Sunday, 26 April 2015

Regim As-Sufyani akan bangun menerajui Syria menentang alMahdi

ke arah bangunnya asSufyani
Kekacauan sedang cuba dihidupkan diseluruh dunia terutama dunia Islam. Kenapa? Akibat dari kekalutan dan kecamukan yang berlaku, masyarakat menjadi tiada masa untuk fikirkan kecelakaan ciptaan Yahudi untuk dunia. Yahudi amat suka dengan apa yang berlaku dalam negara Islam sekarang termasuk dalam negara kita. Kita bergaduh sesama Islam, ia sesuatu yang cukup melucukan bagi mereka. 
Bahagianya mereka melihat umat Islam berbunuhan sesama sendiri dan selepas ini akan terus mendendami antara satu sama lain. Pecah belah yang tidak mungkin akan dapat dipulihkan lagi sehingga akhir zaman.
 
REGIME CHANGE: Cuba fikirkan mengapa USA begitu sibuk mahukan Regime Change berlaku di seluruh negara Islam? Hanya di negara Islam!!! Mereka tak pernah berhenti dari melakukan “konspirasi” dan merancang supaya pemimpin negara-negara ini digantikan. Soalnya diganti dengan “siapa?”. Mahukah USA menggantikan pemimpin sekarang dengan mereka yang tak seia sekata dengan mereka atau yang memihak kepada musuh mereka?
Yahuda, Nasara dan AsSufyani?
Jelas dan nyata ia akan digantikan dengan seorang pemimpin pro USA dan Israel. Umat Islam dipersenda dengan begitu buruk dan hina seolahnya hanya layak menjadi makanan mereka (mee segera?). Kini melalui pelbagai saluran, fitnah dilontar kepada dunia bahawa regim sekarang “zalim” dan perlu diganti.
Kita amat sangsi dengan dakwaan pengeboman dan pembunuhan rakyat awam di Syria itu semua adalah kerja tentera kerajaan. USA dan Yahudi sanggup meruntuhkan bangunan sendiri demi membangunkan prasangka ke atas musuh. Tidak mustahil taktik yang serupa diaplikasikan di Timur Tengah. Mereka mampu lakukan apa sahaja termasuk fitnah dan maklumat palsu. (Sebab itu kerajaan Najib tidak membenarkan tentera mengawal upacara BERSIH yang lalu dan anggota polis yang bertugas pula tidak dibenarkan membawa senjata api kerana Najib telah menghidu permainan ini).
Strategi propagandis mereka amat berjaya. Sehinggakan ada dikalangan umat Islam sendiri turut merelakan diri menjadi alat membantu sebar luaskan propaganda ini. Berkumandanglah Slogan “Perjuangan Rakyat”, “Arab Spring”, “Revolusi”, “Kebangkitan Islam”, “Reformasi”, “Kebebasan Sejagat” dan “Kerajaan Zalim”.
Ia memberi maklum bahawa apa yang berlaku di negara Arab itu semuanya adalah hasil dari kerja tangan mereka (USA-Israel), bukannya sebuah “Kebangkitan Islam” sebagaimana yang dilaung-laungkan oleh media dunia (media milik siapa?).
peneraju huru hara dunia
Kini usaha terakhir mereka untuk menjatuhkan Assad sedang dikekang kemas oleh dua anggota tetap Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) iaitu Russia dan China. Jika tidak kerana penggunaan veto dua anggota ini, PBB tentunya sudah memberi lampu hijau kepada USA dan sekutunya NATO untuk bertindak mencampuri secara langsung dalam kegawatan politik Syria, sebagaimana yang berlaku di Libya. Sejauh mana China dan Russia mampu bertahan, masih lagi menjadi tandatanya.
Kita harus ingat bahawa apa yang berlaku sekarang akan berlanjutan sehingga saat bangunnya satu regim ganas di Syria. Pesanan ini telah disampaikan oleh Baginda Rasulullah SAW kepada kita. regim ini dinamakan oleh baginda sebagai As-Sufyani.
Regim As-Sufyani ini akan berusaha mencari dan membunuh Imam Mahadi ketika pembaiatan (ikrar taat setia) para wali Allah, ulama dan seluruh umat Islam kepadanya nanti. Ini bermaksud, selagi belum wujud kerajaan As-Sufyani, kemunculan Imam Mahadi masih lagi jauh. Kemelut di Syria sekarang adalah penentu kelahiran As-Sufyani yang amat menakutkan itu. Siapakah mereka?
Tidak mustahil juga mereka ini masih lagi keluarga Assad, jika mereka masih mampu bertahan atas bantuan Iran, Russia dan China. Atau pemimpin baru pro Yahudi yang dipersetujui USA setelah kejatuhan Assad nanti.
Dalam apa keadaan pun, pemimpin Syria nanti (As-Sufyani) bukanlah pemerintah Islam yang mesra al Mahdi. Keadaan ini membayangkan kebangkitan Islam sebagaimana yang digembar gemburkan oleh beberapa pemimpin politik Islam dan antara bangsa adalah “dusta” semata-mata. Jika mereka yang menjadi pemerintah Syria nanti membawa syiar Islam, mengapa perlu menyerbu Makkah untuk membunuh al Mahdi?
Selanjutnya diikuti oleh kemunculan Dajjal di sempadan antara Iraq dan Syria kerana kedua-dua peristiwa ini saling berkaitan.
Berita dibawah ini adalah laporan keadaan semasa politik antarabangsa berkaitan Syria.
Putin: Russia, China United Against Syria Intervention
Two Nations Hope to Block UN-Imposed Regime Change
by Jason Ditz, June 05, 2012 news.antiwar.com
Speaking at a joint press-conference with his Chinese counterpart Hu Jintao, Russian President Vladimir Putin said that the two nations had pledged closer cooperation and were united in opposing Western intervention against Syria and Iran.
Chinese Foreign Ministry spokesman Liu Weiman said that the two nations are calling for an end to violence in Syria on both sides and want to start a political dialogue between Assad and the rebels.
The comments are a harsh rebuke to Secretary of State Hillary Clinton's comments over the weekend. Clinton demanded that Russia immediately endorse regime change in Syria, saying that it was time to oust Assad.
Russia and China have vetoed several UN efforts to punish Assad for the ongoing unrest, and spearheaded the effort by Kofi Annan to launch a ceasefire. The rebels have declared the ceasefire over as of this weekend, launching a massive offensive. #


AL MAHDI


Satu petunjuk penting, jika kita mahu mengenal pasti bila munculnya Imam Mahdi, perhatilah dengan teliti apa yang berlaku di Syria ini. Serentak dengan itu juga akan berlaku pemberontakan dan pembunuhan merebut kuasa di antara waris as Saud di Arab Saudi. Penduduk Madinah telah melarikan diri ke Makkah termasuklah Imam Mahadi.
Bagaimana pula dengan Syuib Bin Salleh (Pemuda Bani Tamim) itu? Dalam masa yang tidak jauh dengan penggempuran As-Sufyani ke atas Makkah nanti, akan bangkitlah seorang satria perkasa bermisai nipis mengungguli sebuah daulah di timur dunia. Daulah Islamiyyah ini bakal diserahkan untuk ditadbir oleh al Mahdi. Di manakah terletaknya “daulah” tersebut?
Berbalik kepada “regime change” tajaan USA ini. Malaysia juga bakal mengalaminya dalam masa terdekat dan tentunya tiada siapa yang mampu menghalangnya. China dan Russia pasti terlalu sibuk, tidak akan datang membantu kita sebagaimana Syria kerana mereka juga belum tentu dapat pertahankan negara Arab tersebut.
Rakyat Malaysia, khasnya Umat Islam bakal mengalami kejutan besar bila berlakunya “regime change” nanti. Seluruh sistem politik dan pentadbiran akan berubah dengan drastiknya mengikut halacara Yahudi. Jika dikatakan orang Melayu (maksudnya Islam Ahlus Sunnah wal Jamaah) akan melepaskan pentadbiran kepada pengikut Wahabi dan Islam Liberal, memang ada logiknya. Tak mustahil pula ia akan beralih tangan kepada kaum Nasrani kemudiannya.
Petunjuk ke arah tersebut semakin ketara. As Sufyani bakal segera muncul di Syria dan juga negara kita Malaysia. Untuk itu wajarlah kita bersedia menghadapi apa sahaja kemungkinan. Langkah pertama yang wajar dilakukan ialah menjauhi “Islam Liberal”. Islam Liberal ini ciptaan Yahudi dan ia adalah musuh utama ASWJ (ASWJ adalah pegangan para wali Allah dan ulama terdahulu).
Sesiapa yang bersubahat atau bersekongkol dengan Islam Liberal ini, mereka adalah dengan sendirinya terkeluar dari rangkaian al Mahdi. Itu memang pasti kerana Islam Liberal adalah agama “hawa nafsu”. Seterusnya ambil langkah segera kembali kepada “SYAHADAH” dengan sebenar-benar kembali. Berpegang teguhlah pada tali-tali Allah, jangan lagi bercerai berai. Allah telah janjikan “kemenangan” kepada mereka yang berjuang pada jalan Allah. Apa yang lebih manis ialah akan dapat bersama dengan perjuangan al Mahdi.

satria akhir zaman?
Beberapa Maklumat Penting Mengenai As Sufyani
Muhammad Idrisi asks:
"Is there any ease after this hardship or problems will increase till the advent of Imam Mahdi, enlighten us may Allah reward you with every good. Please make du'a for us; and how to be of the soldiers of the Mahdi, if we live till his time. And what is the way to attain true love for the Family of the Prophet not as a claim?"
Answer of Shaykh Muhammad al Yaqoubi:
"Time is full of unrest and hardships; the Sufyani has not yet appeared and Allah is the one who knows; Imam Mahdi will emerge only after him; yet between the two, there are wide wildsin which the Jewish people would have power over the land of Syria, which is part of the job of the coming Sufyani. If I had the choice, I would have withdrawn from all public activities; but the dress of Shari'ah puts on us the obligation to support the oppressed and clarify the rulings, even if we know through the reality that what comes after is worse. Having knowledge of the Divine Decree to be should not prevent us from following the command of the Shari'ah; so long as Allah put us in the position of Fatwa, admonishment and guidance."
sumber
Sebuah hadis yang riwayatkan oleh Hudzaifah Al-Yamani menerangkan mengenai penguasaan lima buah sungai.
“(Di antara tanda2 kedatangan Imam Mahdi adalah) Jika mereka telah menguasai Sudan dan berusaha menguasai Arab. Setelah itu tanah Arab akan sangat terlihat jelas oleh mereka sehingga mereka dapat mengejar orang2 yang bersembunyi di perut bumi. Ketika mereka mula bergerak menuju tanah Arab, seorang Sufyani telah menyiapkan 360 orang tenteranya untuk menuju Damsyik.”
(Nota: Kuasa Barat telah pun berjaya memecahkan negara Sudan dengan mengisytiharkan Sudan Selatan sebagai negara baru mulai 9 Julai 2011.)
Dari Hudzaifah Al-Yamani meriwayatkan dari Jabir Al-Ansari:
“Suatu hari Rasulullah saw berbual dengan para sahabatnya lalu datanglah Jibrail as seraya berkata: “Allah swt telah mengucapkan salam penghormatan kepadamu atas anugerah yang diberikan padamu berupa As-Salam.” Kemudian Rasulullah saw bertanya kepada Jibrail as apakah yang dimaksud dengan As-Salam. Jibrail as menjawab: “As-Salam adalah nama untuk lima sungai iaitu Sihun, Jihun, kedua-dua sungai Furat dan sungai Nil di Mesir. Kelima-lima sungai ini telah dijadikan hadiah bagimu, keluargamu dan pengikut2mu.” Jibrail as berkata lagi: “Aku memberikan khabar kepadamu bahawa Imam Mahdi tidak akan muncul sebelum orang2 kafir menguasai kelima sungai itu.”
Setakat ini empat sungai telah berada di bawah penguasaan kaum kafir kecuali Sungai Nil.
Dengan terpecahnya Sudan kepada dua negara di mana penduduk Sudan Selatan majoritinya beragama Kristian dan animis, maka penguasaan Sungai Nil yang melalui Sudan oleh kuasa asing kini akan menjadi lebih mudah.
Jika laluan Sungai Nil yang berpunca dari Sudan diempang nescaya bahagian sungai tersebut di Mesir akan menjadi kering.
Jika Amerika Syarikat berjaya melaksanakan rancangan jahat mereka di Sudan, Mesir akan tertekan dari segi politik dan ekonomi disebabkan kebergantungan besar negara itu kepada sumber air dari sungai Nil.
Malah usaha ke arah itu sudahpun bermula dengan pengumuman negara miskin Ethiopia mahu membina empangan yang dikenali sebagai Projek Empangan Grand Millennium berharga AS$4.7 bilion.
Projek tersebut dijangka siap pada tahun 2015 iaitu tahun di mana Imam Mahdi dikatakan akan muncul!
Projek tersebut akan menjana tenaga elektrik sebanyak 5,000 megawatt dan mampu menyalurkan bekalan tenaga elektrik kepada negara baru Sudan Selatan. sumber

Nota: Artikel ini pernah disiarkan dalam ABATASA2, ia sebuah petunjuk penting masa terdekat yang bakal terhasil dari pembentukan negara Syria Baru.
Sufyani and his allies – the invasion of Iran

Abu Hurayrah has narrated that the Prophet (pbuh) said (sunni):
The Sufyani’s army will go to Kufa; a city in Iraq, and from there he will launch an attack against the people of Khurasan. At the Gate of Istakhr, Shuayb bin Salih and the Hashimite under the black banners, will join forces and engage the army of the Sufyani. The battle will be extremely fierce with a tremendous loss of life and the army of the Sufyani will suffer a temporary defeat. It is at this time that a yearning for the Mahdi’s appearance is on the lips of everyone.
The army of the Sufyani will march from the direction of Iraq to seize the Mahdi, however, when they reach the desert near Dhi Hulayfah the ground will swallow them up.”


Imam Ali (as) said:
“He that meets with Al Hashimi with the Black Banners at his front is Shuayb, the son of Salih who will engage As-Sufyani at the Gate of Istakhr –”
This map I posted earlier shows that the Sufyani will attack Iran, and the black banners come from Khorasan (NOT tehran)
Posted Image

LikeTweet

Simbolik

 Assalamulaikum semua para pembaca yg maseh terus menerus berusaha mencari maklumat buat bahan fikir sambil melayari Blog  yg tidak seberapa ini. Setelah sekian lama tidak meng’update’ blog ini jadi tidaklah bermakna utk menerus menyepikan diri dalam usaha menyebarkan maklumat-maklumat yg berguna bagi tujuan membentuk fikir agar terus perbaiki diri dalam mencari kebenaran hakiki.
Kehidupan kita hari ini sering di momokkan dengan perkara-perkara palsu yg terbentang di depan mata walaupun kebanyakkan kita sudah terang-terangan memahami akan kepalsuannya.KIta juga di momokkan dengan politik yg menghancurkan tetapi hanya itulah saja medan bagi kita utk menegakkan yg benar. Sebagaimana sabda Baginda Rasulullah saw bahawa “Islam itu pada mulanya asing dan akan kembali terasing”, jadi bagi kita yg selalu mengasingkan diri pada hari ini akan di buru dan dilemparkan dengan berbagai fitnah tetapi berntunglah bagi mereka yg terasing. Mudah-mudah Allah swt memberi rahmat dan kurnianya kepada mereka. InsyaAllah!
Jadi janganlah kita terlalu taksub di medan politik hari ini sehinggakan membawa kepada permusuhan sesama kita, ambillah yg benar dan kita tolaklah yg tidak baik yg penting kita sama-sama dapat menyebarkan maklumat yg berguna demi pewaris yg bakal memimpin suatu masa nanti.
Bangsa Melayu
Sebagaimana yg telah kita kerap kali baca di dalam banyak blog-blog ilmiah masa kini yg maseh berusaha utk membongkarkan kebenaran yg telah dipesongkan, kita akan dapati bagaimana mulanya Baginda bersabda seperti di dalam Kitab ‘Sulalatus Salatin’ :
Sebermula maka tersebutlah pada zaman Rasulullah SAW, baginda bersabda pada segala sahabat :
"Pada akhir zaman kelak, ada sebuah negeri di bawah angin, Samudera namanya. Maka apabila kamu mendengar khabarnya isi Samudera itu, maka segeralah kamu pergi ke negeri itu, bawa isi negeri Samudera masuk Islam, kerana dalam negeri itu banyak wali Allah akan jadi, tetapi ada pula seorang faqir di negeri Mu'tabari namanya, ialah kamu bawa beserta kamu"
Tidak dapat dibayangkan bagaimana fikir Rasulullah saw ttg sesuatu perkara yg berlaku jauh ke depan dan ianya tidak mustahil seandainya ada dari kalangan para sahabat telah pun sampai ke tanah semenanjung ini dan ada juga di antara sahabat yg telah wafat di ‘Tanah Emas’ ini dan di makamkan pula di sini.
Justeru itu berbalik kita kepada apa yg telah Baginda Rasulullah saw telah pesankan melalui sabda Baginda bahawa akan lahir ramai para wali Allah dari negeri ini. Jadi tidak hairanlah pada kita yg mahu ambil fikir dan memelihara warisan peninggalan datuk nenek moyang kita dahulu dan pasti akan menemui harta yg tak ternilai ini yakni ‘khazanah ilmu’ dalam melalui perjalanan IMAN.
Setelah tahun demi tahun berlalu sehinggalah sampai kepada Khalifah Umar Ibnu Abdel Aziz, maka belayarlah satu rombongan,
Setelah berapa lamanya, kemudian daripada sabda Nabi SAW, maka terdengarlah kepada segala negeri, datang ke Mekah pun kedengaran nama negeri Samudera itu. Syarif di Mekah menyuruhkan sebuah kapal membawa segala perkakasan kerajaan seraya disuruhnya singgah ke negeri Mu'tabari, adapun nama nakhoda kapal itu Syeikh Ismail.
 Siapakah Syarif dan Fakir yg dimaksudkan ini?
Di dalam hal ini kembali kita melihat pada tulisan batu bersurat. Siapakah gerangannya yg menulis batu bersurat ini. Jadi ini fakta yg agak sukar utk diketengahkan. Meskipun begitu kita maseh lagi boleh mengkaji dari segi kedatangan ISlam di Tanah Melayu. Apakah kita maseh mengambil bulat-bulat bahawa Islam mula sampai ke Tanah Melayu di zaman Parameswara? Apakah punyai masa bagi mereka yg berdagang utk menyebarkan Agama Tuhan?
Ya! Mungkin ada sedikit kebenarannya seandainya kita menyedari bagaimana dikatakan para pedagang menyebarkan agama tetapi itu semuanya sebagai sampingan kepada tujuan asalnya. Begitu juga para musuh-musuh Islam mengambil kesempatan utk merntuhkan agama Tuhan yg Maha Suci. Alasannya berdagang tetapi mencari sesuatu bagi meruntuhkan budaya Melayu yg berkonsepkan keTuhanan.
Tatkala Syeikh Nakhoda Ismail datang membawa rombongan tersebut ianya disertai oleh Seorang Fakir yakni Syarif Muhammad Al-Baghdadi di mana ianya juga di panggil sebagai Fakir Muhammad atau ‘Tok Ayah’ di mana makamnya kini ada di daerah Hulu Trengganu. Beliaulah satu-satunya Hamba Allah yg mula membentuk perkahwinan campur yg kini lahirlah kita hari ini yang mengaku sebagai seorang Islam.
Cuba kita bayangkan pula, bagaimana kita hendak memasuki sesuat negeri yg punyai penganut agama yg berbeda dengan kita tetapi kita mahu menyampaikan amanat agama Tuhan yg sebenarnya. Apa kekuatan yg kita ada utk kita pengaruhi penganut agama tersebut tanpa ada pertumpahan darah? Sudah pastilah kita akan menyakinkan Tuhan kita dengan tuhan mereka. Satu-satunya cara adalah melalui pengamalan kerohanian melalui rasa dan penghayatan.
Jadi inilah kekuatan bangsa Melayu, dapat menumpaskan lawan tanpa ada pertumpahan darah.
Bangsa Melayu adalah bangsa bongsu, bangsa Agama, bahasanya bahasa Agama, tulisannya adalah tulisan Agama, budayanya adalah Budaya Agama dan cara hidupnya adalah cara hidup Agama yg berTuhankan Allah swt.
Bangsa adalah ciptaan Tuhan dan para wali Allah berperanan dalam menentukan atas apa yg Allah swt kehendaki. Bangsa Melayu merupakan ulamak di akhir zaman selain Bangsa Arab yg merupakan pemimpin, Bangsa Afrikanya sebagai makmum dan Bangsa Khorasan adalah pendekarnya.
Sebagaimana yg telah kita ketahui bahawa Rasulullah saw seorang yg tidak tahu membaca tetapi bagaimana apabila ada sahabat yg bertanyakan kepada Rasulullah saw tentang huruf jawi dan baginda dapat menjawabnya dengan betul.
Jadi, huruf jawi bukanlah huruf yg diciptakan manusia melainkan ianya adalah abjad-abjad yg terdapat pada langit dan ianya mempunyai maksud yg tersendiri pada huruf-huruf jawi. Tulisan orang melayu adalah tulisan jawi tetapi kini sudah perlahan-lahan di mansuhkan kegunaannya. Kelak akan lahirlah bangsa melayu yg pada zahirnya mengaku Islam tetapi hakikatnya jahil tentang perjalanan utk mengenal ‘Pencipta’nya.
Mengapa hari ini apabila kita bercakap tentang agama Islam ramai yg mengenepikan ‘Melayu’. Apakah itu Islam? Islam tidak lain adalah susunan cara hidup bertuhankan Allah swt. Seandainya kita tidak melalui perjalanan mereka yg terdahulu yakni Tokki-tokki kita dahulu adalah amat sukar utk kita kembali kepada jalan sebenar. Sebagaimana pepatah orang kita dahulu ‘sesat di hujung jalan maka kembalilah kamu ke pangkal jalan’. Di manakan pangkal jalan yg mereka maksudkan? Itulah jalan mereka yg terdahulu, jadi susulilah mereka….
Di dalam hadis Qudsi Baginda bersabda:
Barangsiapa yg kenal akan dirinya, maka kenallah ia akan Tuhannya”
Jadi perlulah kita  dalam usaha utk mengenali asal-usul Bangsa agar ianya memudahkan perjalanan kita dalam mengenal Tuhan yg Maha Mencipta.

 Itulah Bangsa Melayu ini dikaitkan dengan budaya, ianya bukanlah bermaksud budaya melayu ini melalaikan tetapi ianya melambangkan hidup berTuhankan Allah swt.
Pada hari ini jikalau kita lihat berapa banyak Bangsa Asing masuk Islam tetapi tidak berusaha dalam mengenal Tuhan? Sedangkan Rasulullah saw bersabda di dalam hadis Qudsi yg bermaksud: ‘Bermulanya agama dengan mengenal Allah’. Apakah kita sudah mengenal Allah?
Dan tidaklah mustahil seandainya hari ini kita boleh cakap setiap hari ada saja bangsa melayu yg masuk agama lain. Apa tidaknya, mengaku Islam tetapi mengabaikan Perintah dan larangan Tuhan sebaliknya mengambil cara hidup bebas mengikut hawa nafsu.
Cara hidup orang Melayu adalah cara hidup yg berTuhankan Allah swt. Memang benar seandainya pada waktu dahulu orang putih berkata orang melayu itu pemalas. Betul ke tuan? Memang betul ler, sebab orang melayu kita bukan tujuan hidupnya mengejar dunia jadi mereka buat apa nak bersungguh-sungguh mengejar dunia tetapi mereka rajin dalam usaha nak mengenal Tuhan yg sebenarnya. Sepertimana sabda Baginda Rasulullah saw yg bermaksud:
"beramallah kamu seolah-olah kamu akan mati esok hari dan bekerjalah kamu seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun lagi".
 Rasulullah berpesan agar kita sentiasa fikirkan bahawa mati akan datang tak kira masa jadi bersedialah dengan bekalan kamu dan ingatlah, bahawa kerja dunia anggaplah seolah-olah kamu akan hidup lama supaya kamu dapat tangguhkan kerja dunia kamu. Jadi pentingkanlah hari kemudian kamu.
  Rahmat bertukar bala.
 Dalam keadaan suasana hujan yg melanda negara kita hari ini, sepatutnya kita berbangga dek kerana setitik air hujan yg turun di bawa oleh satu malaikat dan sepatutnya ianya membawa rahmat kepada seluruh alam. Sebagaimana di waktu dahulu kala, Allah swt mendatangkan hujan di antaranya sebagai rahmat bagi menyucikan tempat yg kotor maka di bersihkan dengan turunnya hujan. Tetapi pada hari ini kita dapat lihat sendiri bagaimana hujan telah membawa bencana di mana berlakunya keadaan tanah runtuh, banjir sehingga melumpuhkan pergerakan kita.
Dalam masa yg sama pada ketika ini, manusia sudah berani menentang hukum Allah dengan terang-terangan dengan membela cara hidup Kaum Nabi Lut. Apakah ini negara Islam yg dikatakan telah maju? Keruntuhan akhlak sangat-sangat serius. Padahal banyak Alim Ulamak yg lahir setiap tahun tak kurang juga Uni Islam jadi apakah peranan mereka dari lepasan Uni Islam ini?
Agama semakin jauh dari hati sanubari manusia dan yg lebih takut lagi agama hanya menjadi kepentingan diri, Ilmu-ilmu agama yg sepatutnya di amalkan tetapi kini menjadi dongengan malah menjadi kesalahan pula seandainya dibicarakan.
Maksiat semakin menjadi bebas dilakukan di merata-rata sehinggakan orang ramai menjadi takut utk menegur dalam membendung gejala maksiat ini. Para alim ulamak sekadar memberi ceramah dan mahukan pulangan kepentingan dunia sehinggakan hilang keikhlasan dalam ketaqwaan terhadap Allah swt.
Rezeki di cari sampai sudah hilang pertimbangan halal dan haram. Ingatlah mcmana yg dikatakan rezeki? Rezeki seseorang apabila ianya benar-benar telah masuk ke dalam perut kita, tu lah yg dikatakan rezeki. Sebagaimana Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: "Perut adalah sumber penyakit dan berpantang adalah sebaik-baik ubat. Biasakanlah setiap tubuh dengan apa yang lazimnya."
Kebanyakkan penyakit hari ini adalah di sebabkan oleh pemakanan dan apabila ianya di timpa penyakit maka menjadi susahlah utk kita menunaikan apa yg diperintahkan Allah swt.
Kesibukan mengejar kesenangan dunia sehinggakan terpaksa menerima rezeki walaupun ianya terang-terangan di larang oleh Allah swt.
Dalam keadaan ini kita maseh mengharapkan rahmat dari Allah swt tetapi apa yg kita harapkan mendatangkan sebaliknya. Allah beri peringatan tetapi menusia hari ini selalu mengabaikannya.
Masjid-masjid dibina di merata-rata, laungan azan bergema di setiap pelusuk daerah dan kampung-kampung dan juga taman-taman tetapi ianya ibarat melaung pada yg tak sudi.
Dan akhir sekali bersedialah menanti Ular yg sentiasa membuka mulutnya memasang jerat agar mangsa datang menyerah diri….. Itulah Iblis laknatullah!
                                       

Bangau Oh Bangau
Kenapa engkau kurus,
macamana aku tak kurus,
Ikan tak mahu timbul.
Ikan Oh Ikan,
kenapa kau tak mahu timbul,
macamana aku nak timbul,
rumput panjang sangat.
Rumput Oh Rumput,
kenapa kau panjang sangat,
macamana aku tak panjang,
kerbau tak makan aku.
Kerbau Oh Kerbau,
kenapa tak makan rumput,
macamana aku nak makan,
perut aku sakit.
Perut Oh Perut,
kenapa engkau sakit,
macamana aku tak sakit,
makan nasi mentah.
Nasi Oh Nasi,
kenapa engkau mentah,
macamana aku tak mentah,
kayu api basah.
Kayu Oh Kayu,
kenapa engkau basah,
macamana aku tak basah,
hujan timpa aku.
HUjan Oh Hujan,
kenapa kau timpa kayu,
macamana aku tak timpa,
katak pangil aku.
Katak Oh Katak,
kenapa kau pangil hujan,
macamana aku tak pangil,
ULAR nak makan aku.
Simbolik dari lagu ini
Bangau = Agama
Ikan = Ilmu agama yakni Ilmu Allah
Rumput = Maksiat berleluasa
Kerbau = Ulamak Dunia
Perut = Sumber kepada penyakit
Nasi Mentah = Rezeki dari apa sahaja walaupun sumbernya haram.
Kayu Api Basah = kemudahan yg ada tetapi tidak membawa faedah
Hujan = Rahmat yg di sangka tetapi bala yg diterima
Katak = seolah-olah melaungkan pada yg tidak sudi
Ular = Kisah Ular yg menolong Iblis memasuki syurga.
Jadi marilah sama-sama kita menghayati lirik lagu ini yg telah di wariskan kepada kita yg di akhir zaman ini agar kita berfikir.
LikeTweet

PLOT HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

SINOPSIS  HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

KANDUNGAN

1.   Burung garuda dengan Nabi Allah Sulaiman
2.   Angkatan Raja Merong Mahawangsa di musnahkan
3.   Kerajaan Langkasuka
4.   Burung Garuda menerima hukuman
5.   Permulaan Negeri Kedah
6.   Kedah di bawah pemerintahan Raja Merong Mahapudisat
7.   Hubungan Kedah dengan Siam
8.   Raja Bersiong
9.   Mencari Raja baharu
10. Peperangan merebut kekuasaan
11. Kedah di bawah pemerintahan Pra ‘Ong Mahapudisat
12. Sheikh Abdullah mengembara dengan penghulu Iblis
13. Raja dan rakyat Kedah memeluk Islam
………………………………………………………..

Burung Garuda dengan Nabi Allah Sulaiman

-Raja Rum menghantar rombongan untuk meminang anak Raja China.
-Burung Garuda mendapat perkhabaran itu lantas  cuba menghalang perkahwinan itu dan berjanji kepada Nabi Allah Sulaiman untuk menghalang perkahwinan itu.
-Andaikata dia (burung garuda) tidak berjaya menghalang perkahwinan itu, dia sedia menerima hukuman. Iaitu tidak berada di atas bumi dan tidak berada di bawah langit.

Angkatan Raja Merong Mahawangsa dimusnahkan

-Burung Garuda telah mengambil anak Raja China dan dua orang pembantunya lalu diletakkan di sebuah pulau.

-Manakala angkatan rombongan Raja Rum itu sampai ke Kuala Canggong (nama Rajanya Kelinggi) berdekatan dengan daratan, burung garuda cuba menghancurkannya dengan meyerangnya.

-Apabila sampai ke Kuala Tawai , sekali lagi burung garuda meyerang angkatan Raja Merong Mahawangsa tetapi tidak berjaya.

Di Kuala Tawai juga burung garuda cuba meyerang tetapi masih juga gagal. Di sebabkan burung garuda mendapat tentangan yang hebat daripada Raja Merong Mahawangsa.

-Apabila angkatan sampai kepada Kuala Morib, maka kapal Raja Merong Mahawangsa pergi ke Pulau Salang antara Laut Bangtapan, manakala bahtera anak Raja Rum itu belayar ke Tanjung Hujung Salang.

-Apabila angkatan Raja Merong Mahawangsa pergi mengambil bekalan di sebuah pulau, burung garuda menyerang kapal kenaikan anak Raja Rum dan habis musnah kesemuanya tetapi anak Raja Rum selamat dan dapat berpaut pada sekeping papan.

-semasa Raja Merong Mahawangsa kembali ke kapal kenaikan anak Raja Rum, di dapati kesemua kapal telah musnah dan anak-anak kapalnya telah mati kesemuanya.

Kerajaan Langkasuka

-Apabila Raja Merong Mahawangsa tidak dapat mencari anak Raja Rum itu, beliau telah membuat satu kota di situ yang di beri nama Langkasuka.

-pada ketika itu, Pulau Seri, Pulau Jambul dan Pulau Lada hampir bercantum dengan daratan.

-penduduk-penduduk di kawasan itu adalah terdiri daripada gergasi, mereka ini dapat menerima Raja Merong Mahawangsa sebagai Raja kerana mereka tidak beraja pada masa itu cuma hanya berpenghulu.

Burung Garuda menerima Hukuman

-anak Raja Rum itu telah terdampar di sebuah pantai yang di diami oleh anak Raja China maka dia telah ditemui oleh anak Raha China.

-tanpa pengetahuan garuda, anak Raja Rum itu telah di bawa ke dalam Gua dan dijaga.

-Tuan Puteri China telah meminta kepada burung Garuda untuk mengambil pakaian beliau di negeri China.

-apabila burung garuda mengambil pakaian tersebut, maka anak Raja Rum itu dapat bersalin pakaiannya.

-burng Garuda mengadap Nabi Sulaiman untuk melaporkan bahawa dia telah berjaya menghancurkan angkatan rombongan meminang anak Raja Rum itu. Dia telah berjaya menghalang perkahwinan tersebut.

-Nabi Sulaiman telah mengarahkan kepada Raja Jin untuk mengambil puteri negeri China dan anak Raja Rum dan bawa mengadap kepada baginda.

-apabila telah dihadapkan kepada baginda, maka burung garuda pun telah bersedia untuk menunaikan janjinya kerana gagal. Maka, dia telah di hukum agar pergi ke Laut Khalzum.

-manakala anak Raja Rum dan Puteri Raja China itu telah dihantar ke negeri China oleh Raja Jin dan disertakan surat dari Nabi Sulaiman agar kedua mereka itu dikahwinkan.

-di negeri China juga, anak Raja Rum telah bertemu dengan utusan dari negeri Rum, maka dapatlah disampaikan kepada Raja Rum tentang perkahwinan tersebut.

Permulaan Negeri Kedah

-Raja Merong Mahawangsa telah membuka negeri dan dinamakan negeri itu dengan nama Kedah Zamin Tauran.

-pada masa ini Raja Merong Mahawangsa mempunyai seorang anak lelaki. Dan beliau ingin  mengahwinkan anaknya. Maka telah dicari pasangan yang sesuai dengan anak beliau.

-beliau telah menghantar utusan ke Linggi dan utusan itu diminta untuk meminta tempayan yang terbesar sekali. Sewaktu utusan itu di Linggi. maka utusan Raja Merong Mahawangsa telah bertemu dengan utusan Raja Rum yang bertujuan mencari Raja Merong Mahawangsa. Maka dengan itu, utusan itu terus mengikut utusan Raja Merong Mahawangsa itu ke negeri Kedah.

-manakala ada utusan yang dihantar ke negeri Acheh.

-Utusan Raja Rum itu membawa pesan Raja Rum untuk membawa pulang Raja Merong Mahawangsa.

-Raja Merong Mahawangsa akan pulang ke negeri Rum mengikut  kapal utusan Raja Rum.

-Raja Merong Mahawangsa berpesan kepada anak beliau agar meluaskan jajahan takluk negeri Kedah.

Kedah di bawah Pemerintahan Raja Merong Mahapudisat

-Raja Merong Mahapudisat mempunyai empat orang anak. Anak pertama lelaki, yang kedua juga lelaki, ketiga perempuan dan yang bongsu juga lelaki.

-Oleh kerana menurut titah ayahandanya, maka Raja Merong Mahapudisat telah menghantar anak beliau yang pertama ke sebelah utara, barat laut, untuk membuka negeri dan diiringi oleh gergasi yang diketuai oleh Penghulu Pra’ Chisim dan Penghulu Nang Sutaman.

-dinamakan negeri itu Siam Lanchang.

-manakala anak beliau yang kedua pula, telah dihantar ke sebelah selatan dan dinamakan negeri itu Perak.

-Asal-usul kepada negeri Perak in iadalah dari anak panah yang dibuat dari perak putih yang dikenakan pada busarnya Indera Sakti, lalu anak panah itu jatuh di sebuah pulau namanya Pulau Indera Sakti. Di situlah diperbuat kota.

-anak beliau yang perempuan pula dihantar kesebelah timur (matahari terbit) dengan diiringi oleh Menteri ke-empat, gajah Gemala Johari sebagai penunjuk jalan dan diberikan keris Lela Masani.

-setelah hampir sampai kepada laut, berdekatan dengan muara sungai di situlah dibuat negeri dan di namakan negeri tersebut dengan nama Petani iaitu sempena nama keris Lela Masani.

-manakala anak yang bongsu pula menggantikan beliau memerintah negeri Kedah.

Hubungan Kedah dengan Siam

-Raja Seri Mahawangsa tidak suka duduk di Langkasuka dan memerintahkan kepada menterinya untuk mencari tapak kota yang baru menuju ke hilir sungai, maka telah ditemui tanah yang bernama Serukam dan dibina istana kecil.

-pada waktu itu beliau telah mendapat seorang Putera hasil dari hubungan dengan anak Raja perempuan keturunan anak Raja Melayu.

-tatkala itu juga datang rombongan dari Siam membawa khabar berita mengatakan kekanda beliau itu telah mendapat seorang Putera lelaki telah berusia tujuh tahun.

-beliau memerintahkan menterinya membuat persembahan Khas untuk anak saudara beliau itu, iaitu pohon bunga emas dan perak dan lembing yang bermatakan emas. Maka tergendala rancangan untuk membina kota yang baru kerana leka membuat barangan tersebut.

-itu semua merupakan tanda perhubungan kaseh sayang antara kerajaan Siam dan Kedah.

-begitu juga Raja Siam pada masa itu menghantar barangan khas untuk anak saudara beliau di negeri Kedah dan dipesan kepada adinda beliau (Raja Kedah) agar tradisi itu diteruskan turun temurun.

-setelah itu, maka anak beliau telah remaja dan sesuai untuk beristeri.

-maka ada seorang cucu kepada Nang Miri gergasi (penghulu kepada segala tentera yang mengiringi anak Merong Mahapudisat membuka negeri Siam)

-anak beliau telah suka kepada cucu Nang Miri tersebut tetapi beliau menghalang perkahwinan tersebut kerana ia akan membawa keburukan di kemudian hari, Namun anak beliau tidak mempedulikannya hal tersebut.

-beliau amat dukacita tentang perkara itu sehingga beliau jatuh sakit dan akhirnya meninggal dunia.

-maka pemerintahan Kedah diganti oelh anak beliau dengan gelaran Raja Seri Maha Inderawangsa.

-Raja Seri Maha Inderawangsa ini, meneruskan usaha ayahanda beliau untuk mencari kota yang baru, maka pada suatu hari diberitakan ada suatu tempat yang sesuai untuk dijadikan kota bernama Sungai Emas.

-maka pada ketika itu, beliau telah mendapat seorang anak lelaki hasil dari perkahwinan dengan cucu Nang MIri gergasi tersebut dan diberi nama Raja Ong Maha Perita Deria.

bersambung…

LikeTweet

PLOT HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA ( Bah II )

Raja Bersiong

-sewaktu pembinaan kota si sungai Emas tersebut, maka Raja Seri Maha Inderawangsa pun meninggal dan diganti dengan anaknya yang bernama Raja Ong Maha Perita Derita.

-setelah mengambil alih pemerintahan negeri Kedah, beliau tidak suka dengan kedudukan kota yang sedang dibina dan beliau mencari tempat yang lain untuk dijadikan kota.

-maka selang beberapa lama, beliau bertemu dengan tanah di hilir daerah sungai besar hampir dengan laut maka di situlah diperbuat kota.

-beliau memerintahkan menteri beliau untuk mencari batu yang cantik-cantik dari negeri Acheh untuk digunakan membuat istana. Beliau mengutuskan surat kepada Raja Acheh agar diberi batu yang indah-indah tanpa mengira berapa mahal pun harganya.

-beliau sangat kasar kelakuannya dan suka menganiaya orang. Pantang silap sedikit, pasti akan dipenjarakan.

-maka kota yang dibina tersebut di namakan Kota Aur kerana banyak buloh aur dikelilingnya.

-pada zaman ini, Rasulullah s.a.w. telah lahir ke dunia dan semua binatang tidak dapat berkata-kata.

-beliau telah tumbuh siong maka di sinilah beliau dikenali sebagai Raja Bersiong.

-makanan kesuakaan beliau adalah bayam masak tumis. Maka dinasehatkan oleh menterinya agar dihentikan memakan bayam tersebut, namun tidak diendahkannya.

-pada suatu hari beliau merasakan bayam pada hari itu lebih sedap berbanding sebelum itu. Apabila ditanya pada tukang masak, dinyatakan bahawa telah bercampur dengan sedikit darah.

-maka dari hari itulah beliau mencampurkan darah manusia kedalam masakan bayam tersebut sehingga habis semua orang yang di dalam penjara.

-akhirnya rakyat jelata beliau pun menjadi korban kekejaman beliau. Sehingga pada suatu hari menteri keempat membuat satu rancangan untuk menyerang istana raja dan mendapat bantuan dari permaisuri.

-akhirnya Raja Bersiong telah lari dari istana kerana takut. Beliau pergi ke sebuah perkampungan dan di sana beliau bekerja untuk mendapatkan makanan.

-beliau tinggal dengan sepasang suami isteri dan seorang anak perempuan pasangan itu.

-Raja Bersiong telah suka kepada anak petani tersebut dan akhirnya mendapat seorang anak lelaki hasil perhubungan mereka berdua.

-pada suatu masa ada seseorang mengkhabarkan tempat Raja Bersiong, maka telah dihantarkan tentera untuk menangkap Raja Bersiong, namun Raja Bersiong dapat melarikan diri dan masuk menyusup ke dalam perdu buloh betong.

-namun tentera tersebut tidak tahu yang Raja Bersiong telah mendapat seorang anak. Maka anak Raja Bersiong tersebut telah dibela oleh kedua petani tersebut.

Mencari Raja Baharu

-Setelah ketiadaan Raja Bersiong negeri Kedah di perintah oleh menteri ke empat dan permaisuri.

-maka telah dihantar utusan ke negeri Siam untuk mendapat ganti Raja bagi negeri Kedah.

-maka telah diutuskan kepada menteri ke empat oleh Raja Siam agar memanggil gajah Gemala Johari untuk menunjukkan waris pemerintah kerajaan Kedah.

-apabila gajah Gemala Johari di panggil, gajah tersebut telah membawa kepada sebuah perkampungan di mana anak Raja Bersiong tersebut berada.

-lalu anak Raja Bersiong telah dibawa ke istana dengan adat istiadat raja-raja.

-manakala ibu kepada putera bersiong tersebut telah mengikuti anaknya ke istana melalui carikan ikat pinggang Raja Bersiong yang bernama Azrang Kashmiri.

-maka anak Raja Bersiong tersebut telah diajar dengan adat istiadat kerajaan dan dikahwinkan dengan seorang anak menteri tua.

Peperangan merebut kekuasaan

-maka ada seorang raja bernama Raja Kelana Hitam yang duduk di sebuah pulau bernama Pulau Ayer Tawor kerana pulau itu dikelilingi oleh air tawar.

-pulau tersebut kecil dan terletak di sebelah timur Kelinggi dan selatan Benua Siam.

-Raja tersebut tidak tunduk kepada pemerintahan Siam mahupun Kelinggi.

-rakyatnya terdiri bangsa Semang, Wila, penghuni bukit dan Sakai. Penghulu rakyat bangsa Semang bernama Maharaja Dahar al-Alam dan Penghulu Wila digelar Maharaja Daral Salam. Manakala Penghuni Bukit, penghulunya bernama Maharaja Daral Gunong dan penghulu Sakai bernama Maharaja Jakjakuja Raja.

-Raja kelana Hitam berhajat untutk menyerang Kedah dan menjadai raja kepada negeri Kedah kerana pada masa itu negeri Kedah tidak beraja.

-beliau dengan angkatan tenteranya berangkat ke negeri Kedah untuk merampas kekuasaan.

-manakala Raja Benua Siam telah mengarahkan kepada menteri Kelaham untuk datang ke negeri Kedah untuk menabalkan nama raja baru negeri KEdah.

-di sebuah padang di barat negeri Lagor, angkatan menteri Kelaham telah bertembung dengan angkatan Raja Kelana Hitam.

-maka menteri Kelaham memerintahkan Raja Kelana Hitam kembali ke negerinya, namun Raja Kelana Hitam tidak mahu dan mahu berperang.

-lalu terjadilah peperangan antara angkatan menteri KElaham dan Raja Kelana Hitam. Sewaktu peperangan berlaku , angkatan Menteri Kelaham mendapat bantuan dari Kerajaan negeri Ligor.

-Angkatan Raja Kelana Hitam kalah dan ditawan lalu dikirimkan ke negeri Siam.

Kedah di bawah pemerintahan Pra’ Ong Mahapudisat

-Setelah itu, menteri Kelaham berangkat ke negeri KEdah, sewaktu beliau sampai, menteri ke empat dan Rajanya sedang mengorek Sungai Kuala Muda.

-Raja Kelaham mengajarkan Raja Pra’ Ong Mahapudisat dengan adat istiadat dan tertib-tertib yang baik.

-Raja Pra’ Ong Mahapudisat mengambil sebatang Buloh Betong dan dibawa ke istana.

-Raja Pra’ Ong Mahapudisat mendapat seorang anak lelaki yang diberi nama Raja Pra’ Ong Mahawangsa.

-pada suatu hari, buloh betung itu pun pecah dan keluar dari dalamnya seorang budak lelaki dan diberi nama Raja Buloh Betung.

-Raja Pra’ Ong Mahapudisat membuat kota di bukit Meriam berdekatan dengan sungai Dedap.

-pada suatu masa selepas banjir besar, Raja Perempuan melihat buih terapung di sungai, lalu di dalamnya ada seorang budak perempuan dan diberi nama Puteri Seluang.

-menteri ke empat meninggal dan digantikan pula oleh anak-anak mereka.

-Raja Buloh Betung dikahwinkan dengan Puteri Seluang.

-Raja Perempuan meninggal.

-Raja Buloh Betung diperintahkan untuk membuka negeri di sebelah timur.

-Raja Pra’ Ong Mahapudisat meninggal dan diganti oleh anak beliau Raja Pra’ Ong Mahawangsa.

-Raja Pra’ Ong Mahawangsa ini gemar minum arak.

Sheikh Abdullah mengembara dengan Penghulu Iblis

-Sheikh Abdullah Yamani adalah anak murid kepada Sheikh Abdullah Baghdadi. Beliau ingin mengetahui bagaimana Iblis membuat kerja. Maka Sheikh Abdullah Yamani telah meminta izin kepada gurunya untuk bertemu dengan Iblis. Beliau telah bertemu dengan Iblis di sebuah padang. Dalam perjalanan bersama Iblis ini, Sheikh Abdullah telah melihat pelbagai muslihat dan hasutan Iblis kepada manusia untuk menyesatkan manusia tersebut.

Al-Kisahnya 1 – Di sebuah kampung terdapat dua puak yang berebut tanah dan dusun, lalu dihasut oleh syaitan Iblis ini sehingga habislah berbunuhan.

Al-Kisahnya 2 – Di sebuah tempat perdagangan lalu di kencingnya Iblis ke atas barang-barang yang cair tidak bertutup.

Al-Kisahnya 3 – Seorang wanita cantik telah digoda Iblis untuk membuka auratnya lalu ditolaknya seorang lelaki kepada wanita tersebut, lalu lelaki tersebut bergurau senda dengan wanita itu sehinggakan suami wanita itu marah lalu berkelahi dengan lelaki tersebut.

Al-Kisahnya 4 – Iblis singgah di tempat orang berjudi, lalu dihasutnya orang yang berjudi agar berjudi sehingga habis hartanya lalu berhutang. Maka berlaku tidak puas hati lalu terjadilah perkelahian sehingga membawa kepada pembunuhan.

Al-Kisahnya 5 – Iblis telah pergi ke tempat di mana peniaga yang menipu timbangan, maka telah diketahui oleh si pembeli, lalu terjadilah perselisihan dan akhirnya peniaga itu telah dibunuh oleh pembeli tersebut. Manakala kaum kerabat si penjual tadi telah membalas dendam dan akhirnya berlakulah pertumpahan darah yang ramai, Begitulah kesudahan orang yang tamak haloba.

Al-Kisahnya 6 – Iblis sampai ke tempat pencuri menyembunyikan diri di dalam hutan. Pencuri-pencuri itu telah menimbunkan harta di dalam hutan itu. Apabila sampai masa untuk pembahagian telah terjadi tidak puashati dan sangka buruk antara mereka atas asbab hasutan Iblis tadi sehingga pencuri-pencuri itu semua berbunuhan dan akhirnya mereka semua mati.

Al-Kisahnya 7 – Iblis pergi ke masjidnya iaitu tempat orang menjual candu dan berjudi. Di situ ramai orang menghisap candu dan berjudi.

Al-Kisahnya 8 – Iblis bertemu pula dengan beberapa orang perempuan muda lalu Iblis menghasut mereka melakukan kejahatan.

Al-Kisahnya 9 – Iblis sampai ke sebuah kampung di mana ada seorang menteri yang sangat zalim, Lalu ada orang bertanyakan hukum tentang harta yang dirampas, dusun dan lain-lain. Lalu Iblis telah menghasut khadi di situ agar memerintahkan orang itu mengumpulkan segala harta tersebut dan bawa kepadanya. Tetapi tersebut tidak menjatuhkan hukum, Maka ditunggu oleh orang tersebut sehingga khadi itu masuk ke rumahnya untuk makan nasi, Lalu orang itu menyangka khadi tersebut telah menipunya dan akhirnya dia mengamuk dan membunuh khadi tersebut. Akhirnya satu kampung telah huru-hara dan musnah, Menteri itu pun tak dapat berbuat apa-apa. Itulah akibat orang yang tamak haloba.

Al-Kisahnya 10 – Iblis dan Sheikh Abdullah sampai pada satu negeri dan terdapat lima orang fakir yang tersesat di dalam hutan. Mereka membawa bekalan makanan. Maka mereka bertemu dengan sepohon kayu yang berbuah dan berbunga emas. Lalu Iblis telah meniupkan pada hati mereka agar meninggalkan bekalan mereka dan mengambil emas tersebut. Lalu mereka berlima pun disesatkan kesemua mereka.

Al-Kisahnya 11 – Iblis bertemu dengan seorang bertapa. Lalu Iblis telah menampakkan dirinya sebagai seorang Sheikh yang berjubah hijau serta membawa sebiji buah delima. Lalu dikatakan kepada orang itu bahawa dialah yang akan mengabulkan segala kehendak hatinya. Maka diambil biji delima tersebut dan dimakan, maka dengan serta merta orang itu menjadi gila.

Al-Kisahnya 12 – Iblis pergi ke sebuah negeri dan sampai ke sebuah madrasah. Tempat budak-budak mengaji. Lalu Iblis telah menghasut budak-budak itu dengan kejahatan, sehingga tidak mahu mengaji hanya main-main. Akhirnya ada yang dirotan, maka budak-budak itu mengadu kepada ibu-bapa mereka, sehingga ibu-bapa mereka tidak menghantar mereka untuk mengaji. Bagi yang mahu mengaji, diperintahkan oleh gurunya untuk menebang kayu, ada yang jatuh lalu diberitahu kepada ibu-bapanya bahawa mereka disuruh bekerja, akhirnya budak-budak itu dilarang utnuk berguru dengan buru tersebut. Ada pula yang dihasut oleh Iblis dilalaikan dengan permainan, anak beranak seingga terlupa makan dan minum. Maka Iblis sangat suka, “Itulah pengajian yang sempurna agar dapat membawa sekalian manusia ke dalam neraka jahannam”.

Al-Kisahnya 13 – Maka sampailah kepada seorang yang sedang bunting pertama dan suaminya juga tidak pernah ada anak, maka suami isteri itu sangat gembira. Lalu Iblis telah mendatangkan satu mimpi kepada si suami iaitu bagaimana cara untuk mendapat seorang isteri lagi selama tiga malam berturut-turut. Apabila diperbuat oe;h si suami mengikut di dalam mimpinya, maka akhirnya sang isteri mati, sang suami tidak mendapat apa-apa kerana telah ditangkap dn di hukum.

Al-Kisahnya 14 – Iblis pergi pula kepada ‘mesjidnya’ dan di mana ada orang yang berlaga kerbau, bermain wayang dan berjudi. Maka Iblis telah meniupkan pada hati orang-orang di kawasan itu agar datang ke tempat tersebut sehingga dilalaikan dan meninggalkan segala apa yang telah diwajibkan kepada mereka.

Al-Kisahnya 15 – Iblis masuk ke sebuah kampung dan pergi ke dalam sebuah rumah yang besar kepunyaan seorang saudagar. Beliau beristeri empat dan bergundik pun empat juga. Jika tidur, saudagar tersebut akan tidur dengan ke empat perempuannya. Maka telah dihasut oleh Iblis agar kelapan-lapan perempuan itu agar mematikan nafsu syahwat saudagar tersebut, maka perempuan=perempuan itu teloah melakukan apa yang Iblis bisikan kepadanya sehingga saudagar tersebut hilang keupayaan syahwatnya. Akhirnya perempuan-perempuan itu membuat kejahatan dengan orang lain.

Al-Kisahnya 16 –  Iblis pergi pula kepada seorang saudagar yang lain, tetapi saudagar ini hanya mempunyai seorang isteri sahaja dan tidak punyai anak. Maka telah datang seseorang menjual perempuan yang cantik rupanya, putih kuning tetapi ada juling matanya. Kawan saudagar itu menasehatkan agar tidak membeli wanita tersebut kerana wanita ini akhirnya akan membuat kejahatan. Namun saudagar itu terus membeli perempuan tersebut dan diberikan tugas menjaga hartanya. Lalu perempuan telah membuat fitnah dan hasutan kepada isteri saudagar tersebut sehingga akhirnya, saudagar tersebut membunuh isterinya. Lalu datanglah sanak saudara isteri saudagar tersebut dan membunuh saudagar tersebut. Maka harta yang bertimbun-timbun itu menjadi milik orang lain.

Al-Kisahnya 17 – Iblis pergi ke sebuah kota raja bertentangan dengan laut, bertemu dengan negeri Raja Kamishtur. Raja Kamishtur itu mempunyai seorang puteri yang cantik, telah ramai raja yang meminang puteri tersebut, namun kesemuanya ditolah oleh Raja Kamishtur. Maka timbul kemarahan pada raja-raja tersebut dan mereka merancang untuk memerangi Raja Kamishtur. Raja-raja tersebut ialah Raja Kishar Alan, Raja Pekerma Dewa dan Raja Usul ‘Alan. Ketiga-tiga raja tersebut merancang untuk menyerang Raja Kamishtur dan berhajat untuk merampas puterinya. Iblis telah masuk kepada berhala Raja Kamishtur dan memberikan khabar bahaw ada tiga raja yang akan menyerang negerinya. Raja Kamishtur membuat persiapan untuk menghadapi musuhnya. Sewaktu peperangan berlaku, maka puteri Raja Kamishtur tersebut telah mendapat kecelakaan, tertusuk kedua belah matanya dan patah kaki kirinya. Peperangan berlarutan sehingga hancur istana Raka Kamishtur dan ramai tentera kedua belah pihak mati. Itulah hasil kerja Iblis kepada orang yang menduakan Allah s.w.t, takabbur dan ria’ pada harta dunia.

Al-Kisahnya 18 – Iblis pergi pula ke kota raja-raja di tepi laut, di situ banyak perahu belayar. Lalu Iblis telah meniupkan kejahatan kepada Raja Peranggi Dewa Molek yng jahat agar merampas kesemua perahu yang belayar. Akhirnya, terjadi peperangan antara raja-raja tersebut dan terlalu ramai yang terbunuh berbanding yang hidup.

Raja dan Rakyat Kedah memeluk Agama Islam

-setelah itu, Iblis dan Sheikh Abdullah sampai ke istana Raja Pra’ Ong Mahawangsa. Diperhatikan oleh Sheikh Abdullah, bahawa Raja tersebut suka minum arak, bangun tidur sahaja terus minum arak.

-maka apabila raja tersebut menuangkan arak ke dalam cawannya, Iblis pun kencing ke dalam cawan tersebut, sehinggakan lebih banyak kencingnya berbanding araknya.

-melihat kelakuan Iblis tersebut, maka Sheikh Abdullah terus menegur kelakuan Iblis tersebut, oleh kerana Sheikh Abdullah telah melanggar perjanjian dengan Iblis tersebut, maka Sheikh Abdullah pun tidak boleh ghaib lagi.

-lalu Raja Pra’ Ong Mahawangsa dapat melihat Sheikh Abdullah.

-Raja Pra’ Ong Mahawangsa memeluk agama Islam dan menukar namanya dengan Sultan Mudzafal Shah.

-maka menteri dan rakyat Kedah memeluk agama Islam dan semua rumah-rumah berhala dirobohkan dan masjid didirikan.

-Sheikh Abdullah mengajarkan agama Islam kepada Sultan dan rakyat negeri Kedah.

LikeTweet

Nimrod/Namrud

       Raja Namrud bin Kan'an bin Kusy bin Sam bin Nuh amat terkenal di dalam Islam sebagai seorang raja yang mengaku sebagai tuhan dan menentang ajaran Tauhid Nabi Ibrahim a.s. Dan Namrud lah orang yang cuba untuk membakar hidup-hidup Nabi Ibrahim a.s kerana menentangnya dan tidak mengakui bahawa dia adalah tuhan.  Kisah Namrud ini disebut dengan jelas di dalam AlQuran AlKarim.

"Apakah kamu tidak memerhatikan orang (Namrud) yang mendebat Ibrahim tentang Tuhannya (Allah) kerana Allah telah memberikan kepada orang itu pemerintahan (kekuasaan). Ketika Ibrahim mengatakan: "Tuhanku ialah yang menghidupkan dan mematikan". Orang itu berkata: "Aku dapat menghidupkan dan mematikan". Ibrahim berkata: "Sesungguhnya Allah menerbitkan matahari dari timur, maka terbitkanlah dia dari barat," lalu hairan terdiamlah orang kafir itu, dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." Surah Al baqarah : Ayat 258

Tafsir Ibnu Katsir ada mentafsir kan ayat tersebut dan menceritakan bahawa Raja Nimrod / Namrud telah mendatangkan dua orang pesalah, seorang dilepaskan dan seorang lagi dijatuhkan hukuman mati.  Itulah maksudnya bahawa dia boleh menghidupkan dan mematikan orang, lantas Ibrahim mencabarnya agar dia menerbitkan matahari dari barat. Maka terdiamlah dia kerana tidak dapat melakukan sedemikian.

Sehinggalah diringkaskan cerita kemudian hari Nabi Ibrahim telah memecahkan berhala-berhala mereka dan itu dimarahi oleh Namrud dan dia memerintahkan orang menangkap Ibrahim dan membakarnya hidup-hidup.  Tetapi Allah S.w.t telah menyelamatkan Ibrahim a.s  dari api yang panas bersemarak itu kepada angin sejuk.

"Mereka berkata: "Bakarlah dia dan bantulah tuhan-tuhan kamu, jika kamu benar-benar hendak bertindak". Kami (Allah) berfirman: "Hai api menjadi dinginlah, dan menjadi keselamatanlah bagi Ibrahim", mereka hendak berbuat makar terhadap Ibrahim, maka Kami menjadikan mereka orang-orang yang paling merugi." Surah Al Anbiyaa' : Ayat 68 – 70

Dan dikatakan lagi di dalam Tafsir Ibnu Katsir, Mujahid mengatakan bahawa raja yang menguasai belah timur dan barat dunia ada empat orang.  Dua orang darinya adalah mukmin dan dua orang lagi kafir.  Raja yang mukmin ialah Nabi Sulaiman  bin Daud dan ZulQarnain.  Sedangkan raja yang kafir itu ialah Namrud dan Bukhtanasar.

Kaitan Namrud dengan Illuminati

Sebagaimana yg telah kita sering kedengaran bahawa “sejarah kembali berulang”, inilah yg terjadi sejak akhir-akhir ini di mana segala perlakuan sejak dari zaman Para Nabi dan Rasul pastinya terjadi kembali di zaman akhir ini. Bagitulah jikalau kita perhatikan sebagaimana Namrud yg ingin menguasai dunia dan mengaku dirinya sebagai tuhan. Keinginan Namrud ingin menguasai dunia yang kini agendanya itu diteruskan oleh cucu-cicit keturunannya yang sekarang ini berselindung di sebalik nama Illuminati.

Kita tahu Israel membina monumen untuk Firaun. Kita juga tahu bahawa Freemasonry berkaitan dengan tukang batu. Kita juga tahu dari banyak sumber bahawa Rothschild menganggap dirinya sebagai keturunan dari Nimrod. Sumbersumber lain (misalnya William Josiah Sutton, The Illuminati 666, 198) mencatatkan bahawa Nimrod adalah orang pertama yang mengajar seni batu seperti dalam menara Babel.

Kita juga pernah baca bahawa Nimrod dikaitkan dengan Baal atau Molech.

Kota kuno Carthage merupakan ibukota Empayar Phoenicia. Satu Tamadun maju. Para arkeologi telah mendedahkan ciri-ciri yang paling penting insiden pengorbanan anak. Peninggalan arkeologi telah dijumpai, seperti altar di mana anakanak dikorbankan menandakan tempat pemakaman tetap. Ukiran Batu menggambarkan anakanak yang dikorbankan. Kubur-kubur tinggalan kanak-kanak yg telah dikorbankan turut dijumpai.

Dan mereka membina tempattempat tinggi Baal  yang ada di lembah BenHinom, untuk menyebabkan anakanak mereka dan anak perempuan mereka melewati api untuk Molech (Yeremia 32:35).

Mereka telah membina juga tempattempat tinggi Baal untuk membakar anakanak mereka sebagai persembahan kepada Baal (Yeremia 19:5).

Di sini Alkitab menyiratkan apa  yg ditemui arkeologi moden dan antropologi : bahawa Molech dan Baal mewakili dewa pagan yang sama. Isteri Baal adalah Asyera dan isteri Molech adalah Asytarot (Ishtar). Asyera dan Asytarot merupakan dewi kesuburan yang sama. Dewa-dewa ini diketahui oleh orang Yunani sebagai Aphrodite, untuk orang Mesir sebagai Isis, dan ke Phoenicia sebagai Tanet. 
 

Nama 'Nimrod' dalam bahasa Hebrew (Ibrani) berasal dari kata "Marad" yang bererti "membangkang atau murtad" . Dan adalah bahasa Ibrani serumpun dengan bahasa Arab.  Contoh kata  "Marad" di dalam bahasa Arab ialah  "Ridda" yang  bermaksud  "murtad".

Ketahuilah bahawa kerajaan pertama yang tertubuh di muka bumi ini ialah kerajaan Namrud (2275-1943 SM) di Babylon (Iraq).  Menurut suatu pendapat, Namrud memegang kuasa pemerintahannya selama 400 tahun. Dia manusia pertama memerintahkan agar membuat binaan-binaan besar. Dia telah membina kota Babylon yang amat mahsyur itu, menara Babylon, kota Nineweh dan kota-kota lainnya. Dan keinginan Namrud ingin menguasai dunia di bawah satu pemerintahannya itulah yang kini disebut sebagai New World Order.

Blue Room Christmas tree

Dari catatan-catatan kuno, jumlah kejahatan dan kezalimannya  amat banyak, di antaranya, dia mengahwini ibu kandungnya sendiri yang bernama Semiramis. Setelah Namrud meninggal dunia, ibu yang merangkap sebagai isteri tersebut menyebarkan ajaran bahawa Roh Namrud tetap hidup selamanya, walaupun jasadnya telah mati. Dia membuktikan ajarannya dengan adanya pohon Evergreen yang tumbuh dari sebatang kayu yang mati, yang ditafsirkan oleh Semiramis sebagai bukti kehidupan baru bagi Nimrod yang sudah mati. Untuk mengenang hari kelahirannya, Namrud selalu hadir di pohon Evergreen ini dan meninggalkan bingkisan yang digantungkan di ranting-ranting pohon itu. 25 Disember itulah hari kelahiran Namrud. Dan inilah asal usul pohon Natal yang dirayakan oleh orang-orang Kristian pada Hari Raya Natal / Krismas.

Tammuz

Walaupun dikatakan bahawa Semiramis ialah seorang perawan ketika melahirkan Namrud, dia juga kemudiannya melahirkan seorang lagi anak selepas Namrud mati. Anak itu bernama Tammuz dan dia mengatakan anak itu adalah jelmaan semula Namrud.   Tammuz diberi gelaran 'Orion' yang bermaksud 'benih seorang wanita'.  Semiramis mula dikenali sebagai 'Ibu perawan', 'Ibu suci' dan 'Dewi dari syurga'.  Dan bermulalah penyembahan terhadap Semiramis dan anak tuhan.

Melalui pengaruh dan pemujaannya kepada Namrud, Semiramis di anggap sebagai 'Ratu Langit' oleh rakyat Babylon. Dengan berbagai julukan, akhirnya Namrud dipuja sebagai 'Anak Suci dari Syurga'. Melalui perjalanan sejarah dan pergantian generasi dari masa ke masa, dari satu bangsa ke bangsa lainnya, penyembahan berhala versi Babylon ini berubah menjadi Messiah Palsu yang berupa dewa Baal, anak dewa Matahari.

Agama itu berpindah ke Mesir selepas kejatuhan kerajaan Babylon.  Di sana mereka menyembah Isis dan anaknya Osiris (dikenali juga sebagai Horus). Dewa-dewi itu mempunyai nama dan asal yang sama. Nama Osiris sama makna dengan Orion iaitu 'benih seorang wanita'.

Kemudiannya , ajaran penyembahan berhala ibu dan anak  itu tersebar ke serata tempat lain pula. Di Asia bernama Cybele dan Deoius. Dalam agama Pagan Roma disebut Fortuna dan Jupiter. Bahkan di Yunani, China, Jepun, Tibet boleh ditemui adat pemujaan terhadap dewi Madonna.

Ancient goddess

Dan lihat pula persamaan antara Semiramis dengan Statue of Liberty di Amerika Syarikat.   Dan ketahuilah bahawa Statue of Liberty itu dihadiahkan oleh Freemason Peranchis kepada Amerika Syarikat sewaktu perisytiharan kemerdekaan negara Amerika Syarikat sebagai tanda persahabatan kedua negara tersebut.

Statue of Liberty

Patung Statue of Liberty itu merupakan lambang kepada Semiramis yang membawa obor cahaya, yang kononnya obor cahaya itu ialah roh anaknya Namrud yang sentiasa berada di dunia ini.  Statue of Liberty  bukan sahaja ada di Amerika Syarikat, tetapi juga di Perancis, Austria, Germany, Italy, Japan, China, Brazil and Vietnam.  Dan simbol seperti Statue of Liberty ada dalam logo Columbia Pictures yang mana ianya adalah sebahagian dari Columbia TriStar Motion Picture Group, yang dimiliki oleh Sony Pictures Entertainment.

Keturunan Namrud hingga kini

Keturunan Namrud itu sebenarnya masih berterusan sehingga sekarang. Setelah banyak dikaji dan diakui sendiri oleh orang-orang yang dikaji itu maka terbuktilah bahawa salah satu keturunan yang berada di dalam Illuminati ialah keturunan dari Raja Namrud, dan mereka ialah keturunan Rothschild (Rothschild Bloodline).   Dan keturunan-keturunan lain iaitu Astor, Bundy, Collins, DuPont, Freeman, Kennedy, Li, Onassi, Rockefeller, Disney, Russell, Van Duyn, Merovingian (kerabat diraja British) dan Reynolds  dalam Illuminati ada dikatakan berasal dari keturunan Firaun.  Maka kerana itulah mereka mahu menguasai dunia ini di bawah pemerintahan mereka sebagai menyambung tradisi keluarga-keluarga mereka dahulu.

Dari zaman dahulu kala lagi mereka sudah cuba menukar sistem pemerintahan monarki (beraja) dalam sebuah negara kepada sistem-sistem lain seperti republik (re PUBLIC) , demokrasi, komunis dan sebagainya.  Kerana sistem monarki mesti taat dan patuh pada seorang raja, manakala sistem lain ialah kuasa memilih ada pada tangan rakyat. Maka senang mereka menjajah minda rakyat untuk memilih pemimpin yang sesuai dengan kehendak mereka.  Dan yang paling PENTING,   rakyat semakin mudah tidak akan bersatu hati dan berlaku PERPECAHAN sesama sendiri!

Namrud disebut juga dalam Perjanjian Lama

Di dalam kitab Perjanjian Lama juga ada menyebut tentang Namrud / Nimrod. Tetapi bukan menceritakan tentang kezaliman dan kejahatannya, tetapi kehebatannya.

Kejadian  10 : 8  Kush memperanakkan Nimrod; dialah yang mula-mula sekali orang yang berkuasa di bumi;

10 : 9  ia seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN, sebab itu dikatakan orang: "Seperti Nimrod, seorang pemburu yang gagah perkasa di hadapan TUHAN."

Tentang binaan-binaan yang mereka cuba bina ada disebutkan di dalam bahagian 11 kejadian

Kejadian  11 : 1  Semula, bangsa-bangsa di seluruh dunia hanya mempunyai satu bahasa dan mereka memakai kata-kata yang sama.

11 : 2 Ketika mereka mengembara ke sebelah timur, sampailah mereka di sebuah dataran di Babilonia, lalu menetap di sana.

11 : 3 Mereka berkata seorang kepada yang lain, "Ayo kita membuat batu bata dan membakarnya sampai keras." Demikianlah mereka mempunyai batu bata untuk batu rumah dan ter untuk bahan perekatnya.

11 : 4 Kata mereka, "Mari kita mendirikan kota dengan sebuah menara yang puncaknya sampai ke langit, supaya kita termasyhur dan tidak tercerai berai di seluruh bumi."

11 : 5  Maka turunlah TUHAN untuk melihat kota dan menara yang didirikan oleh manusia.

11 : 6 Lalu Ia berkata, "Mereka ini satu bangsa dengan satu bahasa, dan ini baru permulaan dari rencana-rencana mereka. Tak lama lagi mereka akan sanggup melakukan apa saja yang mereka kehendaki.

11 : 7 Sebaiknya Kita turun dan mengacaukan bahasa mereka supaya mereka tidak mengerti lagi satu sama lain."

11 : 8 Demikianlah TUHAN menceraiberaikan mereka ke seluruh bumi. Lalu berhentilah mereka mendirikan kota itu.

11 : 9  Sebab itu kota itu diberi nama Babel, karena di situ TUHAN mengacaukan bahasa semua bangsa, dan dari situ mereka diceraiberaikan oleh TUHAN ke seluruh bumi.

Mereka mahu membuat batu-bata dan membina binaan besar dan tinggi untuk mencakar langit. Dan mereka ini lah yang mula dikenali sebagai MASONS, yang pada zaman moden kini disebut sebagai Freemasons.  Mereka sememangnya hebat dalam senibina / arkitek.

Dan cita-cita Namrud pada ketika itu tidak kesampaian, kerana itu lah keturunannya sampai sekarang mahu merealisasikan juga cita-cita tersebut. Dan kerana itu lah lukisan piramid pada duit 1 dollar Amerika Syarikat itu belum siap, dan tinggal satu bucu lagi di atas. Dan mereka sudah hampir untuk melaksanakan misi mereka.

Babylon baru

Di dalam Perjanjian Baru pada surat Wahyu ada menyebut;

Wahyu  13 : 18   Maka inilah "hikmat". Biarlah orang yang mengerti, menghitung bilangan angka binatang itu; kerana itulah bilangan angka manusia. Adapun jumlahnya itu enam ratus enam puluh enam.

Sistem pernomboran dan harga Babylon lama ialah sexagesimal, iaitu berasaskan kepada nombor 6 atau 60.  Bandingan 60 sen mereka adalah sama perkiraannya dengan 1 dollar.  Dan sebenarnya kita juga sekarang ada lagi mengguna pakai sistem pernomboran mereka sebagai contoh perkiraan masa. 60 saat bersamaan dengan 1 minit,  60 minit bersamaan 1 jam, itu sebenarnya berasal dari sistem mereka. Dan perkiraan pada bulatan juga disebut sebagai 360 darjah, iaitu 60 x 6.

Babylon baru (Amerika) sekarang menggunakan sistem centesimal iaitu berasaskan kepada nombor 10. Tetapi apabila kita dekodkan nombor roman (MDCCLXXVI) pada 'The great Seal' , ianya mewakili nombor 1776, kita akan mendapati pertukaran sistem Babylon lama dengan babylon baru.  Secara matematiknya, 1110 dollar Babylon lama adalah sama dengan 666 dollar Babylon baru iaitu   (0.6 x 1110 = 666).

Nombor 1110 dan 666 ini telah secara halusnya dikodkan kepada nombor 1776 (1110 + 666) , iaitu tarikh terjumpanya republik Amerika dan permulaan Amerika sebagai yang disebut di dalam Bible sebagai 'Babylon yang hebat'  bersama-sama dengan 'Agama Misteri' nya.  Dan tahun 1776 inilah dikenali sebagai tahun lompat bermulanya Hari Isnin sebagai hari  pertama dalam satu minggu (mengikuti kalendar Gregorian).

Hari Easter dan kaitannya dengan Semiramis di Babylon

Menurut kepercayaan umat Kristian, Hari Easter merupakan kepercayaan penganut agama Kristian bahawa Yesus telah dihidupkan kembali (dibangkitkan) pada hari Ahad itu. Lazimnya ia disambut antara akhir bulan Mac dan akhir bulan April setiap tahun (awal April hingga awal Mei bagi penganut Kristian Timur), menurut kitaran bulan.

Sebelum perayaan Easter, Minggu Suci (Holy Week) disambut oleh mereka dan pada hari Jumaat sebelum Easter dikenali sebagai Good Friday iaitu hari Jesus telah disalib. Pada Ahad Palma (Palm Sunday) yang menandakan permulaan Minggu Suci, setiap penganut akan diberikan daun palma yang telah diurapi oleh para paderi.

Ishtar itu adalah juga gelaran kepada Ratu Semiramis, ibu kepada Nimrod kerana dikatakan dia melahirkan Nimrod tanpa ayah dan dikatakan dia adalah Dewi dari syurga. Kerana itulah dia digelar 'Dewi Kesuburan'  atau dalam bahasa babiloniannya 'Ishtar'.  Maka Easter = Eastre = Ishtar = Ashtaroth = Astarte


Sebagaimana Namrud yg telah di selewengkan oleh Iblis dalam pengabdian pada Tuhan merupakan sifat dari Babel Besar di dunia ini iaitu penyembah Lucifer.Luciferians telah hidup dan mempromosikan penyembahan Lucifer melalui Babylon, Mesir dan Druid Witchcraft. Dia bertekad untuk menggulingkan semua agama dan kerajaan. Tujuan mereka adalah untuk menyatukan dunia ke dalam One World Government serta menjadikan Lucifer sebagai satusatunya tuhan di dunia ini!

Wicca adalah versi moden dari Babylon, Mesir dan Druid Witchcraft dengan berjuta-juta ahli lelaki dan wanita. Kita lihat bagaimana Lucifer di masa lalu dan kini menggunakan Secret Societies, Komunisme, International Banking, isuisu sosial untuk melanjutkan rencana mereka. 

Bertentangan dengan apa yang mereka lakukan untuk menganiaya atau berbohong tentang apa yg kita ingin percayai, Wicca adalah cara yang sangat damai, harmoni dan meyeimbangkan kehidupan yang mempromosikan kesatuan spiritual dengan semua yang ada. 

Inilah plot syaitan yg dilancarkan kembali sejak 1760 ketika pertama kali muncul dengan nama Illuminati. Sebagaimana yg telah di ketahui, Illuminati ini di wujudkan oleh Adam Weishaupt, seorang kelahiran Yahudi kemudian menjadi seorang imam Katolik yg di  atas perintah ‘House of Rothchild’ maka terancanglah kembali Illuminati secara halus.

Rothschild yg membiayai operasi dan setiap perang sejak itu bermula dengan Revolusi Perancis, telah dilantik oleh operasi Illuminati di bawah pelbagai nama. Illuminati menjadi terkenal di mana Weishaupt dan rakankonspiratornya mula beroperasi di bawah nama yang lain. Di Amerika Syarikat, selepas Perang Dunia I, mereka mendirikan apa yang mereka sebut Council on Foreign Relations disebut juga sebagai CFR dan CFR ini sebenarnya adalah Illuminati di Amerika Syarikat dan hirarkinya. 

Weishaupt menyelesaikan tugasnya 1 Mei 1776. Jadi tidak hairanlah mengapa kita hari ini menyambut 1 mei sebagai cuti umum. Itu adalah hari, 1 Mei 1776, yang rencananya Weishaupt selesai dan secara rasmi terancang Illuminati untuk menyenaraikan rencana ke dalam pelaksanaan. Rencana tersebut diperlukan untuk menghancurkan semua kerajaan yang ada dan juga penyelewengan terhadap agama. Tujuan itu adalah untuk membahagikan rakyat seperti yg ia (Weishaupt) sebut: goyyim atau ternakan manusia dalam meningkatkan jumlah pada isuisu politik, sosial, ekonomi, dan lain-lain Inilah yang kita dapati dalam negara hari ini. 

Awasi program yg di-Program-kan. 

di petik dr blog Hikmatun dan di olah semula 

LikeTweet