Raja Bersiong
-sewaktu pembinaan kota si sungai Emas tersebut, maka Raja Seri Maha Inderawangsa pun meninggal dan diganti dengan anaknya yang bernama Raja Ong Maha Perita Derita.
-setelah mengambil alih pemerintahan negeri Kedah, beliau tidak suka dengan kedudukan kota yang sedang dibina dan beliau mencari tempat yang lain untuk dijadikan kota.
-maka selang beberapa lama, beliau bertemu dengan tanah di hilir daerah sungai besar hampir dengan laut maka di situlah diperbuat kota.
-beliau memerintahkan menteri beliau untuk mencari batu yang cantik-cantik dari negeri Acheh untuk digunakan membuat istana. Beliau mengutuskan surat kepada Raja Acheh agar diberi batu yang indah-indah tanpa mengira berapa mahal pun harganya.
-beliau sangat kasar kelakuannya dan suka menganiaya orang. Pantang silap sedikit, pasti akan dipenjarakan.
-maka kota yang dibina tersebut di namakan Kota Aur kerana banyak buloh aur dikelilingnya.
-pada zaman ini, Rasulullah s.a.w. telah lahir ke dunia dan semua binatang tidak dapat berkata-kata.
-beliau telah tumbuh siong maka di sinilah beliau dikenali sebagai Raja Bersiong.
-makanan kesuakaan beliau adalah bayam masak tumis. Maka dinasehatkan oleh menterinya agar dihentikan memakan bayam tersebut, namun tidak diendahkannya.
-pada suatu hari beliau merasakan bayam pada hari itu lebih sedap berbanding sebelum itu. Apabila ditanya pada tukang masak, dinyatakan bahawa telah bercampur dengan sedikit darah.
-maka dari hari itulah beliau mencampurkan darah manusia kedalam masakan bayam tersebut sehingga habis semua orang yang di dalam penjara.
-akhirnya rakyat jelata beliau pun menjadi korban kekejaman beliau. Sehingga pada suatu hari menteri keempat membuat satu rancangan untuk menyerang istana raja dan mendapat bantuan dari permaisuri.
-akhirnya Raja Bersiong telah lari dari istana kerana takut. Beliau pergi ke sebuah perkampungan dan di sana beliau bekerja untuk mendapatkan makanan.
-beliau tinggal dengan sepasang suami isteri dan seorang anak perempuan pasangan itu.
-Raja Bersiong telah suka kepada anak petani tersebut dan akhirnya mendapat seorang anak lelaki hasil perhubungan mereka berdua.
-pada suatu masa ada seseorang mengkhabarkan tempat Raja Bersiong, maka telah dihantarkan tentera untuk menangkap Raja Bersiong, namun Raja Bersiong dapat melarikan diri dan masuk menyusup ke dalam perdu buloh betong.
-namun tentera tersebut tidak tahu yang Raja Bersiong telah mendapat seorang anak. Maka anak Raja Bersiong tersebut telah dibela oleh kedua petani tersebut.
Mencari Raja Baharu
-Setelah ketiadaan Raja Bersiong negeri Kedah di perintah oleh menteri ke empat dan permaisuri.
-maka telah dihantar utusan ke negeri Siam untuk mendapat ganti Raja bagi negeri Kedah.
-maka telah diutuskan kepada menteri ke empat oleh Raja Siam agar memanggil gajah Gemala Johari untuk menunjukkan waris pemerintah kerajaan Kedah.
-apabila gajah Gemala Johari di panggil, gajah tersebut telah membawa kepada sebuah perkampungan di mana anak Raja Bersiong tersebut berada.
-lalu anak Raja Bersiong telah dibawa ke istana dengan adat istiadat raja-raja.
-manakala ibu kepada putera bersiong tersebut telah mengikuti anaknya ke istana melalui carikan ikat pinggang Raja Bersiong yang bernama Azrang Kashmiri.
-maka anak Raja Bersiong tersebut telah diajar dengan adat istiadat kerajaan dan dikahwinkan dengan seorang anak menteri tua.
Peperangan merebut kekuasaan
-maka ada seorang raja bernama Raja Kelana Hitam yang duduk di sebuah pulau bernama Pulau Ayer Tawor kerana pulau itu dikelilingi oleh air tawar.
-pulau tersebut kecil dan terletak di sebelah timur Kelinggi dan selatan Benua Siam.
-Raja tersebut tidak tunduk kepada pemerintahan Siam mahupun Kelinggi.
-rakyatnya terdiri bangsa Semang, Wila, penghuni bukit dan Sakai. Penghulu rakyat bangsa Semang bernama Maharaja Dahar al-Alam dan Penghulu Wila digelar Maharaja Daral Salam. Manakala Penghuni Bukit, penghulunya bernama Maharaja Daral Gunong dan penghulu Sakai bernama Maharaja Jakjakuja Raja.
-Raja kelana Hitam berhajat untutk menyerang Kedah dan menjadai raja kepada negeri Kedah kerana pada masa itu negeri Kedah tidak beraja.
-beliau dengan angkatan tenteranya berangkat ke negeri Kedah untuk merampas kekuasaan.
-manakala Raja Benua Siam telah mengarahkan kepada menteri Kelaham untuk datang ke negeri Kedah untuk menabalkan nama raja baru negeri KEdah.
-di sebuah padang di barat negeri Lagor, angkatan menteri Kelaham telah bertembung dengan angkatan Raja Kelana Hitam.
-maka menteri Kelaham memerintahkan Raja Kelana Hitam kembali ke negerinya, namun Raja Kelana Hitam tidak mahu dan mahu berperang.
-lalu terjadilah peperangan antara angkatan menteri KElaham dan Raja Kelana Hitam. Sewaktu peperangan berlaku , angkatan Menteri Kelaham mendapat bantuan dari Kerajaan negeri Ligor.
-Angkatan Raja Kelana Hitam kalah dan ditawan lalu dikirimkan ke negeri Siam.
Kedah di bawah pemerintahan Pra’ Ong Mahapudisat
-Setelah itu, menteri Kelaham berangkat ke negeri KEdah, sewaktu beliau sampai, menteri ke empat dan Rajanya sedang mengorek Sungai Kuala Muda.
-Raja Kelaham mengajarkan Raja Pra’ Ong Mahapudisat dengan adat istiadat dan tertib-tertib yang baik.
-Raja Pra’ Ong Mahapudisat mengambil sebatang Buloh Betong dan dibawa ke istana.
-Raja Pra’ Ong Mahapudisat mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Raja Pra’ Ong Mahawangsa.
-pada suatu hari, buloh betung itu pun pecah dan keluar dari dalamnya seorang budak lelaki dan diberi nama Raja Buloh Betung.
-Raja Pra’ Ong Mahapudisat membuat kota di bukit Meriam berdekatan dengan sungai Dedap.
-pada suatu masa selepas banjir besar, Raja Perempuan melihat buih terapung di sungai, lalu di dalamnya ada seorang budak perempuan dan diberi nama Puteri Seluang.
-menteri ke empat meninggal dan digantikan pula oleh anak-anak mereka.
-Raja Buloh Betung dikahwinkan dengan Puteri Seluang.
-Raja Perempuan meninggal.
-Raja Buloh Betung diperintahkan untuk membuka negeri di sebelah timur.
-Raja Pra’ Ong Mahapudisat meninggal dan diganti oleh anak beliau Raja Pra’ Ong Mahawangsa.
-Raja Pra’ Ong Mahawangsa ini gemar minum arak.
Sheikh Abdullah mengembara dengan Penghulu Iblis
-Sheikh Abdullah Yamani adalah anak murid kepada Sheikh Abdullah Baghdadi. Beliau ingin mengetahui bagaimana Iblis membuat kerja. Maka Sheikh Abdullah Yamani telah meminta izin kepada gurunya untuk bertemu dengan Iblis. Beliau telah bertemu dengan Iblis di sebuah padang. Dalam perjalanan bersama Iblis ini, Sheikh Abdullah telah melihat pelbagai muslihat dan hasutan Iblis kepada manusia untuk menyesatkan manusia tersebut.
Al-Kisahnya 1 – Di sebuah kampung terdapat dua puak yang berebut tanah dan dusun, lalu dihasut oleh syaitan Iblis ini sehingga habislah berbunuhan.
Al-Kisahnya 2 – Di sebuah tempat perdagangan lalu di kencingnya Iblis ke atas barang-barang yang cair tidak bertutup.
Al-Kisahnya 3 – Seorang wanita cantik telah digoda Iblis untuk membuka auratnya lalu ditolaknya seorang lelaki kepada wanita tersebut, lalu lelaki tersebut bergurau senda dengan wanita itu sehinggakan suami wanita itu marah lalu berkelahi dengan lelaki tersebut.
Al-Kisahnya 4 – Iblis singgah di tempat orang berjudi, lalu dihasutnya orang yang berjudi agar berjudi sehingga habis hartanya lalu berhutang. Maka berlaku tidak puas hati lalu terjadilah perkelahian sehingga membawa kepada pembunuhan.
Al-Kisahnya 5 – Iblis telah pergi ke tempat di mana peniaga yang menipu timbangan, maka telah diketahui oleh si pembeli, lalu terjadilah perselisihan dan akhirnya peniaga itu telah dibunuh oleh pembeli tersebut. Manakala kaum kerabat si penjual tadi telah membalas dendam dan akhirnya berlakulah pertumpahan darah yang ramai, Begitulah kesudahan orang yang tamak haloba.
Al-Kisahnya 6 – Iblis sampai ke tempat pencuri menyembunyikan diri di dalam hutan. Pencuri-pencuri itu telah menimbunkan harta di dalam hutan itu. Apabila sampai masa untuk pembahagian telah terjadi tidak puashati dan sangka buruk antara mereka atas asbab hasutan Iblis tadi sehingga pencuri-pencuri itu semua berbunuhan dan akhirnya mereka semua mati.
Al-Kisahnya 7 – Iblis pergi ke masjidnya iaitu tempat orang menjual candu dan berjudi. Di situ ramai orang menghisap candu dan berjudi.
Al-Kisahnya 8 – Iblis bertemu pula dengan beberapa orang perempuan muda lalu Iblis menghasut mereka melakukan kejahatan.
Al-Kisahnya 9 – Iblis sampai ke sebuah kampung di mana ada seorang menteri yang sangat zalim, Lalu ada orang bertanyakan hukum tentang harta yang dirampas, dusun dan lain-lain. Lalu Iblis telah menghasut khadi di situ agar memerintahkan orang itu mengumpulkan segala harta tersebut dan bawa kepadanya. Tetapi tersebut tidak menjatuhkan hukum, Maka ditunggu oleh orang tersebut sehingga khadi itu masuk ke rumahnya untuk makan nasi, Lalu orang itu menyangka khadi tersebut telah menipunya dan akhirnya dia mengamuk dan membunuh khadi tersebut. Akhirnya satu kampung telah huru-hara dan musnah, Menteri itu pun tak dapat berbuat apa-apa. Itulah akibat orang yang tamak haloba.
Al-Kisahnya 10 – Iblis dan Sheikh Abdullah sampai pada satu negeri dan terdapat lima orang fakir yang tersesat di dalam hutan. Mereka membawa bekalan makanan. Maka mereka bertemu dengan sepohon kayu yang berbuah dan berbunga emas. Lalu Iblis telah meniupkan pada hati mereka agar meninggalkan bekalan mereka dan mengambil emas tersebut. Lalu mereka berlima pun disesatkan kesemua mereka.
Al-Kisahnya 11 – Iblis bertemu dengan seorang bertapa. Lalu Iblis telah menampakkan dirinya sebagai seorang Sheikh yang berjubah hijau serta membawa sebiji buah delima. Lalu dikatakan kepada orang itu bahawa dialah yang akan mengabulkan segala kehendak hatinya. Maka diambil biji delima tersebut dan dimakan, maka dengan serta merta orang itu menjadi gila.
Al-Kisahnya 12 – Iblis pergi ke sebuah negeri dan sampai ke sebuah madrasah. Tempat budak-budak mengaji. Lalu Iblis telah menghasut budak-budak itu dengan kejahatan, sehingga tidak mahu mengaji hanya main-main. Akhirnya ada yang dirotan, maka budak-budak itu mengadu kepada ibu-bapa mereka, sehingga ibu-bapa mereka tidak menghantar mereka untuk mengaji. Bagi yang mahu mengaji, diperintahkan oleh gurunya untuk menebang kayu, ada yang jatuh lalu diberitahu kepada ibu-bapanya bahawa mereka disuruh bekerja, akhirnya budak-budak itu dilarang utnuk berguru dengan buru tersebut. Ada pula yang dihasut oleh Iblis dilalaikan dengan permainan, anak beranak seingga terlupa makan dan minum. Maka Iblis sangat suka, “Itulah pengajian yang sempurna agar dapat membawa sekalian manusia ke dalam neraka jahannam”.
Al-Kisahnya 13 – Maka sampailah kepada seorang yang sedang bunting pertama dan suaminya juga tidak pernah ada anak, maka suami isteri itu sangat gembira. Lalu Iblis telah mendatangkan satu mimpi kepada si suami iaitu bagaimana cara untuk mendapat seorang isteri lagi selama tiga malam berturut-turut. Apabila diperbuat oe;h si suami mengikut di dalam mimpinya, maka akhirnya sang isteri mati, sang suami tidak mendapat apa-apa kerana telah ditangkap dn di hukum.
Al-Kisahnya 14 – Iblis pergi pula kepada ‘mesjidnya’ dan di mana ada orang yang berlaga kerbau, bermain wayang dan berjudi. Maka Iblis telah meniupkan pada hati orang-orang di kawasan itu agar datang ke tempat tersebut sehingga dilalaikan dan meninggalkan segala apa yang telah diwajibkan kepada mereka.
Al-Kisahnya 15 – Iblis masuk ke sebuah kampung dan pergi ke dalam sebuah rumah yang besar kepunyaan seorang saudagar. Beliau beristeri empat dan bergundik pun empat juga. Jika tidur, saudagar tersebut akan tidur dengan ke empat perempuannya. Maka telah dihasut oleh Iblis agar kelapan-lapan perempuan itu agar mematikan nafsu syahwat saudagar tersebut, maka perempuan=perempuan itu teloah melakukan apa yang Iblis bisikan kepadanya sehingga saudagar tersebut hilang keupayaan syahwatnya. Akhirnya perempuan-perempuan itu membuat kejahatan dengan orang lain.
Al-Kisahnya 16 – Iblis pergi pula kepada seorang saudagar yang lain, tetapi saudagar ini hanya mempunyai seorang isteri sahaja dan tidak punyai anak. Maka telah datang seseorang menjual perempuan yang cantik rupanya, putih kuning tetapi ada juling matanya. Kawan saudagar itu menasehatkan agar tidak membeli wanita tersebut kerana wanita ini akhirnya akan membuat kejahatan. Namun saudagar itu terus membeli perempuan tersebut dan diberikan tugas menjaga hartanya. Lalu perempuan telah membuat fitnah dan hasutan kepada isteri saudagar tersebut sehingga akhirnya, saudagar tersebut membunuh isterinya. Lalu datanglah sanak saudara isteri saudagar tersebut dan membunuh saudagar tersebut. Maka harta yang bertimbun-timbun itu menjadi milik orang lain.
Al-Kisahnya 17 – Iblis pergi ke sebuah kota raja bertentangan dengan laut, bertemu dengan negeri Raja Kamishtur. Raja Kamishtur itu mempunyai seorang puteri yang cantik, telah ramai raja yang meminang puteri tersebut, namun kesemuanya ditolah oleh Raja Kamishtur. Maka timbul kemarahan pada raja-raja tersebut dan mereka merancang untuk memerangi Raja Kamishtur. Raja-raja tersebut ialah Raja Kishar Alan, Raja Pekerma Dewa dan Raja Usul ‘Alan. Ketiga-tiga raja tersebut merancang untuk menyerang Raja Kamishtur dan berhajat untuk merampas puterinya. Iblis telah masuk kepada berhala Raja Kamishtur dan memberikan khabar bahaw ada tiga raja yang akan menyerang negerinya. Raja Kamishtur membuat persiapan untuk menghadapi musuhnya. Sewaktu peperangan berlaku, maka puteri Raja Kamishtur tersebut telah mendapat kecelakaan, tertusuk kedua belah matanya dan patah kaki kirinya. Peperangan berlarutan sehingga hancur istana Raka Kamishtur dan ramai tentera kedua belah pihak mati. Itulah hasil kerja Iblis kepada orang yang menduakan Allah s.w.t, takabbur dan ria’ pada harta dunia.
Al-Kisahnya 18 – Iblis pergi pula ke kota raja-raja di tepi laut, di situ banyak perahu belayar. Lalu Iblis telah meniupkan kejahatan kepada Raja Peranggi Dewa Molek yng jahat agar merampas kesemua perahu yang belayar. Akhirnya, terjadi peperangan antara raja-raja tersebut dan terlalu ramai yang terbunuh berbanding yang hidup.
Raja dan Rakyat Kedah memeluk Agama Islam
-setelah itu, Iblis dan Sheikh Abdullah sampai ke istana Raja Pra’ Ong Mahawangsa. Diperhatikan oleh Sheikh Abdullah, bahawa Raja tersebut suka minum arak, bangun tidur sahaja terus minum arak.
-maka apabila raja tersebut menuangkan arak ke dalam cawannya, Iblis pun kencing ke dalam cawan tersebut, sehinggakan lebih banyak kencingnya berbanding araknya.
-melihat kelakuan Iblis tersebut, maka Sheikh Abdullah terus menegur kelakuan Iblis tersebut, oleh kerana Sheikh Abdullah telah melanggar perjanjian dengan Iblis tersebut, maka Sheikh Abdullah pun tidak boleh ghaib lagi.
-lalu Raja Pra’ Ong Mahawangsa dapat melihat Sheikh Abdullah.
-Raja Pra’ Ong Mahawangsa memeluk agama Islam dan menukar namanya dengan Sultan Mudzafal Shah.
-maka menteri dan rakyat Kedah memeluk agama Islam dan semua rumah-rumah berhala dirobohkan dan masjid didirikan.
-Sheikh Abdullah mengajarkan agama Islam kepada Sultan dan rakyat negeri Kedah.
No comments:
Post a Comment