian anda harus dianjakkan lagi ke masa lampau (sejauh waktu 'keghaiban' Nabi Isa as) agar anda boleh menjejaki petunjok, 'hint', 'clue', petanda dan teka-teki yang mereka tinggalkan untuk menemukan Imam Mahdi yang akan muncul dipenghujung umur dunia. Perjuangan kebenaran adalah berkesinambungan, melangkaui jarak ruang, tempat dan masa. Matlamatnya adalah satu.
3. Peribadi Imam Mahdi adalah gambaran peribadi Rasululllah SAW bahkan beliau mirip baginda dalam banyak aspek, secara lahiriah dan batiniah. Beliau dari keturunan Rasulullah SAW yang mulia. Dari keluarga (ahlulbait) yang sangat kuat bersyariat dan mengamalkan ajaran Islam sebenar. Terpelihara (Mahfuz) dan jauh dari terlibat dengan maksiat dan dosa-dosa besar. Beliau seorang tokoh yang sangat berwibawa, mempunyai aura tersendiri, disegani kawan dan lawan, juga sultan dan rakyat jelata. Beliau adalah guru mursyid, ketua keluarga, ketua jemaah Islam, ketua ulama', ayah-ibu, saudara dan sahabat. Beliau juga menjalani kehidupan seperti manusia biasa, diuji dengan berbagai-bagai kesusahan dan kesulitan dalam memperjuangkan Islam, mempunyai musuh dan juga simpati. Beliau menegakkan sunnah Rasululllah SAW , berdakwah dan membangunkan Islam secara berjemaah bersama pengikutnya. Tetapi ramai dikalangan pengikutnya sendiri tidak menyedari bahawa mursyid mereka itu adalah bakal Imam Mahdi.
7. Imam Mahdi dilantik oleh Allah dan Rasul , (bukan oleh orang yag membaiahnya secara paksa depan Kaabah ). Beliau menerima perlantikan dari Rasulullah SAW dalam perhimpunan para wali atau kerajaan 'ghaib'. Beliau sudah lama berperanan malah turut serta mempertahankan orang mukmin yang berjihad fisabilillah dan yang menderita teraniaya oleh serangan musuh yang zalim . Orang awam tidak dapat mengenali beliau, walaupun sudah diwar-warkan mereka tidak percaya bahkan menentangnya (Mereka memusuhi beliau kerana jahil dan terpedaya dengan fitnah Dajjal). Sosok peribadi Imam Mahdi masih menjadi misteri kepada umat Islam, tetapi sebenarnya bukan lagi rahsia dikalangan para wali dan pejuang-pejuang kebenaran. Imam Mahdi tidak bersendirian. Mereka sentiasa berhubung antara satu sama lain tanpa dapat dikesan oleh musuh . Apatah lagi saat kemunculannya sudah amat dekat. Mungkin anda pernah terserempak, mendapat berita atau bertemu dengan orang-orang beliau tetapi anda tidak menyedarinya . Mereka sedang membuat persiapan dibidang masing-masing dan berada di tempat yang tidak disangkakan. (Rahsia kalau habaq jadi habuk.) Di malam hari mereka menangisi dosa-dosa, 'menghalusi' lagi hubungan mereka dengan Allah SWT. Berselawat untuk Rasulullah SAW yang amat dirindui lagi dicintai. Merintih dan berdoa agar Islam mendapat kemenangan.
8. Kod–kod rahsia di dalam hadis-hadis akhir zaman terutama yang berkaitan dengan perjuangan Imam Mahdi hanya mampu diungkai dan ditafsirkan oleh Pemuda Bani Tamim kerana beliau dipimpin secara rohani oleh Nur Muhammad. Sebab itu Rasulullah SAW memerintahkan kita mencari Pemuda Bani Tamim untuk mendapatkan Imam Mahdi. Perjuangan beliau adalah meniti turutan hadis kerana beliau dapat memahami kod-kod rahsia tersebut. Orang Islam yang bersandar dengan kajian akal semata-mata tidak akan mampu mentafsirkan atau 'melihat disebalik peristiwa' yang sedang berlaku dihadapan mata. Banyak sumber maklumat dan bahan rujukan tidak lengkap, (termasuk sumber hadis) sama ada sudah dimusnahkan, disembunyikan atau dilemahkan. Hadis yang tersirat mempunyai maksud yang berlapis-lapis. Sebab itu musuh sering tertipu. Kekuatan IQ semata-mata tak mampu menghuraikan maksudnya yang sebenar melainkan dengan pimpinan Allah SWT dan oleh pengungkap hadis itu sendiri iaitu Nur Muhammad SAW serta mereka yang terpilih. Hati yang celik dan cerdik hanya dimiliki oleh orang-orang yang sanggup mujahadah melawan nafsu dan mengusahakan taqwa, dan semestinya mendapat pimpinan mursyid.
9. Pemuda Bani Tamim bukan tokoh sembarangan. Beliau bertaraf wali besar bahkan mujaddid dikurun ini. Beliau berani mengisytiharkan dirinya sebagai mujaddid (itu adalah sunnah, mujaddid lain sebelumnya juga melakukan hal yang sama). Supaya umat Islam dan bukan Islam boleh menerima seruan Islam dan mengikutinya. Pemuda Bani Tamim berdepan dengan penentangan kaumnya dan juga serangan musuh yang tidak berkesudahan. Jemaah kebenaran pimpinan beliau tidak dapat dimusnahkan, malah kali ini terus membesar dan berkembang seantero dunia. Dakwah beliau terangan-terangan kerana seruan Islam mesti disampaikan menggunakan seluruh jentera teknologi dan saluran komunikasi yang ada , melalui ekonomi, penerbitan, kebudayaan, pendidikan dan sebagainya dalam berbagai-bagai bahasa. Pendekatan beliau adalah kasih-sayang, sangat dinamik dan relevan dengan perubahan zaman. Peranannya lebih terserlah, lebih mudah dikenalpasti dan menjangkau hampir ke seluruh lapisan masyarakat. Beliau tidak hanya bercakap Islam tetapi membuktikannya dengan membina model cara hidup masyarakat Islam yang indah dan syumul melalui jemaah pimpinannya.
10. Pemuda Bani Tamim sangat mencintai Imam Mahdi dan berjuang menyediakan tapak untuk pemerintahannya. Beliau juga berusaha mempromosikan Imam Mahdi versi ahlussunnah wal jamaah, sewaktu umat Islam sudah hampir putus harapan dengan kedatangannya atau terpengaruh dengan Imam Mahdi versi syiah dan seumpamanya. Sesiapa yang ingin bersama Imam Mahdi mestilah mendapatkan restu dari beliau terlebih dahulu (yakni membai'ahnya) termasuk sekutu-sekutu Imam Mahdi yang lain. Hanya Pemuda Bani Tamim sekutu Imam Mahdi yang bergerak atau berjuang secara terang-terangan, manakala sekutu yang lain tidak nampak ketara atau bergerak secara rahsia. Beliau akan berusaha memperkenalkan Imam Mahdi sebelum pengisytiharan di Kaabah supaya ummat Islam tidak terkeliru dengan Dajjal dan Imam Mahdi palsu yang lainnya. Dalam hal ini mereka yang direzekikan Allah sahaja yang mampu melihat, memahami, meyakini, menyahut seruan beliau dan kekal mengikuti beliau kerana sihir dan tipudaya musuh sangat mengelirukan . Tugasan beliau yang paling besar ialah tertegaknya sebuah Daulah Islamiyah, Madinah 'kedua' diakhir zaman. Akan sampai suatu ketika nanti, semua orang akan mengakui dan menerima kepimpinan beliau sebelum diserahkan kepada Khalifah Al Mahdi. Manakala yang masih degil, sombong dan menolak kepimpinannya adalah menjadi musuh kepada Imam Mahdi.
11. Imam Mahdi dan Pemuda Bani Tamim berjuang bergandingan, menggunakan kaedah dan strategi baru, yang belum pernah ada dalam lipatan sejarah perjuangan Islam, sepanjang zaman. Sehinggakan musuh yang paling pakar pun tak dapat menebaknya. Mereka mendapat bantuan dari Allah SWT dan boleh mematahkan semua serangan, tipudaya dan strategi Yahudi- Jesuit dengan cara tersendiri yang kita pun tak terfikirkan. Natijahnya Islam semakin kuat dan bertambah gagah dari hari ke hari menuju kemenangan. Islam berkembang pesat menongkah arus jahiliyah moden ciptaan Yahudi-Jesuit. Musuh akan beransur menjadi lemah dan semakin lemah disebabkan usaha taqwa mereka yang berterusan.
Kamu (wahai umat Muhammad) adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagi (faedah) umat manusia, (kerana) kamu menyuruh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji), serta kamu pula beriman kepada Allah (dengan sebenar-benar iman). (Surah Ali `Imran: 110)
titanium meaning - Tiotan Dictionary
ReplyDeleteIt is an important element in the meaning titanium chain of the word When titanium framing hammer the babyliss pro nano titanium flat iron word titanium scissors “Tiotan” comes to mind the following: titanium nose jewelry · meaning · meaning · meaning · pronunciation ·